Pada ketika ini aku memikirkan 13 orang+33 orang yang lain.
Hm...
Menarik kadang-kadang.
Manusia ini sungguh unik. Seorang saja sudah cukup untuk aku mengkagumi kebesaran Allah. Insaf seketika bila terfikir tentang sunnahtullah. Asal kejadian manusia itu.
Bercerita tentang perasaan, tentang cinta, tentang satu simbolik mahakarya alunan dan runtunan sanubari sungguh mempesonakan. Namun ianya terlalu rigid. Ada satu susunan yang perlu diikut dan diatur.
Definisi bodoh = egois.
Definisi telus = sahabat.
Definisi marah = sayang.
Definisi ketawa = kosong.
Mahabbah ini harus dipupuk agar talinya sekeras tali yang memegang erat leher-leher lembu jantan sebelum ke gelanggang.
Terkumat-kamit membaca zikrullah sambil jari-jemari mengira butiran tasbih agar dilorongkan cahaya menerangi segenap kelopak hati yang tersembunyi. Tolonglah Ya Allah...ikatkanlah hati-hati ini....
Umpama cinta tembikai laici.
Umpama kasihnya nasi goreng daging merah.
Takkan boleh dipisahkan keduanya.
:-)
Maaf kawan.
Aku hanya pemerhati.
Boleh berkongsi.
Tapi maaf.
Bukan pemeri.
Sebahagiannya masih hilang.
Waktu kicau burung bagai melodi yang memulakan setiap yang hidup, aku menghirup udaranya, mata yang terbuka untuk jadi saksi gema alam.
Alhamdulillah.
Masih diberi peluang.
Terkadang lupa.
Alhamdulillah.
Masih lagi diberi peluang.
Berbunga lagikah hati itu?
Mekar dan harum lagi kah?
Jangan biarkan aku ucap kata itu lagi.
Tolong.
Halang aku.
Aduhh.
Kata maaf tak lagi berharga.
Aku tau, salah.
4-5.
Hm.
Aku tak patut cakap ni,
kalau lah masa itu boleh diputar,
kalaulahh...
Terima kasih kerana membaca kata-kata merapu ni.
Saya jujur.
Ini sebabnya saya menulis ini.
Jujur.
:-)
9 comments:
hmmm.. air tembikai laici mmg sedap diminum.. n nasi goreng tuh pun sedap.. lapanye perut ku..!~:)
SlrupppPpp~! :P
heheh..best blog nie.. tapi mcm sedih je..:)
betulke tembikai laici + nasi goreng daging merah takblh di pisahkan? :))
aben masih menulis dengan bait-bait puitis.
to ika.ngdm+tembikai laici tak boleh dipisahkan..hm.
to boy.sbb aku tulis dengan hati..hm..
tima kasih sbb baca.
merapu dalam berkata adalah akibat dari kecelaruan rasa dijiwa. kata yang lahir dari kecelaruan jiwa tidak dapat dikawal oleh minda. akhirnya ia dimuntahkan juga menjadi luahan rasa. :)
SokOng kakak hajaraznam...
kecelaruan rasa dijiwa..
"Permainan minda tidak boleh di mainkan dihati. Jiwa bukan tercipta untuk semusim persinggahan sahaja. Lahirkan cinta jika ia benar-benar ada" -hajaraznam (previous comment )
bak kata-kata cik aben..
"Ada satu susunan yang perlu diikut dan diatur..."
"ikatkanlah hati-hati ini...
>> pendapat saya..anda mmpunyai masa untk menzahirkan apa terbuku..
>> teruskan !! ketulusan dtg dr hati..
"Lahirkan cinta jika ia benar-benar ada.." hajaraznam..
sekian...
kagum dengan kata-kata kamu.memberi seribu satu makna =)
izni..
saya sedang mebaca blog kamuu.
:P
menarikk~! :)
Post a Comment