Wednesday, November 21, 2007

aku.lirik.melodi

Dah begitu lama sejak lagu terakhir aku buat.Aku pon tak ingat.Melodi terakhir aku buat ialah 'Jangan Hapuskan Cinta Itu' atau J.H.C.I.hahhaha...aku tak buat pon lirik dier.Lala yang bikin.Aku buat melodi jer.Lagu terakhir yang aku buat dengan lirik bertajuk 'Cinta'.Belum release pon.Tu pon aku rase banyak nak alter lagi.

Kalau orang kata,ilham itu ibarat bende yang hilang,patut dicari.Orang juga kata ilham itu akan terbit dengan tak disangka-sangka.Dalam advert,dipanggil illumination.

Dah sekian lama aku tak dapat menulis lagu dengan baik.Entah kenapa.Kena ada ilham baru agaknya atau subjek baru atau sesuatu yang baru.Aku cuba menulis blues dan jazz.Harap-haraplah menjadi.Apa yang harus aku lakukan untuk sebuah ilham?hm.Tak mahu memikirkan yang sudah.Saya mahu fresh ideas!Sebab tu aku subkan lirik kat orang lain.Aku tukang buat melodi.

Selalunya lancar je jari-jemari ni menulis apa-apa puisi.Tapi tidak untuk kali ni.Macam dah kekeringan idea.Ketandusan ilham.


Aha!!
Aku rasa aku tau sebabnyaaa!!!
Sebab aku tak banyak keluar cuti nii..Asyik dok umah jadi parttime surirumah.Yaaa!!!Patutlaaaa...
Aku kene banyak keluar ni.
Hm.
Pegi mana eh?
Genting?
Tioman?best gak.
Umah nenet?
Perhentian?Sarah kate best.
Tengok wayang?
Disko?
Lepak kat Pak Li?
Hm..
mana eh?
Aku ada gitar.Ader 3 akustik.Satu elektrik.
Tapi tak terer-terer lagi.
Adik aku lagi terer.Pakai gitar klasikal.Hm.
Cam haram.
Aku dalam proses pembikinan buat satu lagu.Aku buat lagu untuk Dyana nyanyi.Mungkin untuk performance akan datang.Sesi kali ni lain sket.Ader blues rock sket campur akustik.Sape eh penah performed ngn aku?
Dyana
Wady
Nareem
Cha
Paul
Is
Lan
Mo
Akim
Ridy
Dan senarai tu akan jadi panjang untuk masa-masa akan datang.Mane tau ada nama artis dalam senarai tu.Huhuh..
Sape-sape yang sudi nak perform ngn aku,sila-sila!let me know!
Aku tak terer la pon.Aku main dari hati :-)
Saat ini aku masih lagi mencari melodi aku yang hilang.Kata-kata puitisku yang entah ke mana.Diorg ni merajuk kot.Atau aku takde lagi sumber inspirasi.Hm..
Bukankah dia yang terus membuka mata
tatkala mentari menjelma
Sedang aku terlena terulit mimpi nan panjang
dewa-dewi pun bersembunyi
dibalik ketawanya itu
lalu,
terbias cahaya masuk ke jendela
kosong yang tiada ertinya
dan di isi satu persatu makrifat tuhan
yang sesungguhnya,
ketenangan yang dicari,
rupanya ada di sisi...
cewah~!
:-)

No comments: