Wednesday, November 24, 2010

Sederhana.




Semalam di Terengganu...

"Awak tak kesah kalau kenduri kita ni ringkas?" Soal Fadil.

"Tak pun. Less is more right?" Jawab Nurul dan tersenyum.

"Biarpun lepas ni kita duduk rumah flat murah je?" Soal Fadil lagi.

"Abang, kalaupun saya duduk dengan abang dalam pondok buruk sekalipun, saya sanggup" Jawab Nurul.

Fadil melepaskan pandangannya ke laut luas. Angin bersepoi-sepoi mengundang liang-liuk dahan-dahan pohon rhu. Sekonyong kapal dan perahu nelayan di ufuk garisan mengingatkan fadil tentang asal-usul dirinya.

"Abang mintak maaf sebab ini saja yang abang mampu berikan" Ujar Fadil dan tertunduk. Ada nada sedih dalam suaranya.

Nurul menarik nafas menahan tumpahan airmatanya. Baginya, lelaki didepannya ialah suaminya dunia akhirat kerna sesungguhnya cinta dan sayang adalah anugerah Allah yang paling mulia dan kudus. Dia cinta dan sayang Fadil kerna Allah.

"Abang, apa abang cakap ni?Saya tak kesah lah. Asalkan abang ada dengan saya, cukuplah. Dan saya akan selamanya setia dengan abang kerna Allah" Ujar Nurul bersungguh memujuk.

Nun jauh dibandar, Bapa Nurul telah membuat persediaan perkahwinan yang gemilang untuk anak perempuannya yang tunggal ini. Dewan hotel 5 bintang telah ditempah. Pelamin bertingkat bertatah lampu bergemerlapan telah dibina khas. Tetamu VIP dan VVIP telah pun dijemput. Kad-kad jemputan untuk tetamu yang lain telah diedar.Baju pengantin telah siap dijahit oleh butik terkenal. Hiasan dari kepala ke hujung kaki telah disediakan. Semuanya untuk Perkahwinan Nurul dan Fadil.

Kenduri di kampung halaman Fadil cukup hanya sekadar jemputan jiran-jiran tetangga, orang-orang surau. Jamuannya lauk-pauk kampung. Pakaian pengantin hanya baju melayu dan baju kurung yang dijahit sendiri adiknya. Tiada pelamin indah. Tiada khemah. Bersila diruang tamu dan sebahagian dapur.

"Alhamdulillah. Moga jodoh kita berkekalan hingga ke anak cucu" Tokok Fadil. Bangga dihatinya mendengar ucapan Nurul. Bertuah dia beristerikan Nurul.

Fadil mempimpin tangan Nurul menelusuri gigi pantai. Masih terngiang-ngiang lafaz akad dihadapan sanak saudara dan ibubapanya. "InshaAllah, abang akan menjaga Nurul sampai akhir hayat abang" Getus hatinya. Dia tersenyum simpul sendirian.

"Kenapa senyum-senyum ni?Gelakkan saya ye!" Ujar Nurul memandang Fadil dengan penuh kasih dan cinta.

"Taklah. Cuma abang bertuah dapat Nurul sebagai Isteri abang. Dahlah, jom balik. Risau pulak mak dengan abah kang" Balas Fadil dan menarik tangan Nurul rapat padanya.

Nurul tersenyum bahagia.
Baginya, perkahwinan adalah tuntutan dan amanah dari Allah. Dia dan Fadil bertuah kerana dapat menyempurnakan amanah Allah dan mereka berjanji menjaganya sebaik mungkin. Bukan kenduri besar-besaran yang dia pinta. Hanya cinta dan kasih sayang suaminya dengan mengharap keredhaan Allah semata. Dia berharap semoga mereka melayarinya dengan sempurna bahagia. Kenduri yang bermewah-mewah, bermegah-megah bukan satu ukuran yang perkahwinan ini sudah cemerlang gemilang. Cukup dengan satu lafaz, bersaksikan dua orang dan hadirin, berwalikan bapanya menanda aras yang ujian Allah Yang Maha Agung sudah bermula.

Wallahua'alam

Selamat pengantin baru kepada Fadil dan Nurul Afzan. Moga kalian bahagia ke anak cucu.

Tuesday, November 16, 2010

Dua kali.

Lebih baik dari sekali.
Dari tak ada apa-apa.

Lebih baik dari bahagi.
Campur tolak semuanya.

Lebih baik dari kuasa dua.
Yang selalu menambah-nambah.

Lebih baik dari punca kuasa.
Terkadang melencong entah ke mana.

Lebih baik dari sekali lagi.
Biar dua kali.
Berkali-kali bertambah akhirnya.


Sedang dalam mod matematik.

: )

wallahua'alam.

Wednesday, November 3, 2010

Fitrah.



Tunaikan solat.
Baca Kitabihil 'Aziz.

Mimpi yang baik-baik.
Hajati yang sempurna.

Taubatku nasuha.
Mengalir airmata.

Sesungguhnya DIA yang Maha Besar.
Allahuakbar.

Wallahu'alam.