Friday, November 6, 2009

Tunku dan Cikgu.

Dari jauh aku nampak orang ramai berarak dengan membawa spanduk yang aku pon tak nampak apa ditulis. Diorang macam marahkan sesuatu. Sampaila lepas tu aku nampak polis berusaha menyuraikan protes jalanan tu.

Lepas tu keadaan kacau bilau.

Orang ramai bertempiaran lari.

Orang pompuan menjerit-jerit.

Anak-anak kecil menangis dipangkuan.

Peniaga-peniaga suma tutup kedai.

Melihatkan keadaan tu, aku bergerak ke arah sebuah sekolah.
Polis kat situ tahan aku.

"Maaf, encik tak dibenarkan masuk"

Hm.
Aku mundar-mandir kat tepi pagar sekolah. Dan aku terlihat ada lubang.
Aku menoleh kiri-kanan agar takde sapa pon yang nampak. Aku berusaha meloloskan diri sbb aku ni 'kecik'.
Tiba di perkarangan sekolah, aku terdengar suara org bersahut-sahut kat dalam dewan sekolah. Lantas, aku pon menuju ke arah dewan.

Dan aku di sapa.

"Nampak Abdul latif?"

Aku geleng.

"Saya Mansor, cikgu Mansor Adabi"
Sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
Dia tersenyum.
Wajahnya tenang.
Nampak seperti dalam 20an.
Matanya ada sinar walaupun terselindung dibalik cermin mata.
Pakaiannya kemas.
Berkemeja.
Berseluar slack.
Berkasut.
Dan bersongkok tinggi.

Aku mengangguk kali ni dan menghulurkan tangan. Sambil berkata,

"Amir"

"Marilah kita ke dewan. Kamu tentu nak ke sana" Ujar Cikgu Mansor.
"Abdul Latif tu kawan saya. Dia ikut saya dari Malaya."

"Malaya?" Desis hatiku.

"Saya nak berjumpa Tunku. Saya nak mintak pertolongan darinya" Terang Cikgu Mansor.

Tunku?
Aku sedikit bingung.

"Kamu pon tentu nak berjumpa Tunku bukan. Kamu dari Malaya?Tentu kamu tahu kita nak merdeka bukan? Tunku datang kat sini sebab nak mengajak kaum cikgu bersatu menyokongnya. Kamu cikgu?Kita kena sokong Tunku!" Ujarnya semangat sambil tersenyum.

Merdeka?

"Kamu nampak orang ramai kat luar tadi?" Tanyanya.

Aku mengangguk. Tp masih bingung.

"Orang ramai tu merusuh sebab saya. Bukan Tunku" Ujarnya tapi kali ini dalam nada sedih.

"Kenapa?" Aku mula bersuara.

"Hm.Nanti kamu tahulah.Kita jumpa Tunku dulu" Jawabnya.

Sedang aku melewati dewan, aku terdengar, aku dapat menghirup semangat, aku dapat rasa setiap andrenalin yang mengalir dalam setiap hadirin.
Suara orang ramai terpekik-pekik menyatakan sokongan.
"Hidup Tunku!"
"Hidup Tunku!"
"Hidup Tunku!"

Cikgu Mansor menyusup ke dalam orang ramai. Lepas tu lesap entah ke mana. Aku berdiri kaku. Bagai tak percaya,
dan aku terdengar suara di corong mikofon,

"Cikgu-cikgulah tonggak harapan negara, yang mendidik setiap insan. Dengan kemerdekaan ini, cikgu-cikgu akan menjadi pemangkin untuk mendidik generasi yang akan datang!"

Ucapan orang itu amat bersemangat.
Walaupun dalam sedikit loghat kedahnya.

"Malaya akan tetap akan mencapai kemerdekaannya tidak lama lagi!"

Dan disahut oleh setiap yang hadir dengan laungan
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Aku pon bersahut sekali!

"Saudara Amir!Saudara Amir!Ke mari!Lekas!" Laung Cikgu Mansor.

Aku bergegas ke arahnya.

"Mari kita berjumpa Tunku" Ujarnya.
"Apa yang saudara nak cakapkan padanya nanti?" Ujarnya lagi.

"Tentang kemerdekaan dan arah tuju bangsa Melayu pada masa akan datang" Jawabku bersemangat.

"Bagus!Tapi bangsa Melayu akan menjadi hamba dalam ketuanannya sendiri"

"Maksud cikgu?"

"Tak apalah.Nanti kamu dapat jawapannya. Lekas! Tunku nak beredar!"

Tak pasti apa yang diperkatakan oleh Cikgu Mansor.
Dan apa jua jawapannya, aku harap ianya terbaik.

Cahaya dari kamera menyilaukan pandangan aku.
Sakit mata.
Aku meleraikan pautan tanganku pada Cikgu Mansor. Dan tika itu ada seseorang menolak aku dari belakang.
Aku tersungkur dan kepalaku terhentak ke lantai.
Dan semua itu menjadi sejarah bingung untuk aku.......

"Bangun Subuh!" Ayahku menjengah ke dalam bilik.

Aku menggeliat malas.
Tp masih lagi bingung.
Kepala sakit macam baru terhantuk.

Seharian memikirkan apa makna sebenarnya.
Setiap apa yang berlaku masih jelas walaupun perkataan yang diucapkan.

Lepas tu aku start google.
Siapa Cikgu Mansor Adabi.
Yang pastinya dia bukan pengasas serbuk kari Adabi atau maktab gaya pos Adabi.
hahahaha.

Dan.
Aku tak percaya dengan apa yang aku baca.
Dengan apa yang aku ketahui.

Hm.
Tau kes pada 1950?Rusuhan di Singapura?
Ingat cerita Natrah Hertogh yang dibawa lari ke Belanda?
Pada siapa yang tak ingat atau tak pernah mengetahuinya,
aku tinggalkan address untuk korang baca dan timbang sendiri.
Nanti bagi komen.


Cinta tak boleh dipaksa.
Namun setiap cinta itu memerlukan pengorbanan.
Hm.

Wallahu'alam.

p/s-mimpi kadang-kadang membingungkan.hm.

4 comments:

ASZ said...

maaf gelakkan kamu sbb kamu tak knal cikgu mansoor adabi...mimpi kamu comel...bukan semua boleh mimpi mcm tue...
nanti kita tgk teater natrah yer.. seronoknye dapat promosi dalam mimpi...hihi.. =)

aben. said...

ahaha.
ok.
teater natrah.

Joe Moktar said...

nasib baik x mimpi nyonya manshoor aben..hahaha

aben. said...

kang dia ckp.
alaaa abennnnn~!
ampunkan aku abennnn~!!
hahaha.