Atikah hanya duduk dibirai katil menunggu.
Sudah banyak kali dia menelefon Fahmi. Namun tiada jawapan. Dia mulai risau. Mula berfikir yang bukan-bukan.
Lantas dia cepat-cepat beristighfar.
"Astaghfirullahh..Ya Allah selamatkan la dia" Doanya dalam hati.
Kenangan bersama satu persatu kembali menerawang. Dia masih teringat semasa ke Dubai bersama-sama. Senyuman tak pernah lekang dari wajahnya. Fahmi amat membahagiakannya. Kenangan ke Switzerland tidak kurang hebatnya. Haruman bunga-bungaan sentiasa mengiringi langkahnya.
Atikah tersengih-sengih sendirian. Dia lupa hatinya yang risau. Hilang fikiran yang bukan-bukan.
"Nasib baik takde sapa-sapa kat sini..kalau tak mesti aku kene cop gila" Katanya sendirian.
Namun, setelah jam berdenting pukul 11 malam, hatinya risau kembali. Dia cuba menelefon Fahmi lagi. Kali ni Fahmi berada diluar liputan. Tiap kali selesai menelefon, dia akan selangi dengan mesej ke handphone Fahmi.
Atikah masih setia menunggu.
Dia memegang perutnya.
"Sayangg..jangan risau.papa pulang sekejap lagi"
Kandungannya sudah masuk 3 bulan. Kali pertama dia dan Fahmi mendapat berita ini, girangnya bukan kepalang. Semacam mahu menghebahkan kepada seluruh penghuni dunia. Yang paling gembira ialah Fahmi. Dia takkan lupa tatkala Fahmi mengucup dahinya. Ada air jernih bertakung dimata Fahmi ketika itu. Dia percaya, ianya adalah demi sebuah kegembiraan.
Atikah tetap menunggu penuh setia.
Mengantuk tak dapat membunuh kesetiaannya.
Lapar tak mampu membendung kasihnya pada Fahmi.
Dia setia menunggu dirumah agam itu.
Atikah menelefon dan menghantar mesej lagi.
Di tingkat bawah, keadaan sunyi. Rumah yang baru didiami sejak 2 bulan yang lalu menyaksikan hanya dia dan Fahmi saja yang mendiaminya. 3 hari yang lepas, fahmi terpaksa ke Brunei atas urusan kerja dan tinggallah Atikah seorang. Atikah yakin Fahmi merinduinya seperti dia sekarang ini.
Jam menunjukkan jam 1 pagi. Kelibat kereta Fahmi tidak kelihatan apatah lagi deringan telefon yang ditunggui.
Atikah terdengar bunyi bising dibawah. Dia menyangka Fahmi.
Bergegas dia turun.
Dia cemas bila ada 3 sosok tubuh menuju ke arahnya. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri bila salah seorang dari mereka menangkap sebelah kakinya. Dia menendang tepat ke muka orang yang memegang kakinya. Dia terus berlari ke dalam bilik dan mengunci.
Dia berselawat.
Dia memohon doa.
Dia mencapai handphonenya dan mendail nombor Fahmi. Hanya nombor Fahmi yang ada dalam benakknya sekarang.
"Hello..abang..abang..tolong Ika!" Terus saja Atikah berkata selepas mendengar suara Fahmi.
Namun, pintu bilik dipecah. Atikah menjerit. Telefon terlepas dari tangan. 3 orang mengheretnya. Dari jauh kedengaran suara Fahmi memanggilnya dihujung corong. Atikah terus menjerit meminta tolong sebelum ditekup mulutnya oleh penjahat itu.
Fahmi berdebar-debar. Talian tidak dimatikan namun dia dapat mendengar jeritan Atikah.
"Abangg..tolong Ikaa..abangg!!"
Dia memecut laju. Dia menyesal tidak menghubungi Atikah lebih awal. Mahu memberi kejutan kononnya.
"Ya Allah..selamatkanlah keluargaku..selamatkanlah dia ya Allah!" Doanya. Airmatanya sudah berjuraian dan masih sempat menelefon polis dan memberitahu apa yang yang berlaku.
Mulutnya terkumat-kamit membaca doa. Memohon Allah selamatkan keluarganya. Dia teringat pada wajah Atikah, pada anaknya yang belum lahir. Mengenangkan jeritan Atikah tadi, dia terus memecut keretanya tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Baginya, Atikah dan anaknya adalah segalanya-galanya.
Di selekoh rumahnya, dia membelok tajam dan hampir saja melanggar kereta yang ada.Kereta polis dan ambulans sudah ada diperkarangan rumahnya. Lampu biru dan merah menerangi suasana pagi. Dia cepat-cepat mencari Atikah.
Nun, disudut sana, terkujur satu tubuh. Ditutup dengan sehelai kain.
Nafas Fahmi tersekat-sekat. Langkahnya longlai. Namun digagahkan menuju ke sudut itu.
Dia menyelak kain yang menutup tubuh itu..
"YA ALLAHH!!IKAA~~!!!YA ALLAHH~!!YA ALLAH!!YA ALLAH!" Begitulah raungan Fahmi memecah suasana. Seorang pegawai polis cuba menenangkannya. Fahmi masih memeluk jenazah Atikah yang berlumuran darah.
Cahaya lampu biru dan merah masih menerangi pagi itu. Fahmi terkunci mulut bila melihat jenazah Atikah dibawa masuk ke dalam ambulans. Matanya tak lekang dari memerhati situasi itu. Fikirannya berkecamuk. Matanya bengkak. Hatinya remuk redam. Fahmi menuruti saja ke dalam ambulans menemani jenazah Atikah ke hospital. Perjalanan itulah yang paling pendek dan singkat dalam hidupnya. Atikah telah dijemput Allah. Fahmi mengambil wudhu' dan tunaikan solat fardhu Subuh...menyedari betapa kerdilnya diri betapa agungnya kuasa Allah. Dia mulai redha..
Selesai urusan pengebumian jenazah Atikah, dia tak mahu duduk lama dirumah mertuanya. Dia terus balik. Belum pun sampai ke rumah, dia singgah ke sebuah pasaraya yang menemukan dia dan Atikah. Kenangan itu terbayang kembali. Orang ramai berpusu-pusu namun, dia tetap dalam dunianya.
Fahmi duduk dikerusi. Sedang orang ramai lalu-lalang memerhatinya. Fahmi tidak pedulikan.
Dia mengeluarkan handphonenya.
Ada 10 mesej yang belum dibaca.
Semuanya dari Atikah.
Air matanya mulai bergenang.
"Abang,assalamualaikum.Abang kat mana?Ika rindu la..anak kita pon rindu abang. abang bila sampai?nanti call Ika tau. Ni mesej terakhir dari Ika. Abang jaga diri abang tau. Jangan tinggal solat. Jangan makan megi banyak-banyak. Tak sehat. Jangan minum air gas. Jangan carik orang lain kecuali Ika dah takde..Hehe..Sorry abang, Ika mengarut pagi-pagi ni. Ika sayang abang dunia akhirat. Terima kasih sebab sudi jadi suami Ika. Abang perkara yang terbaik yang pernah jadi kat Ika. Sorry abang, Ika mengarut lagi..abang jangan lupa pesan Ika ok?Assalamualaikum.."
Mesej yang terakhir itu membuatnya menangis teresak-esak.
Burung-burung pun tidak berkicau, awan-gemawan berarak mendung. Seolah memahami.
Fahmi menghidupkan keretanya dan memecut balik. Sepanjang perjalanan dia tak lepas dari membaca al-fatihah. Sedekah buat Atikah dan anaknya..
Sesungguhnya, kepada Allah jua kita kembali.
Tuesday, December 28, 2010
Tuesday, December 14, 2010
Segalanya mungkin.
Pandangan ku pada dunia berubah bila menerima takdir Qada' dan Qadar tuhan.
Apa jua yang direncanaNYA.
Pasti ada cahaya dan bahagia dihujung pelangi.
Ianya adalah yang terbaik.
Sabar dan bertakwa lebih mulia
kan?
Apa jua yang direncanaNYA.
Pasti ada cahaya dan bahagia dihujung pelangi.
Ianya adalah yang terbaik.
Sabar dan bertakwa lebih mulia
kan?
Monday, December 6, 2010
Bersama-sama berhijrah.
salam tahun baru 1432.
saya berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik disisi Allah.
saya berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik disisi Allah.
Wednesday, November 24, 2010
Sederhana.
Semalam di Terengganu...
"Awak tak kesah kalau kenduri kita ni ringkas?" Soal Fadil.
"Tak pun. Less is more right?" Jawab Nurul dan tersenyum.
"Biarpun lepas ni kita duduk rumah flat murah je?" Soal Fadil lagi.
"Abang, kalaupun saya duduk dengan abang dalam pondok buruk sekalipun, saya sanggup" Jawab Nurul.
Fadil melepaskan pandangannya ke laut luas. Angin bersepoi-sepoi mengundang liang-liuk dahan-dahan pohon rhu. Sekonyong kapal dan perahu nelayan di ufuk garisan mengingatkan fadil tentang asal-usul dirinya.
"Abang mintak maaf sebab ini saja yang abang mampu berikan" Ujar Fadil dan tertunduk. Ada nada sedih dalam suaranya.
Nurul menarik nafas menahan tumpahan airmatanya. Baginya, lelaki didepannya ialah suaminya dunia akhirat kerna sesungguhnya cinta dan sayang adalah anugerah Allah yang paling mulia dan kudus. Dia cinta dan sayang Fadil kerna Allah.
"Abang, apa abang cakap ni?Saya tak kesah lah. Asalkan abang ada dengan saya, cukuplah. Dan saya akan selamanya setia dengan abang kerna Allah" Ujar Nurul bersungguh memujuk.
Nun jauh dibandar, Bapa Nurul telah membuat persediaan perkahwinan yang gemilang untuk anak perempuannya yang tunggal ini. Dewan hotel 5 bintang telah ditempah. Pelamin bertingkat bertatah lampu bergemerlapan telah dibina khas. Tetamu VIP dan VVIP telah pun dijemput. Kad-kad jemputan untuk tetamu yang lain telah diedar.Baju pengantin telah siap dijahit oleh butik terkenal. Hiasan dari kepala ke hujung kaki telah disediakan. Semuanya untuk Perkahwinan Nurul dan Fadil.
Kenduri di kampung halaman Fadil cukup hanya sekadar jemputan jiran-jiran tetangga, orang-orang surau. Jamuannya lauk-pauk kampung. Pakaian pengantin hanya baju melayu dan baju kurung yang dijahit sendiri adiknya. Tiada pelamin indah. Tiada khemah. Bersila diruang tamu dan sebahagian dapur.
"Alhamdulillah. Moga jodoh kita berkekalan hingga ke anak cucu" Tokok Fadil. Bangga dihatinya mendengar ucapan Nurul. Bertuah dia beristerikan Nurul.
Fadil mempimpin tangan Nurul menelusuri gigi pantai. Masih terngiang-ngiang lafaz akad dihadapan sanak saudara dan ibubapanya. "InshaAllah, abang akan menjaga Nurul sampai akhir hayat abang" Getus hatinya. Dia tersenyum simpul sendirian.
"Kenapa senyum-senyum ni?Gelakkan saya ye!" Ujar Nurul memandang Fadil dengan penuh kasih dan cinta.
"Taklah. Cuma abang bertuah dapat Nurul sebagai Isteri abang. Dahlah, jom balik. Risau pulak mak dengan abah kang" Balas Fadil dan menarik tangan Nurul rapat padanya.
Nurul tersenyum bahagia.
Baginya, perkahwinan adalah tuntutan dan amanah dari Allah. Dia dan Fadil bertuah kerana dapat menyempurnakan amanah Allah dan mereka berjanji menjaganya sebaik mungkin. Bukan kenduri besar-besaran yang dia pinta. Hanya cinta dan kasih sayang suaminya dengan mengharap keredhaan Allah semata. Dia berharap semoga mereka melayarinya dengan sempurna bahagia. Kenduri yang bermewah-mewah, bermegah-megah bukan satu ukuran yang perkahwinan ini sudah cemerlang gemilang. Cukup dengan satu lafaz, bersaksikan dua orang dan hadirin, berwalikan bapanya menanda aras yang ujian Allah Yang Maha Agung sudah bermula.
Wallahua'alam
Selamat pengantin baru kepada Fadil dan Nurul Afzan. Moga kalian bahagia ke anak cucu.
Tuesday, November 16, 2010
Dua kali.
Lebih baik dari sekali.
Dari tak ada apa-apa.
Lebih baik dari bahagi.
Campur tolak semuanya.
Lebih baik dari kuasa dua.
Yang selalu menambah-nambah.
Lebih baik dari punca kuasa.
Terkadang melencong entah ke mana.
Lebih baik dari sekali lagi.
Biar dua kali.
Berkali-kali bertambah akhirnya.
Sedang dalam mod matematik.
: )
wallahua'alam.
Dari tak ada apa-apa.
Lebih baik dari bahagi.
Campur tolak semuanya.
Lebih baik dari kuasa dua.
Yang selalu menambah-nambah.
Lebih baik dari punca kuasa.
Terkadang melencong entah ke mana.
Lebih baik dari sekali lagi.
Biar dua kali.
Berkali-kali bertambah akhirnya.
Sedang dalam mod matematik.
: )
wallahua'alam.
Wednesday, November 3, 2010
Fitrah.
Wednesday, October 27, 2010
Kupu-kupu kertas.
Setiap waktu engkau tersenyum
sudut matamu,
memancarkan rasa
Keresahan yang terbenam
kerinduan yang tertahan
duka dalam yang tersembunyi
jauh dilubuk hati
Kata-katamu riuh mengalir bagai gerimis...
Seperti angin tak pernah diam
selalu beranjak setiap saat
Menebarkan jala asmara
Menaburkan aroma luka
benih kebencian kau tanam
bakar ladang gersang
Entah sampai kapan berhenti menipu diri...
Kupu-kupu kertas,
yang terbang kian ke mari
aneka rupa dan warna
dibias lampu temaram...
Ebiet G. Ade
Wallahua'alam.
sudut matamu,
memancarkan rasa
Keresahan yang terbenam
kerinduan yang tertahan
duka dalam yang tersembunyi
jauh dilubuk hati
Kata-katamu riuh mengalir bagai gerimis...
Seperti angin tak pernah diam
selalu beranjak setiap saat
Menebarkan jala asmara
Menaburkan aroma luka
benih kebencian kau tanam
bakar ladang gersang
Entah sampai kapan berhenti menipu diri...
Kupu-kupu kertas,
yang terbang kian ke mari
aneka rupa dan warna
dibias lampu temaram...
Ebiet G. Ade
Wallahua'alam.
Wednesday, October 13, 2010
Mengenangmu.
Ku simpan semua.
Agar jadi tauladan.
Pada tiap detik nadi,
tiap helaan nafas ini,
takkan berhenti dari berdetik namamu,
saat ditakdirkan kita bertemu.
Sang mentari hilang dibalik gunung,
langit mencambah warna kekuningan.
Dalam diam aku bersuara,
meronta-ronta ingin lepaskan,
namun tangan yang sembunyi.
Lumat diinjak-injak,
calar-balar,
pipih,
lalu,
berderai.
Tunjuk satu bintang.
pilihlah,
disitu tempat aku kan mengenangmu,
biar malam memekatkan wajah dan senyuman,
cahaya membutakan mata, petir guntur memekakkan telinga.
Awan berbalam-balam.
Kicau burung makin reda.
Titik hujan yang berat.
Akanku kenangmu,
ditempat dimana kita bermula,
kerna disitu jugalah kita kan akhiri semua.
Wallahu'alam.
Agar jadi tauladan.
Pada tiap detik nadi,
tiap helaan nafas ini,
takkan berhenti dari berdetik namamu,
saat ditakdirkan kita bertemu.
Sang mentari hilang dibalik gunung,
langit mencambah warna kekuningan.
Dalam diam aku bersuara,
meronta-ronta ingin lepaskan,
namun tangan yang sembunyi.
Lumat diinjak-injak,
calar-balar,
pipih,
lalu,
berderai.
Tunjuk satu bintang.
pilihlah,
disitu tempat aku kan mengenangmu,
biar malam memekatkan wajah dan senyuman,
cahaya membutakan mata, petir guntur memekakkan telinga.
Awan berbalam-balam.
Kicau burung makin reda.
Titik hujan yang berat.
Akanku kenangmu,
ditempat dimana kita bermula,
kerna disitu jugalah kita kan akhiri semua.
Wallahu'alam.
Tuesday, October 5, 2010
Rahsia.
Apa dalam suratmu?
Rahsia.
Apa dalam hatimu?
Rahsia.
Apa yang ada dipelangi petang?
Rahsia.
Apa yang sedang kau fikirkan?
Rahsia.
Apa yang sedang bergolak dijiwamu?
Rahsia.
Kenapa kau tinggalkan aku?
Rahsia.
Kenapa kau sayang aku?
Rahsia.
Kenapa kau robek hatiku?
Rahsia.
Untuk siapa kuntuman puisi itu?
Rahsia.
Untuk siapa hatimu?
Rahsia.
Untuk siapa senyummu?
Rahsia.
Untuk siapa jelingan matamu?
Rahsia.
Dimana letaknya pendirianmu?
Rahsia.
Dimana halus tutur katamu?
Rahsia.
Ke mana arah tujumu?
Rahsia.
Ke mana harus ku pergi?
Rahsia.
Hm.
Apa yang ada dalam surah-surahMu?
Rahsia.
Apa yang terkandung dalam kitab-kitabMu?
Rahsia.
Apa yang terisi dilangit dan dibumi?
Rahsia.
Apa yang terteguh dibawah ArasyhMu?
Rahsia.
