Monday, November 21, 2011

Sebenarnya.

Bila langit turunkan hujan,
ia sebenarnya menangis takutkan Allah.

Air sungai mengalir,
ia sebenarnya turuti perintah Allah.
Sehingga temui sang lautan luas,
yang sentiasa menyerahkan diri kepada Allah ketika tenangnya,
mengamuk bila diperintahNYA.

Burung-burung yang berkicau,
mereka sebenarnya memuji keagungan Allah.

Matahari terbit dan terbenam,
bersinar gagah,
malam harinya menerangkan sang rembulan,
kerana ia tunduk dan berzikir kepada Allah.

Angin yang bertiup,
kencang atau tidak,
ribut atau taufan,
kerana ia bertasbih sambil bertiup,
makin kencang makin kuat tasbihnya,
sehingga ribut taufan,
menumpaskan apa yang ada dihadapan mereka,
hanya ingin menyaksikan pada kita,
bahawa Allah Maha Besar.

Gunung-ganang yang teguh,
bukit-bukau yang tinggi,
bukan kerana mereka angkuh,
tapi kerana mereka merendah diri, tetap dirinya, sujud dan redha menunggu saat mereka dihancurkan oleh Allah.

Pokok-pokok besar nun didalam hutan sana,
setiap tumbuhan yang ada,
mereka pun bertasbih,
menyerah kepada kudrat dan iradat Allah.

Seisi alam,
yang kita tahu dan tidak kita ketahui,
mereka semua persembahkan satu penyerahan agung kepada Sang Pencipta mereka.

Kerana mereka tahu,
siapa pencipta mereka dan,
mereka tidaklah kekal selamanya.

Aku bagaimana?

Kita bagaimana?

Wallahua'alam.

No comments: