Monday, June 28, 2010

Tunjuk bintang.

"Saya ada komplikasi hati."
"Minggu depan appoinment."

Hati berdetik.
"Ambillah separuh hatiku..."

Entah kenapa.
Hm.

Sunday, June 20, 2010

5am.

di mcD.

Dingin pagi sikit pun tak meresahkan. Terkadang dihembus angin sejuk dari timur. Aku cuma naikkan zip jaket.
Mata sembab sebab tidur hampir 6 jam.

Kat tangan membimbit buku cecilia ahern.

Apa motivasi untuk terus hidup?
Oh.Cakap-cakap masa disungai betul-betul buatkan aku malu dengan diri sendiri.

Untuk anda semua.
Tiap cebis pengalaman dan perkara yang berlaku itu jadikan diri dan fikiran matang.Hidup tu tak sempurna.Namun kerjanya adalah bagaimana nak mencapai kesempurnaan dalam hidup.
Jangan hukum diri sendiri.
Tuhan tu Maha Adil.
Saat engkau dibawah, pasti Dia akan turunkan hikmah. Dan bila engkau di atas, Dia uji dengan menjatuhkan pula engkau ke bawah. Sesungguhnya Dia Maha Adil Lagi Maha Mengetahui.

Teruskan hidup walau senget macammana sekalipun.ya?

Kopi dihirup.
Sambil menunggu Subuh.

Wallahua'alam.

Friday, June 11, 2010

7 Jun.

Adoyai.
Sampai hari ni baru la dapat menulis.

Hm.

Sebenarnya aku mencari-cari apakah momen yang paling istimewa pada hari lahir ku ini. Selain dari aku dilahirkan didunia ini.

Aku bergerak seawal jam 11 pagi menuju ke KTM Shah Alam. Mulanya tak tau destinasi ke mana. Namun, aku membeli tiket ke Mid Valley.

Dengan siapa?

Aku seorang diri je.

Orang tak ramai. Namun, cuti sekolah membuatkan budak-budak ada je kat mana-mana ceruk Mid Valley ni. Sambil melangkah, sambil cuba tersenyum, sambil menyambut hari ni. Ada yang namakan ini sebagai 'loser'. Ada pula namakan ini sebagai 'sakit jiwa'. Tapi aku lebih suka namakan sebagai 'muhasabah diri'. Meraihkan suasana yang istimewa ni susah. Sebab tak ada pemangkin apa-apa. Tapi, lebih senang sebenarnya menyambutnya sendirian. Itu sekadar teori aku la ye.
Heh.

Selepas ke MPH, aku mencari tempat duduk. Lokasinya, kerusi di tengah-tengah hallway. Duduk sambil mentafsir setiap gerak-geri laku orang yang lalu-lalang. Cuba melihat dari sudut yang berbeza. Dari kaca mata aku. Lantas, aku mulai bersyukur kepada Allah. Kerana DIA, aku ada disini. Yang duduk senang, dapat melihat keindahan, menghidu suasana, berfikir dengan jelas.

Aku cuba mencari momen-momen itu.
Banyak.

Namun,
yang paling aku hargai ialah setahun yang lepas. Dalam tempoh 7 Jun 2009-7 Jun 2010.
Itu adalah momen yang terbaik dalam hidup aku.
Sampai mati pon aku takkan lupa.

Dalam tempoh itu,
terlalu banyak perkara yang aku sedar.
Tentang baik-buruk.
Tentang hati.
Tentang cinta.
Tentang sayang.
Tentang kebesaran Allah. Betapa kerdilnya diri. Walau memohon dipanjangkan satu hari tu. Allah lebih maha mengetahui. Di ambilNYA apa yang kita sayang untuk menguji diri dan semoga bermuhasabah. Tiada galang gantinya walau dengan juraian air mata ni. Allah lebih mengetahuinya.

Apa?
Semua manusia berubah?

Ya, betul.
Lumrah manusia berubah bila ada yang lebih baik.

Namun,
Bagi aku perubahan itu takkan lebih baik jika tak ada momen-momen seperti 7 Jun.
Bagi aku, ianya soal hati dan perasaan dan tak patut dipersoalkan lebih-lebih lagi tentang kejujuran dan keikhlasan yang dipancarkan dari hati.

Salah besar kalau dipersoalkan.

Hm.

Aku tak keseorangan hari ni.
Sepanjang masa mengucapkan kesyukuran.
Kerana aku tahu,
aku takkan lupa mendongak ke atas,
memohon hikmah dariNYA,
atas apa yang berlaku dan akan berlaku.
Kerana seperti selalu kata kawanku.
Ianya sudah tertulis.
di helaian Luh-Mahfuz sana.

Wallahu'alam.
Selamat Hari Lahir Amir Hazrat Yusoff ke-28.

Friday, June 4, 2010

Padang hijau.

Aku masukkan gitar ke dalam kereta menuju ke dataran shah alam.Kononnya nak carik ilham lagu baru.

Sampai sana, aku pon carik port yg best.

Penuh.

Aku bergerak ke nun, hujung padang. Ternyata tempat ni menarik. Kenapalah aku tak pernah ke sini?

Yelah.
Berkelah ke, dating ke, lepak-lepak ke. Ternyata padang ni sungguh hijau. Lebih-lebih lagi bila dilimpahi lampu entah berapa ribu watt.

Sini takde org. Boleh la aku melalak sesuka hati.

Saat chord pertama aku mainkan, ternyata aku tak dapat ilham yang aku carik. Satu apa pun tak menjadi.

Namun, ianya hanya sementara apabila datang 2 orang gadis.
Main frisbee.
Lawa gak.
Hahaha.

Entah.
Ada la gak keluar melodi-melodi yang aku nak.

Agak-agak bosan. Skodeng diorang main frisbee.
Hihi.

Ilham lancar mencurah-curah.
Aku sebenarnya dah tak boleh menulis lirik-lirik.
Entahlah.
Selama ni,
lirik lagu orang lain yang buat.
Kali ni,
melodi ni,
tak ada lirik.

Hm.

Jam dah pon menunjukkan hampir ke satu pagi.
Tak ada tanda-tanda 2 orang gadis tu nak berhenti.
Seronok melempar.
Menangkap.
Berguling.
Gelak-ketawa.
Aku pon turut seronok.

HAHAHAHA.

Yang baik-baik je.
hihi.

Aku berangkat pulang.
Namun, ternyata perut berkeroncong minta diisi.
Malah perut ni selalu berkeroncong-dangdut.
haha.
Bertambah-tambah la badan aku.

Persinggahan ku,
McD.

Hanya pesan satu fries dan satu soft drinks.

Port aku kat tepi pintu.

Aku ingatkan,
makin larut malam,
makin surut orang.

Salah telahan tu.
Makin larut,
makin ramai orang bertandang.

Gadis kat sebelah meja ni buru-buru mencari tempat.

Tu ha,
kat hujung sana.
Meja berempat,
sekawan sedang enak melahap sambil terbahak-bahak.
Entah apa yang lucunya.

Ada mat motor suruh gadisnya belikan sesuatu.
Nah.
Beratur panjang gadis tu.
Kesian.
Sedang mat motor tu duduk senang atas motor.
Picit jerawat.

Ada 3 orang sedang merokok diluar.
Seorang mencangkung,
seorang berdiri,
seorang lagi kejap duduk-kejap berdiri.
Kucing tak berekor jalan pontang-panting.
Disepaknya kucing tu.
Kurang ajar!

Meja hadapan sepasang pelajar.
Asyik membincangkan hal pelajarannya.
Ukuranlah.
Meter-padulah.
Incilah.

Meja sebelah sepasang kekasih.
Asyik bergurau-senda.
Cubit-cubit manja.
Cuit-cuit hidung.

Meja belakang seorang saja.
Asyik menatap laptopnya.
Kejap-kejap tergaru-garu kepala.
Kejap-kejap tersenyum sendirian.
Gila agaknya.

Ada makcik sedang mengemop lantai.
Kemudian dia mengemas meja yang bersepah.
Kemudian dia menukar plastik sampah.
Kemudian dia mengemop lantai.
Kemudian dia mengemas meja.
Mengemop lantai lagi.
Kemas meja.
Berjalan mundar-mandir mencari kerja.


Sambil kunyah sambil membaca buku tere-liye.

Hari semakin larut.
Orang tak pula surut-surut.

Baru aku perasan ada 4 orang sedang tunggu meja yang aku duduk.
Dan baru juga aku perasan,
aku sedang duduk di meja empat-orang.
Aku hanya sorang.

Demi mereka,
aku bangun mengalah.

Siapa kata hari-hari yang berlalu amat menyedihkan.
Tidak, jika dipandang dari sudut yang berbeza.
Setiap hari adalah satu pengalaman yang berharga.
Dari saat celiknya mata,
hingga ditutupNya mata.


p/s-Sedang mencuba gaya bahasa dan penulisan yang lain.Maafla kalau tak terkesan.Haha.

Tuesday, June 1, 2010

Tujuh.

Jika langit berkehendakan sedemikian,siapa aku untuk menghalangnya.Walau secebis kemarahan takkan mampu mengubah apa yg sudah ditulis.Mundar-mandir ku, tak lena tidurku pada setiap malam-malam yang berlalu.Aku telan semuanya.Biarpun bagai racun.Aku harap sebahagian diriku mati bersama-samanya.Aku pasti kesudahan ini ialah satu permulaan.Semua yang berantaian ini pasti ada kebaikan untuk semua.Dan moga-moga diangkat ke petala yang tujuh.
InshaAllah.