Untuk siapa rahsia-rahsia ini?
Rahsia.
Siapa yang untung?
Rahsia.
Siapa yang rugi?
Rahsia.
Hm.
Sedikit dari putaran akal dan fikiran..
Siapa yang berkuasa?
Akal.
Siapa yang lemah?
Amarah.
Siapa yang cantik?
Budi.
Siapa yang hodoh?
Tak mengerti.
Siapa yang tulus?
Hati.
Siapa yang bohong?
Diri.
Nah.
Wallahua'alam.
Rahsia.
Apa dalam hatimu?
Rahsia.
Apa yang ada dipelangi petang?
Rahsia.
Apa yang sedang kau fikirkan?
Rahsia.
Apa yang sedang bergolak dijiwamu?
Rahsia.
Kenapa kau tinggalkan aku?
Rahsia.
Kenapa kau sayang aku?
Rahsia.
Kenapa kau robek hatiku?
Rahsia.
Untuk siapa kuntuman puisi itu?
Rahsia.
Untuk siapa hatimu?
Rahsia.
Untuk siapa senyummu?
Rahsia.
Untuk siapa jelingan matamu?
Rahsia.
Dimana letaknya pendirianmu?
Rahsia.
Dimana halus tutur katamu?
Rahsia.
Ke mana arah tujumu?
Rahsia.
Ke mana harus ku pergi?
Rahsia.
Hm.
Apa yang ada dalam surah-surahMu?
Rahsia.
Apa yang terkandung dalam kitab-kitabMu?
Rahsia.
Apa yang terisi dilangit dan dibumi?
Rahsia.
Apa yang terteguh dibawah ArasyhMu?
Rahsia.
Untuk siapa rahsia-rahsia ini?
Rahsia.
Siapa yang untung?
Rahsia.
Siapa yang rugi?
Rahsia.
Hm.
Sedikit dari putaran akal dan fikiran..
Siapa yang berkuasa?
Akal.
Siapa yang lemah?
Amarah.
Siapa yang cantik?
Budi.
Siapa yang hodoh?
Tak mengerti.
Siapa yang tulus?
Hati.
Siapa yang bohong?
Diri.
Nah.
Wallahua'alam.
Sunday, September 19, 2010
Misteri asrama.
Untuk bacaan ringan anda.
Silalah lawati,
http://misteriasrama.blogspot.com
: )
-maafla.tarikh updatenya terlalu jarak.makan tahun.tapi baru-baru ni dah update dan sy berjanji pada diri sendiri akan update selalu.cerita ini cerita bersiri..
wallahua'alam.
Silalah lawati,
http://misteriasrama.blogspot.com
: )
-maafla.tarikh updatenya terlalu jarak.makan tahun.tapi baru-baru ni dah update dan sy berjanji pada diri sendiri akan update selalu.cerita ini cerita bersiri..
wallahua'alam.
Wednesday, September 15, 2010
Tuesday, September 14, 2010
September Sorg.
Hujan mencurah-curah kat luar.
Fikiran melayang entah ke mana.
Oh.
Peristiwa tu berulang.
Aku tak dapat buat apa-apa.
Ramai yang mengatakan ini mungkin yang terbaik.
Ya.
Mungkin.
Hm.
Mental blocked.
Aduh.
Moga aku dapat melaluinya.
Hm.
Tulis.
Tulis-baca-tulis.
Jangan merepek.
Semuanya mengingatkan aku.
Tak sabar rasanya nak ke situ.
Hm.
Sampai sekarang aku tak layak.
Diam lebih baik.
Menggumam lebih baik dari merintih.
Sedang menelan semuanya. Satu-persatu luka.
Moga sembuh dirawat masa.
September.
Bahagialah hidupmu.
Tinggalkan.
Dan kau akan rasa jua.
Pasti.
Aku doakan.
Hm.
Hanya yang terbaik.
Fikiran melayang entah ke mana.
Oh.
Peristiwa tu berulang.
Aku tak dapat buat apa-apa.
Ramai yang mengatakan ini mungkin yang terbaik.
Ya.
Mungkin.
Hm.
Mental blocked.
Aduh.
Moga aku dapat melaluinya.
Hm.
Tulis.
Tulis-baca-tulis.
Jangan merepek.
Semuanya mengingatkan aku.
Tak sabar rasanya nak ke situ.
Hm.
Sampai sekarang aku tak layak.
Diam lebih baik.
Menggumam lebih baik dari merintih.
Sedang menelan semuanya. Satu-persatu luka.
Moga sembuh dirawat masa.
September.
Bahagialah hidupmu.
Tinggalkan.
Dan kau akan rasa jua.
Pasti.
Aku doakan.
Hm.
Hanya yang terbaik.
Thursday, September 9, 2010
Lebaran 1431
Prolog
"Kenapa kau tak bgtau aku?!Kenapa mesti aku orang yang terakhir yang tau?!" Bentak Baiti. Airmatanya mulai bergenang.
Aku diam membisu.
Hati dan perasaan ni tak keruan melihatnya.
Lidah kelu tak dapat berkata-kata.
"Aku..aku tak mahu kau sedih..lagipun.." Perkataanku terhenti disitu.
Sebak.
Mata Baiti dah basah dek air mata yang merembes laju.
Nampak jelas dia menahan marah.
"Aku tak tahu macam mana nak cakapkan kat kau" Ujarku.
Baiti tak bersuara. Hanya esakannya kedengaran. Orang ramai yang ada kat situ hanya memerhati drama tengahari tu.
"Apa sebenarnya hah?!Apa sebabnya?!Aku ni tak penting ke kat kau?!Hah?!" Bentak Baiti melepas geram.
Kau penting bagi aku Baiti....
Hm.
Amat penting...
Baiti memalingkan mukanya. Sesekali menyeka airmatanya.
"Baiti, pandang sini, pandang aku ni..biar aku terangkan..sebenarnya.."
Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, Baiti bangun dan terus beredar.
Aku mengejar dan melaung namanya.
Dia tak mendengar.
Pura-pura tak mendengar.
Dari jauh aku hanya melihat kelibatnya hilang...
Dan cerita tu pon terhenti.
Aku simpan selama 9 tahun.
Bukan bermaksud apa-apa.
Cuma lebaran kali ni,
kenangan ni terimbau.
Genap sudah setahun.
Hm.
Mohon maaf.
Maaf zahir Batin.
Salam lebaran.
Amir Hazrat Yusoff
1 Syawal 1431
"Kenapa kau tak bgtau aku?!Kenapa mesti aku orang yang terakhir yang tau?!" Bentak Baiti. Airmatanya mulai bergenang.
Aku diam membisu.
Hati dan perasaan ni tak keruan melihatnya.
Lidah kelu tak dapat berkata-kata.
"Aku..aku tak mahu kau sedih..lagipun.." Perkataanku terhenti disitu.
Sebak.
Mata Baiti dah basah dek air mata yang merembes laju.
Nampak jelas dia menahan marah.
"Aku tak tahu macam mana nak cakapkan kat kau" Ujarku.
Baiti tak bersuara. Hanya esakannya kedengaran. Orang ramai yang ada kat situ hanya memerhati drama tengahari tu.
"Apa sebenarnya hah?!Apa sebabnya?!Aku ni tak penting ke kat kau?!Hah?!" Bentak Baiti melepas geram.
Kau penting bagi aku Baiti....
Hm.
Amat penting...
Baiti memalingkan mukanya. Sesekali menyeka airmatanya.
"Baiti, pandang sini, pandang aku ni..biar aku terangkan..sebenarnya.."
Belum pun sempat aku menghabiskan ayat, Baiti bangun dan terus beredar.
Aku mengejar dan melaung namanya.
Dia tak mendengar.
Pura-pura tak mendengar.
Dari jauh aku hanya melihat kelibatnya hilang...
Dan cerita tu pon terhenti.
Aku simpan selama 9 tahun.
Bukan bermaksud apa-apa.
Cuma lebaran kali ni,
kenangan ni terimbau.
Genap sudah setahun.
Hm.
Mohon maaf.
Maaf zahir Batin.
Salam lebaran.
Amir Hazrat Yusoff
1 Syawal 1431
Monday, September 6, 2010
7 Likur.
Tatkala bintang-bintang bersatu dilangit sana,
ada terulit mimpi,
sedangkan perkhabaran mengatakan ada nur dan rahmat,
hanya menunggu ditadah, dipinta,
cahaya atas cahaya,
Maha Suci yang menjadikan segala..
Masa menyaksi ramadhan mubarok ini pergi meninggalkanku lagi..
Wallahua'alam.
ada terulit mimpi,
sedangkan perkhabaran mengatakan ada nur dan rahmat,
hanya menunggu ditadah, dipinta,
cahaya atas cahaya,
Maha Suci yang menjadikan segala..
Masa menyaksi ramadhan mubarok ini pergi meninggalkanku lagi..
Wallahua'alam.
Wednesday, August 11, 2010
Al-Mubarok.
Al-mubarok datang lagi.
Lembaran yang baru dalam meningkatkan diri.
Agar tak salah tersadung kaki lagi.
Maha suci Allah.
Allahukbar.
Jangan biarkan cahaya itu dihalang masuk ke dalam hati.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...
Wallahua'lamm..
Lembaran yang baru dalam meningkatkan diri.
Agar tak salah tersadung kaki lagi.
Maha suci Allah.
Allahukbar.
Jangan biarkan cahaya itu dihalang masuk ke dalam hati.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...
Wallahua'lamm..
Sunday, August 1, 2010
Burung origami duapuluhlapan.
Selalu tolong aku,
wahai tuhan..
Angin sedang menderu-deru tak pernah diam.
Pokok sedang bergoncangan.
Titik hujan sudah jelas kelihatan.
Awan tidak kelihatan,
bintang tak berkerlipan,
rembulan sembunyi dibalik awan.
Kertas sepatutnyaku lipat,ku tinggalkan,
sedang asyik menatap dada langit yang berkecamuk.
Seperti runsing dan resah kerna hujan.
Bukannya apa,
takut basah lencun origamiku.
Hm.
Mohon moga origami ini boleh diterbangkan semula.
Memang satu pun tak pernah sampai,
hingga hari ini tiba,
satu pun tak pernah sampai ke telapak tangannya.
Hingga hari ini,
aku tak pernah lupa,
origamiku,
hanya layak dibawah tapak kakinya.
Wallahua'alam.
wahai tuhan..
Angin sedang menderu-deru tak pernah diam.
Pokok sedang bergoncangan.
Titik hujan sudah jelas kelihatan.
Awan tidak kelihatan,
bintang tak berkerlipan,
rembulan sembunyi dibalik awan.
Kertas sepatutnyaku lipat,ku tinggalkan,
sedang asyik menatap dada langit yang berkecamuk.
Seperti runsing dan resah kerna hujan.
Bukannya apa,
takut basah lencun origamiku.
Hm.
Mohon moga origami ini boleh diterbangkan semula.
Memang satu pun tak pernah sampai,
hingga hari ini tiba,
satu pun tak pernah sampai ke telapak tangannya.
Hingga hari ini,
aku tak pernah lupa,
origamiku,
hanya layak dibawah tapak kakinya.
Wallahua'alam.
Friday, July 16, 2010
Doaku.
Selepas usai solatku.
Ya Allah.
Penguasa alam.
Pencipta diri ini.
Pemilik sekelian yang ada.
Maha suci Kau ya Allah.
Janganlah Kau terbalikkan hati ini.
Kuatkanlah.
Peliharakanlah.
Ya Rahman.
Ya Rahim.
Ya Rabul Jalil...
Acapkali,
mataku tak pernah kering.
Pipiku sentiasa dikesat.
Tanganku sentiasa menadah,
mohon simpati....
Wallahu'alam..
Hm.
Ya Allah.
Penguasa alam.
Pencipta diri ini.
Pemilik sekelian yang ada.
Maha suci Kau ya Allah.
Janganlah Kau terbalikkan hati ini.
Kuatkanlah.
Peliharakanlah.
Ya Rahman.
Ya Rahim.
Ya Rabul Jalil...
Acapkali,
mataku tak pernah kering.
Pipiku sentiasa dikesat.
Tanganku sentiasa menadah,
mohon simpati....
Wallahu'alam..
Hm.
Wednesday, July 14, 2010
Sketsa.
Aku tengah serabut sebenarnya.
Serabut dengan kerja-kerja.
Sekarang hanya menunggu hasilnya saja.
Hm.
Kononnya nak mengadu la.
Haha.
Tapi lain yang jadi pulak.
Begini..
Aku : Awakk..(namaku rahsiakan.hihi) :-( hm.
Dia: Awak tipu saya, sampai ati :'(
Aku: Sumthin has happen.sori if susashkan.hm.sori sangat-sangat.hm :'(
Dia: Alasan semata-mata, sampai hati, kenapa sampai macam ni skali, kenapa?
Aku: Saya..saya..tak tau nak cakap macammana dah.saya betul-betul mintak maaf..hm.
Dia: Dahla, saya dah jelik tau tak?Jelik dengan alasan semua ni!
Aku: Awak..nanti dulu..dengar apa yang saya nak cakapkan...plss..saya tak berniat nak tipu awak..sungguh.sesuatu telah terjadii..
Dia: Sudahla..awak memang tak pernah serik dengan apa yang dah jadi kan?kan?!
Aku: Awak..apa yang jadi dulu janganla diungkit..lagipun perkara tu dah selesaikan?Dia pon dah bahagia dengan suaminya..awakk..plss jangan camni..saya betul-betul mintak maaf. Sesuatu benar-benar telah terjadi pagi tadi..
Dia: Sudahlah..awak memang tak pernah serik, takde gunanya kita berbaik sekarang, awak mungkiri janji, selamat tinggal, semoga awak bahagia!
Aku: Sampai hati awakk..hm. Awak..plss..jangan tinggalkan saya. Hm. Takpe lah...moga Allah Subhanahuwataa'la akan tunjukkan kebenarannya..semoga awak bahagia...selamat jalan romeoo!
Dia: Cuttt~!!
Sekurang-kurangnya dia membuatkan aku ketawa.
Haha.
Lupa sekejap serabut yang melanda.
Moga Allah berikan jalan yang mudah dalam tiap urusanku.
InshaAllah.
Wallahu'alam.
Hm.
Serabut dengan kerja-kerja.
Sekarang hanya menunggu hasilnya saja.
Hm.
Kononnya nak mengadu la.
Haha.
Tapi lain yang jadi pulak.
Begini..
Aku : Awakk..(namaku rahsiakan.hihi) :-( hm.
Dia: Awak tipu saya, sampai ati :'(
Aku: Sumthin has happen.sori if susashkan.hm.sori sangat-sangat.hm :'(
Dia: Alasan semata-mata, sampai hati, kenapa sampai macam ni skali, kenapa?
Aku: Saya..saya..tak tau nak cakap macammana dah.saya betul-betul mintak maaf..hm.
Dia: Dahla, saya dah jelik tau tak?Jelik dengan alasan semua ni!
Aku: Awak..nanti dulu..dengar apa yang saya nak cakapkan...plss..saya tak berniat nak tipu awak..sungguh.sesuatu telah terjadii..
Dia: Sudahla..awak memang tak pernah serik dengan apa yang dah jadi kan?kan?!
Aku: Awak..apa yang jadi dulu janganla diungkit..lagipun perkara tu dah selesaikan?Dia pon dah bahagia dengan suaminya..awakk..plss jangan camni..saya betul-betul mintak maaf. Sesuatu benar-benar telah terjadi pagi tadi..
Dia: Sudahlah..awak memang tak pernah serik, takde gunanya kita berbaik sekarang, awak mungkiri janji, selamat tinggal, semoga awak bahagia!
Aku: Sampai hati awakk..hm. Awak..plss..jangan tinggalkan saya. Hm. Takpe lah...moga Allah Subhanahuwataa'la akan tunjukkan kebenarannya..semoga awak bahagia...selamat jalan romeoo!
Dia: Cuttt~!!
Sekurang-kurangnya dia membuatkan aku ketawa.
Haha.
Lupa sekejap serabut yang melanda.
Moga Allah berikan jalan yang mudah dalam tiap urusanku.
InshaAllah.
Wallahu'alam.
Hm.
Friday, July 9, 2010
Seorang dia.
Melihat dunia dari matanya amat mempesonakan.
Gelak-tawa dari bibirnya amat mengasyikkan.
Menggengam erat jari-jemari dari jari-jarinya amat meresahkan.
Air matanya bagai semilu yang menikam,
esak tangisnya bagai lagu sendu dalam kalbu.
Dibiarnya titis hujan membasahi mukanya.
Alis keningnya mencambah cahaya diwajahnya.
Depang tangannya bagai ingin mendakap dunia,
langkah kakinya bagai mengatur posisi.
Gema suaranya bak guntur menggegar cakrawala menggoyah bintang-bintang.
Sungguhpun begitu,
bagi aku,
Kebaikannya meluluhkan jiwaku.
Lemah-lembutnya meraih suasanaku.
Adab-sopannya membuatkanku kenanginya dalam doaku.
Tutur-katanya meresapi jauh dalam sanubariku.
Untuk dia.
Seorang dia.
Wallahu'alam.
Gelak-tawa dari bibirnya amat mengasyikkan.
Menggengam erat jari-jemari dari jari-jarinya amat meresahkan.
Air matanya bagai semilu yang menikam,
esak tangisnya bagai lagu sendu dalam kalbu.
Dibiarnya titis hujan membasahi mukanya.
Alis keningnya mencambah cahaya diwajahnya.
Depang tangannya bagai ingin mendakap dunia,
langkah kakinya bagai mengatur posisi.
Gema suaranya bak guntur menggegar cakrawala menggoyah bintang-bintang.
Sungguhpun begitu,
bagi aku,
Kebaikannya meluluhkan jiwaku.
Lemah-lembutnya meraih suasanaku.
Adab-sopannya membuatkanku kenanginya dalam doaku.
Tutur-katanya meresapi jauh dalam sanubariku.
Untuk dia.
Seorang dia.
Wallahu'alam.
Sunday, July 4, 2010
Minggu lalu.
Tak tau apa yang berlaku.
Tiba-tiba ia menyerang hati dan perasaan.
Dah pun berterus-terang.
Dalam deraian hujan.
Titiknya terkena mata.
Sebahagian diri telah menjadi seperti dulu.
Minda dan ta'kulan menjadi satu.
Oh.
Betul.
Ambil lah sebahagian hati ini.
Aku tak sempurna.
Hanya menurut apa yang direncanakan Allah.
Hm.
Minggu lalu.
Sangat bererti.
Tiba-tiba ia menyerang hati dan perasaan.
Dah pun berterus-terang.
Dalam deraian hujan.
Titiknya terkena mata.
Sebahagian diri telah menjadi seperti dulu.
Minda dan ta'kulan menjadi satu.
Oh.
Betul.
Ambil lah sebahagian hati ini.
Aku tak sempurna.
Hanya menurut apa yang direncanakan Allah.
Hm.
Minggu lalu.
Sangat bererti.
Monday, June 28, 2010
Tunjuk bintang.
"Saya ada komplikasi hati."
"Minggu depan appoinment."
Hati berdetik.
"Ambillah separuh hatiku..."
Entah kenapa.
Hm.
"Minggu depan appoinment."
Hati berdetik.
"Ambillah separuh hatiku..."
Entah kenapa.
Hm.
Sunday, June 20, 2010
5am.
di mcD.
Dingin pagi sikit pun tak meresahkan. Terkadang dihembus angin sejuk dari timur. Aku cuma naikkan zip jaket.
Mata sembab sebab tidur hampir 6 jam.
Kat tangan membimbit buku cecilia ahern.
Apa motivasi untuk terus hidup?
Oh.Cakap-cakap masa disungai betul-betul buatkan aku malu dengan diri sendiri.
Untuk anda semua.
Tiap cebis pengalaman dan perkara yang berlaku itu jadikan diri dan fikiran matang.Hidup tu tak sempurna.Namun kerjanya adalah bagaimana nak mencapai kesempurnaan dalam hidup.
Jangan hukum diri sendiri.
Tuhan tu Maha Adil.
Saat engkau dibawah, pasti Dia akan turunkan hikmah. Dan bila engkau di atas, Dia uji dengan menjatuhkan pula engkau ke bawah. Sesungguhnya Dia Maha Adil Lagi Maha Mengetahui.
Teruskan hidup walau senget macammana sekalipun.ya?
Kopi dihirup.
Sambil menunggu Subuh.
Wallahua'alam.
Dingin pagi sikit pun tak meresahkan. Terkadang dihembus angin sejuk dari timur. Aku cuma naikkan zip jaket.
Mata sembab sebab tidur hampir 6 jam.
Kat tangan membimbit buku cecilia ahern.
Apa motivasi untuk terus hidup?
Oh.Cakap-cakap masa disungai betul-betul buatkan aku malu dengan diri sendiri.
Untuk anda semua.
Tiap cebis pengalaman dan perkara yang berlaku itu jadikan diri dan fikiran matang.Hidup tu tak sempurna.Namun kerjanya adalah bagaimana nak mencapai kesempurnaan dalam hidup.
Jangan hukum diri sendiri.
Tuhan tu Maha Adil.
Saat engkau dibawah, pasti Dia akan turunkan hikmah. Dan bila engkau di atas, Dia uji dengan menjatuhkan pula engkau ke bawah. Sesungguhnya Dia Maha Adil Lagi Maha Mengetahui.
Teruskan hidup walau senget macammana sekalipun.ya?
Kopi dihirup.
Sambil menunggu Subuh.
Wallahua'alam.
Friday, June 11, 2010
7 Jun.
Adoyai.
Sampai hari ni baru la dapat menulis.
Hm.
Sebenarnya aku mencari-cari apakah momen yang paling istimewa pada hari lahir ku ini. Selain dari aku dilahirkan didunia ini.
Aku bergerak seawal jam 11 pagi menuju ke KTM Shah Alam. Mulanya tak tau destinasi ke mana. Namun, aku membeli tiket ke Mid Valley.
Dengan siapa?
Aku seorang diri je.
Orang tak ramai. Namun, cuti sekolah membuatkan budak-budak ada je kat mana-mana ceruk Mid Valley ni. Sambil melangkah, sambil cuba tersenyum, sambil menyambut hari ni. Ada yang namakan ini sebagai 'loser'. Ada pula namakan ini sebagai 'sakit jiwa'. Tapi aku lebih suka namakan sebagai 'muhasabah diri'. Meraihkan suasana yang istimewa ni susah. Sebab tak ada pemangkin apa-apa. Tapi, lebih senang sebenarnya menyambutnya sendirian. Itu sekadar teori aku la ye.
Heh.
Selepas ke MPH, aku mencari tempat duduk. Lokasinya, kerusi di tengah-tengah hallway. Duduk sambil mentafsir setiap gerak-geri laku orang yang lalu-lalang. Cuba melihat dari sudut yang berbeza. Dari kaca mata aku. Lantas, aku mulai bersyukur kepada Allah. Kerana DIA, aku ada disini. Yang duduk senang, dapat melihat keindahan, menghidu suasana, berfikir dengan jelas.
Aku cuba mencari momen-momen itu.
Banyak.
Namun,
yang paling aku hargai ialah setahun yang lepas. Dalam tempoh 7 Jun 2009-7 Jun 2010.
Itu adalah momen yang terbaik dalam hidup aku.
Sampai mati pon aku takkan lupa.
Dalam tempoh itu,
terlalu banyak perkara yang aku sedar.
Tentang baik-buruk.
Tentang hati.
Tentang cinta.
Tentang sayang.
Tentang kebesaran Allah. Betapa kerdilnya diri. Walau memohon dipanjangkan satu hari tu. Allah lebih maha mengetahui. Di ambilNYA apa yang kita sayang untuk menguji diri dan semoga bermuhasabah. Tiada galang gantinya walau dengan juraian air mata ni. Allah lebih mengetahuinya.
Apa?
Semua manusia berubah?
Ya, betul.
Lumrah manusia berubah bila ada yang lebih baik.
Namun,
Bagi aku perubahan itu takkan lebih baik jika tak ada momen-momen seperti 7 Jun.
Bagi aku, ianya soal hati dan perasaan dan tak patut dipersoalkan lebih-lebih lagi tentang kejujuran dan keikhlasan yang dipancarkan dari hati.
Salah besar kalau dipersoalkan.
Hm.
Aku tak keseorangan hari ni.
Sepanjang masa mengucapkan kesyukuran.
Kerana aku tahu,
aku takkan lupa mendongak ke atas,
memohon hikmah dariNYA,
atas apa yang berlaku dan akan berlaku.
Kerana seperti selalu kata kawanku.
Ianya sudah tertulis.
di helaian Luh-Mahfuz sana.
Wallahu'alam.
Selamat Hari Lahir Amir Hazrat Yusoff ke-28.
Sampai hari ni baru la dapat menulis.
Hm.
Sebenarnya aku mencari-cari apakah momen yang paling istimewa pada hari lahir ku ini. Selain dari aku dilahirkan didunia ini.
Aku bergerak seawal jam 11 pagi menuju ke KTM Shah Alam. Mulanya tak tau destinasi ke mana. Namun, aku membeli tiket ke Mid Valley.
Dengan siapa?
Aku seorang diri je.
Orang tak ramai. Namun, cuti sekolah membuatkan budak-budak ada je kat mana-mana ceruk Mid Valley ni. Sambil melangkah, sambil cuba tersenyum, sambil menyambut hari ni. Ada yang namakan ini sebagai 'loser'. Ada pula namakan ini sebagai 'sakit jiwa'. Tapi aku lebih suka namakan sebagai 'muhasabah diri'. Meraihkan suasana yang istimewa ni susah. Sebab tak ada pemangkin apa-apa. Tapi, lebih senang sebenarnya menyambutnya sendirian. Itu sekadar teori aku la ye.
Heh.
Selepas ke MPH, aku mencari tempat duduk. Lokasinya, kerusi di tengah-tengah hallway. Duduk sambil mentafsir setiap gerak-geri laku orang yang lalu-lalang. Cuba melihat dari sudut yang berbeza. Dari kaca mata aku. Lantas, aku mulai bersyukur kepada Allah. Kerana DIA, aku ada disini. Yang duduk senang, dapat melihat keindahan, menghidu suasana, berfikir dengan jelas.
Aku cuba mencari momen-momen itu.
Banyak.
Namun,
yang paling aku hargai ialah setahun yang lepas. Dalam tempoh 7 Jun 2009-7 Jun 2010.
Itu adalah momen yang terbaik dalam hidup aku.
Sampai mati pon aku takkan lupa.
Dalam tempoh itu,
terlalu banyak perkara yang aku sedar.
Tentang baik-buruk.
Tentang hati.
Tentang cinta.
Tentang sayang.
Tentang kebesaran Allah. Betapa kerdilnya diri. Walau memohon dipanjangkan satu hari tu. Allah lebih maha mengetahui. Di ambilNYA apa yang kita sayang untuk menguji diri dan semoga bermuhasabah. Tiada galang gantinya walau dengan juraian air mata ni. Allah lebih mengetahuinya.
Apa?
Semua manusia berubah?
Ya, betul.
Lumrah manusia berubah bila ada yang lebih baik.
Namun,
Bagi aku perubahan itu takkan lebih baik jika tak ada momen-momen seperti 7 Jun.
Bagi aku, ianya soal hati dan perasaan dan tak patut dipersoalkan lebih-lebih lagi tentang kejujuran dan keikhlasan yang dipancarkan dari hati.
Salah besar kalau dipersoalkan.
Hm.
Aku tak keseorangan hari ni.
Sepanjang masa mengucapkan kesyukuran.
Kerana aku tahu,
aku takkan lupa mendongak ke atas,
memohon hikmah dariNYA,
atas apa yang berlaku dan akan berlaku.
Kerana seperti selalu kata kawanku.
Ianya sudah tertulis.
di helaian Luh-Mahfuz sana.
Wallahu'alam.
Selamat Hari Lahir Amir Hazrat Yusoff ke-28.
Friday, June 4, 2010
Padang hijau.
Aku masukkan gitar ke dalam kereta menuju ke dataran shah alam.Kononnya nak carik ilham lagu baru.
Sampai sana, aku pon carik port yg best.
Penuh.
Aku bergerak ke nun, hujung padang. Ternyata tempat ni menarik. Kenapalah aku tak pernah ke sini?
Yelah.
Berkelah ke, dating ke, lepak-lepak ke. Ternyata padang ni sungguh hijau. Lebih-lebih lagi bila dilimpahi lampu entah berapa ribu watt.
Sini takde org. Boleh la aku melalak sesuka hati.
Saat chord pertama aku mainkan, ternyata aku tak dapat ilham yang aku carik. Satu apa pun tak menjadi.
Namun, ianya hanya sementara apabila datang 2 orang gadis.
Main frisbee.
Lawa gak.
Hahaha.
Entah.
Ada la gak keluar melodi-melodi yang aku nak.
Agak-agak bosan. Skodeng diorang main frisbee.
Hihi.
Ilham lancar mencurah-curah.
Aku sebenarnya dah tak boleh menulis lirik-lirik.
Entahlah.
Selama ni,
lirik lagu orang lain yang buat.
Kali ni,
melodi ni,
tak ada lirik.
Hm.
Jam dah pon menunjukkan hampir ke satu pagi.
Tak ada tanda-tanda 2 orang gadis tu nak berhenti.
Seronok melempar.
Menangkap.
Berguling.
Gelak-ketawa.
Aku pon turut seronok.
HAHAHAHA.
Yang baik-baik je.
hihi.
Aku berangkat pulang.
Namun, ternyata perut berkeroncong minta diisi.
Malah perut ni selalu berkeroncong-dangdut.
haha.
Bertambah-tambah la badan aku.
Persinggahan ku,
McD.
Hanya pesan satu fries dan satu soft drinks.
Port aku kat tepi pintu.
Aku ingatkan,
makin larut malam,
makin surut orang.
Salah telahan tu.
Makin larut,
makin ramai orang bertandang.
Gadis kat sebelah meja ni buru-buru mencari tempat.
Tu ha,
kat hujung sana.
Meja berempat,
sekawan sedang enak melahap sambil terbahak-bahak.
Entah apa yang lucunya.
Ada mat motor suruh gadisnya belikan sesuatu.
Nah.
Beratur panjang gadis tu.
Kesian.
Sedang mat motor tu duduk senang atas motor.
Picit jerawat.
Ada 3 orang sedang merokok diluar.
Seorang mencangkung,
seorang berdiri,
seorang lagi kejap duduk-kejap berdiri.
Kucing tak berekor jalan pontang-panting.
Disepaknya kucing tu.
Kurang ajar!
Meja hadapan sepasang pelajar.
Asyik membincangkan hal pelajarannya.
Ukuranlah.
Meter-padulah.
Incilah.
Meja sebelah sepasang kekasih.
Asyik bergurau-senda.
Cubit-cubit manja.
Cuit-cuit hidung.
Meja belakang seorang saja.
Asyik menatap laptopnya.
Kejap-kejap tergaru-garu kepala.
Kejap-kejap tersenyum sendirian.
Gila agaknya.
Ada makcik sedang mengemop lantai.
Kemudian dia mengemas meja yang bersepah.
Kemudian dia menukar plastik sampah.
Kemudian dia mengemop lantai.
Kemudian dia mengemas meja.
Mengemop lantai lagi.
Kemas meja.
Berjalan mundar-mandir mencari kerja.
Sambil kunyah sambil membaca buku tere-liye.
Hari semakin larut.
Orang tak pula surut-surut.
Baru aku perasan ada 4 orang sedang tunggu meja yang aku duduk.
Dan baru juga aku perasan,
aku sedang duduk di meja empat-orang.
Aku hanya sorang.
Demi mereka,
aku bangun mengalah.
Siapa kata hari-hari yang berlalu amat menyedihkan.
Tidak, jika dipandang dari sudut yang berbeza.
Setiap hari adalah satu pengalaman yang berharga.
Dari saat celiknya mata,
hingga ditutupNya mata.
p/s-Sedang mencuba gaya bahasa dan penulisan yang lain.Maafla kalau tak terkesan.Haha.
Sampai sana, aku pon carik port yg best.
Penuh.
Aku bergerak ke nun, hujung padang. Ternyata tempat ni menarik. Kenapalah aku tak pernah ke sini?
Yelah.
Berkelah ke, dating ke, lepak-lepak ke. Ternyata padang ni sungguh hijau. Lebih-lebih lagi bila dilimpahi lampu entah berapa ribu watt.
Sini takde org. Boleh la aku melalak sesuka hati.
Saat chord pertama aku mainkan, ternyata aku tak dapat ilham yang aku carik. Satu apa pun tak menjadi.
Namun, ianya hanya sementara apabila datang 2 orang gadis.
Main frisbee.
Lawa gak.
Hahaha.
Entah.
Ada la gak keluar melodi-melodi yang aku nak.
Agak-agak bosan. Skodeng diorang main frisbee.
Hihi.
Ilham lancar mencurah-curah.
Aku sebenarnya dah tak boleh menulis lirik-lirik.
Entahlah.
Selama ni,
lirik lagu orang lain yang buat.
Kali ni,
melodi ni,
tak ada lirik.
Hm.
Jam dah pon menunjukkan hampir ke satu pagi.
Tak ada tanda-tanda 2 orang gadis tu nak berhenti.
Seronok melempar.
Menangkap.
Berguling.
Gelak-ketawa.
Aku pon turut seronok.
HAHAHAHA.
Yang baik-baik je.
hihi.
Aku berangkat pulang.
Namun, ternyata perut berkeroncong minta diisi.
Malah perut ni selalu berkeroncong-dangdut.
haha.
Bertambah-tambah la badan aku.
Persinggahan ku,
McD.
Hanya pesan satu fries dan satu soft drinks.
Port aku kat tepi pintu.
Aku ingatkan,
makin larut malam,
makin surut orang.
Salah telahan tu.
Makin larut,
makin ramai orang bertandang.
Gadis kat sebelah meja ni buru-buru mencari tempat.
Tu ha,
kat hujung sana.
Meja berempat,
sekawan sedang enak melahap sambil terbahak-bahak.
Entah apa yang lucunya.
Ada mat motor suruh gadisnya belikan sesuatu.
Nah.
Beratur panjang gadis tu.
Kesian.
Sedang mat motor tu duduk senang atas motor.
Picit jerawat.
Ada 3 orang sedang merokok diluar.
Seorang mencangkung,
seorang berdiri,
seorang lagi kejap duduk-kejap berdiri.
Kucing tak berekor jalan pontang-panting.
Disepaknya kucing tu.
Kurang ajar!
Meja hadapan sepasang pelajar.
Asyik membincangkan hal pelajarannya.
Ukuranlah.
Meter-padulah.
Incilah.
Meja sebelah sepasang kekasih.
Asyik bergurau-senda.
Cubit-cubit manja.
Cuit-cuit hidung.
Meja belakang seorang saja.
Asyik menatap laptopnya.
Kejap-kejap tergaru-garu kepala.
Kejap-kejap tersenyum sendirian.
Gila agaknya.
Ada makcik sedang mengemop lantai.
Kemudian dia mengemas meja yang bersepah.
Kemudian dia menukar plastik sampah.
Kemudian dia mengemop lantai.
Kemudian dia mengemas meja.
Mengemop lantai lagi.
Kemas meja.
Berjalan mundar-mandir mencari kerja.
Sambil kunyah sambil membaca buku tere-liye.
Hari semakin larut.
Orang tak pula surut-surut.
Baru aku perasan ada 4 orang sedang tunggu meja yang aku duduk.
Dan baru juga aku perasan,
aku sedang duduk di meja empat-orang.
Aku hanya sorang.
Demi mereka,
aku bangun mengalah.
Siapa kata hari-hari yang berlalu amat menyedihkan.
Tidak, jika dipandang dari sudut yang berbeza.
Setiap hari adalah satu pengalaman yang berharga.
Dari saat celiknya mata,
hingga ditutupNya mata.
p/s-Sedang mencuba gaya bahasa dan penulisan yang lain.Maafla kalau tak terkesan.Haha.
Tuesday, June 1, 2010
Tujuh.
Jika langit berkehendakan sedemikian,siapa aku untuk menghalangnya.Walau secebis kemarahan takkan mampu mengubah apa yg sudah ditulis.Mundar-mandir ku, tak lena tidurku pada setiap malam-malam yang berlalu.Aku telan semuanya.Biarpun bagai racun.Aku harap sebahagian diriku mati bersama-samanya.Aku pasti kesudahan ini ialah satu permulaan.Semua yang berantaian ini pasti ada kebaikan untuk semua.Dan moga-moga diangkat ke petala yang tujuh.
InshaAllah.
InshaAllah.
Wednesday, May 26, 2010
Monday, May 24, 2010
Stay awhile.
Lagu Sound of Acoustics yang aku gubah.
Tak ada lirik.
Tak ada perkataan.
Cuma perasaan melalui muzik yang aku alunkan.
Hm..
Maafla,
banyak kantoi.
Hm...
Untuk dia.
Friday, May 14, 2010
Terlepas waktu.
Lebih baik jika seluruh alam ini dimulai dengan sayup kalimah Allahuakbar.
Jantung pon tak berhenti dari menyebut zikrullah.
Jemari pula tak penat mengira tasbih.
Segala ingatan dipusatkan hanya untuk Allah nan Esa.
Semua dugaan diambil sebagai balasan dan hikmah.
Pasti,
akan ada kekuatan.
Untuk setiap hati-hati yang merintih.
Untuk seorang aku dan seorang kau.
Lazimnya,
kata-kata indah itu unsurnya tak indah langsung.
Sebab hati yang membaca.
Mata menipu.
Kali ini,
biarlah indah.
Betul-betul indah.
Senyum sikit.
Takkan ada ruang untuk menghitung pedih.
Takkan sempat mengutip serpihan yang berkecai.
Biarkan kadang-kadang.
Biarkan.
Temali yang menegak ke atas perlu dipegang kukuh.
Bergayutlah.
Sudah-sudahlah.
Sapula airmatamu.
Tenanglah tidurmu.
Betulkanlah iktikadmu.
Ambillah sujudmu.
Hanya untuk Dia.
Allahurabul Jalil.
Apa lagi?
Bukankah ketenangan yang dicari,
rupanya ada disisi-sisi?
Hm.
Allahu Akbar.
-utk hati dari hati.
-seriously utk zura tohid jugak.
-abg aben blom lg gila.
-hahaha.
Friday, April 30, 2010
Thursday, April 29, 2010
Sirna.
Pujuk-pujuk mata.
Supaya tidur.
Pujuk-pujuk hati.
Supaya kuat tak menangis lagi.
Pujuk-pujuk diri.
Supaya tabah mengutip hikmah.
Dan dalam doa kudus.
Dalam sujud yang panjang.
Dalam butiran tasbih.
Dalam bisik.
Dalam diam.
Dalam berjalan.
Dalam duduk.
Dalam termanggu.
Dalam merenung jauh.
Dalam ketawa.
Dalam tangisan.
Dalam senyuman.
Dalam khayalan.
Dalam mimpi.
Dalam malam hari.
Dalam terbitnya sang mentari.
Dalam tulisan.
Dalam nyanyian.
Dalam kesakitan.
Dalam hati.
Dan dalam diri sendiri.
Pujuk-pujuk.
Supaya jauh dari dosa keji.
Jauh dari patah hati.
Pujuk-pujuk.
Supaya esok bukannya seperti hari ini.
Sunday, April 25, 2010
Bintang kertas.
"Yang ni awak simpan elok-elok tau!" Pesannya.
"Kalau teringatkan saya, awak tengok balang ni!" Ujarnya lagi.
Terkelip-kelip mata aku tengok balang tu.
Penuh dengan bintang-bintang.
Aku buka penutupnya.
Oh!bintang yang dibuat dari kertas.
Cantik.
"Berapa lama awak habiskan masa buat ni?" Tanyaku.
"Hihi..tak lama, 2 minggu je!" Jawabnya.
2 minggu!
Tak lama kau kata!
"Awak ni takde keje lain ke?" Tanyaku lagi.Dingin.
Mukanya mulai berubah.
"Cuba jangan membazir boleh tak?" Kali ni keras.
Dia hanya tunduk.
Ada manik halus yang terbit dari matanya.
"Saya tak marah awak. Tapi cuba jangan belikan atau buat bende yang membazir lepas tu awak bagi saya!" Aku cuba terangkan. Tapi keras.
"Saya mintak maaf.." Ujarnya perlahan.
sambil dia mengesat air matanya.
Aku cuba memulangkan balang tu.
Tapi terlepas.
Bintang-bintang bertaburan ke lantai.
Dia tunduk.
Mengutip satu-persatu dan dimasukkan semula ke dalam balang.
Teresak-esak dia.
Aku hanya berdiri memerhati...
Saban malam aku mendongak ke langit.
Aku dapat melihat bintang-bintang bertaburan di dada langit malam pekat.
Namun,
takkan sama dengan bintang-bintang kertas dalam balang ni.
Yang aku perhatikan sepanjang umurku...
Thursday, April 22, 2010
Moga-moga.
Kata dia dan mereka,
untuk soal hati ,aku tak boleh dipercayai.
Kerna aku tak cukup atau belum layak untuk memilikinya.
Untuk sepanjang masa yang selalu berdetik,
aku hanya percayai diri sendiri.
Itu pon belum cukup
untuk membuktikannya.
Walhal,
aku tak payah buktikan apa-apa.
Dan bila subuh menjelma,
aku hanya terpaku sendirian
Moga-moga Allah mengizinkan,
dalam senafas ini,
dipinjamkan lagi satu hari,
untuk menemuinya.
Moga-moga sempat.
Hm.
Moga-moga.
Wallahu'alam.
Tuesday, April 13, 2010
Cafe.
Dalam renungan yang tajam,
ku lempar senyuman.
Walau sumbang sumbing,
ku tujukan pandangan.
Lalu bertentang.
Masa pon terhenti.
Hanya denyut nadi,
bila dia senyum padaku.
Namun,
aku kalah,
dek serabut yang tak sudah-sudah..
Hm.
Friday, March 26, 2010
mula-akhir.
Masa-masa ni sangat berharap.
Moga ada kekuatan.
Andai ada tempat utk bercakap,
berteman,
meluah segala.
Hm.
Simpan semua.
Mimpi-mimpi dan khayalan siang.
Takkan siapa pun tahu.
Kau takkan pernah tahu.
Wallahua'alam...
Sunday, March 21, 2010
Rainbow.
I could be angry to someone,
cursing
and
hating,
but,
at the end,
I have to let it go...
let it go..
hm.
Wallahu'alam.
Monday, March 15, 2010
Burung origami 21
Kertas yang ku lipat-lipat,
menjadi burung origami,
tak singgah pun ke tapak tangannya...
Segenap inci langit diteroka,
segulung angin ditebak manja,
Beribu telah ku lipat..
Tak singgah.
Satu pun tak pernah singgah,
cuma hancur di injak-injak,
lumat dikaki...
Wednesday, March 3, 2010
Sigaraning.
Untuk kamu yang tertuju
Segala laharan pena
Segala kata jiwa.
Untuk kamu yang tak pernah tahu
Segala kerlipan bintang dalam renungan di dada langit
Membentuk lakaran wajahmu.
Untuk kamu
Walau siapa pun kamu
Yang telah diukir
Pada helai takdir di Luh Mahfuz.
Untuk kamu,
Sigaraning...
Mulanya nak ctrl c n ctrl v je kat sini.
Senang.
Namun,
ada sesuatu dalam sajak ni,
yang mengajak aku menaipnya sendiri.
Hm.
Terima kasih Nurul Azura Mohd Tohid.
Kerna menampakkan saya jalannya...
Wallahu'alam.
Saturday, February 27, 2010
C Major chords.
Tiba-tiba waktu bagai terhenti.
Aku hanya kaku.
Walaupun ada peluru yang akan tembus di kepala,
aku biarkan saja..
Entah kenapa jalanraya ni jadi bengkang-bengkok.
Dan lebih dashyat, kenapa semua orang terkumat-kamit tanpa aku mendengar suara mereka.
Hm.
Aku turun dari bas di Seroja.
Mula mendaki naik menara.
Kalau dulu cikgu kata,
Kalau dulu cikgu kata,
"Awak semua kena ke menara gading!"
Baru aku faham betapa letihnya ke menara gading.
Naik tangga demi tangga.
Haha.
Jam baru pukul 7.30 pagi.
Tekan lif,
tingkat 13.
Berdebar-debar.
Sebab sorang-sorang dalam lif.
Takut juga berenti kat tingkat 6.
Sebab selalu begitu.
Berenti tanpa ada orang yg naik.
Huhuhu.
Aku letak beg dan ke tandas.
Peluh dah mencurah-curah. Nak amik tisu lap peluh.
Lepas tu, aku ingat nak turun sarapan kat cafe sbb bawak bekal dari rumah.
Lagipun dah janji dengan Hajar.
Konon dia nak blanje ar.
Hm.
Aku turun ke cafe dan bersarapan dengan Hajar, K.cik. Shira, Annie. Tp Annie dok blakang.
Sekali lagi,
Kejadian itu berulang.
Masa terhenti.
Pekak segalanya.
Tapi, ada sesuatu yg bergema-gema dalam kepala.
Mungkin sebab aku letih tak cukup tido hari tu.
Hm.
Pengajaran En Alwi satu pon tak masuk.
Sebab mengantuk.
Takpa.
Nanti aku belajar sendiri.
Huhu.
Abes kelas, aku ke library.
Percaya atau tidak,
Aku ke libraryy.
haha.
Konon la.
1.Awek ramai
2.Awek ramai
3.Awek ramai!
Hehe..
Study sbb ptg tu ada midterm.
Hajar pon ada dalam tu.
Jam menunjukkan pukul 1.30ptg
Hujan mencurah-curah kat luar.
"Camne nak pi fakulti ni?" Getus hati aku.
Agaknya,
Hajar perasan aku dok pikir camne nak balik,
Lantas dia pon tawarkan nak antar aku.
Maklumla,
dah bleh bawak kete skang.
Belagak plak.
Aku kata,
"Eh, takpela a.aben naik bas je.." Sambil buat muka comel.hehe
Hajar balas,
"Takpe, lagipun saya nak balik ni.."
Aku kata lagi,
"Boleh ke?Tak susahkan?"
Lagi mau tanya, memang susahkan pon.
Hm.
Aku dan Hajar menuju ke kereta dia.
Baru nak masuk,
Aku perasan sesuatu,
lantas aku bersuara,
"Hajar, kenapa tayar kereta Hajar cam takde angin?Bocor ke?"
Hargh Hargh Hargh Hargh.
Sian dia.
Hihi.
Last-last kitaorg naik bas.
Dalam bas,
punya la ramai pompuan.
huhu
Aku sorang je laki kot.
Takut di apa-apakan plak~!
hihi.
Petang tu,
selesai midterm aku n Ali pi tolong Hajar tukar tayar kete dia.
Dan,
sekali lagi,
Kaku.
Pekak.
Hm.
Cuma aku teringat sajak Zura.
Sigaraning.
Sekarang ini..
Sigaraning...
Wallahu'alam.
Tuesday, February 16, 2010
Sunday, February 14, 2010
Intizhar.
Untuk makluman,
aku dah lama tak update bkn kerana aku malas.
Sebenarnya tiap kali aku login dan klik pada new post,
tiba-tiba otak aku tergendala.
Kerana ayat yg pertama sekali yang aku akan tulis ialah,
'Ya Allah,tunjukkan aku jalan'
Hm.
Lepas tu,
terus blank.
Teringat-ingat, terngiang-ngiang, termimpi-mimpi.
Satu pun tak pernah hilang.
Sampai hampir gila.
Tak terbongkar pun lagi mimpi suralaya.
Sudah ada yang lain terbongkar.
Baru-baru ni ada menulis lirik.
'Seluas Angkasa'
Dah lama tak menulis lirik.
Lepas tu ada orang tanya,
"Ben, kenapa ko buat lagu, selalunya lagu sedih2"
"Sebab masa tu aku tgh sedih" Jawabku jujur.
"Tapi selalu sangat lah"
"Hm, aku selalu sedih" Jawabku lebih jujur.
Ada orang tanya lagi,
"Sampai bila abg aben nak camni?"
"Sampai menutup mata" Jawabku acuh tak acuh.
"Saya nak tolong, tapi abg aben tak benarkan"
"Jadi, usah tolong" Jawabku lebih jujur lagi.
Hm.
Apa yang sedang ligat dalam kotak fikiran ni, bukan lagi satu masalah.
Tapi apa yang akan berlaku dan sedang berlaku.
Aku risau.
Hatiku berdegup kencang mengatakan sesuatu telah terjadi.
Hm.
Harap semuanya baik-baik.
Belum utk sampai ke tahap aku memahamkan kalian.
Jangan risau.
Aku masih waras.
life is a journey and full of surprises.
Wallahu'alam.
Wednesday, February 3, 2010
Kala bulan.
Setiap sudut sudah pun aku pergi..
menjaja-jaja..
Sudah-sudahlah.
Tak ingin sakitkan lagi..
Moga tuhan lupakan aku bagaimana untuk mengingati..
Wallahua'lam...
Sunday, January 31, 2010
Saturday, January 30, 2010
Gentayangan.
Menunggu.
Tak berdetik pon.
Hm.
Mungkin tak patut tunggu.
Mengingat satu persatu.
Tak bercahaya pon.
Hm.
Mungkin patut lupakan.
Hm.
Masih berlawan.
Menghitung.
Elok-elok ya.
Monday, January 25, 2010
Ledakan.
Bila hati dah keras.
Tak bertambah pun selain cinta ini.
Namun,
tak terbalas.
Sorang-sorang.
Tetap sorang-sorang akhirnya.
hm.
Esoklah penentu..
Friday, January 22, 2010
Singgah.
Kenapa aku rasa macam aku tau apa aku nak buat?..
Terbaca sesuatu tadi.
terus membakar sesuatu dalam diri.
tak paham la.
tapi..
hm.
entah.
sori serabutkan semua.
elok-elok.
hm.
Harga.
Tau tak yang hubungan persahabatan tu ada harganya?
Betul,
aku tak tipu.
Kalau pun ada yg kata priceless la, tak bleh dijual beli la, bla,bla,bla..
tu suma tipu.
Ada harganya.
Nak tau?
Harganya,
RM400,
+ 12% interest per annum,
X 7 years.
Kira sendiri.
Hm.
Wednesday, January 20, 2010
Nota hati.
Bismillahhirahmanirrahim...
Awak.
terima kasih sbb mintak diupdate blog ni.
Sebenarnya terlalu banyak bende yg ada dalam kotak fikiran ni nak diluahkan.
Ada banyak perkara yang ingin ditulis.
Masa bukan masalahnya,
tapi kesatuan akal, fikiran dan perasaan yang tak bersatu-satu...
Mungkin hati ni dah jadi kering.
Sebab dah asyik basah.
Sekarang ni tak dapat memikirkan apa yang harus diluahkan.
Abstrak yang tak terlalu indah untuk dikongsi bersama sebenarnya..
Kadang-kadang tak dapat mendengar pun suara sendiri.
Walau dalam samar malam.
Terang bulan.
Sikit pun tak jelas.
Hidup dah jadi terlalu rigid.
Yang mana bukan diri sendiri pun.
Bila kita mau sesuatu tu,
terkadang hampa.
Bila kita tak mau sesuatu tu,
terkadang menjerat-jerat diri sendiri.
Sebenarnya wak,
dah terima dah.
Tapi tak sepenuh hati.
Entah kenapa.
Maha karya ciptaan Yang Maha Agung,
tak pernah terbatas.
Selalu saja ada.
Kita yang terlalu buta untuk melihatnya.
Kita yang terlampau leka untuk menerimanya.
Walhal ada.
Saban waktu,
pasti diri ini menunggu.
Apa lagi yang mahu diperkatakan.
Walau luka berdarah.
Biarkan saja.
Dah biasa.
Tahu dah tak nak.
Hm.
Entahla wak..
Moga awak boleh faham semuanya.
Hanya sepasang mata dan hati yang ikhlas dapat menafsir apa yang selalu ditulis.
Mungkin ini adalah permulaan untuk apa yang banyak tu..
Hm.
Aku tak kagum dengan bisikan cinta,
sampai biarkan bulan menangis,
kelu kejora yang melintas..
Walau titisan hujan menitis deras,
sampai biarkan malam sepi sendiri,
dan bintang-bintang pun tertunduk malu..
Aku tak kagum dengan rindu yang menggila,
kalau sampai terpaksa senyum sendiri,
Aku tak kagum dengan cinta,
kalau sampai semuanya dusta,
kalau tak sanggup harungi semuanya bersama,
untuk harungi semuanya ini,
sikit pun aku tak kagum...
Hm.
Subscribe to:
Posts (Atom)