Thursday, November 24, 2011

Bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Aku serahkan semuanya padaMU ya Allah ya Rabb..


Moga kau kurniakan aku rezeki yang luas, urusan-urusanku dipermudahkan dan keredhaan dariMU..


Amin..


p/s-doakan aku ya.

Monday, November 21, 2011

Sebenarnya.

Bila langit turunkan hujan,
ia sebenarnya menangis takutkan Allah.

Air sungai mengalir,
ia sebenarnya turuti perintah Allah.
Sehingga temui sang lautan luas,
yang sentiasa menyerahkan diri kepada Allah ketika tenangnya,
mengamuk bila diperintahNYA.

Burung-burung yang berkicau,
mereka sebenarnya memuji keagungan Allah.

Matahari terbit dan terbenam,
bersinar gagah,
malam harinya menerangkan sang rembulan,
kerana ia tunduk dan berzikir kepada Allah.

Angin yang bertiup,
kencang atau tidak,
ribut atau taufan,
kerana ia bertasbih sambil bertiup,
makin kencang makin kuat tasbihnya,
sehingga ribut taufan,
menumpaskan apa yang ada dihadapan mereka,
hanya ingin menyaksikan pada kita,
bahawa Allah Maha Besar.

Gunung-ganang yang teguh,
bukit-bukau yang tinggi,
bukan kerana mereka angkuh,
tapi kerana mereka merendah diri, tetap dirinya, sujud dan redha menunggu saat mereka dihancurkan oleh Allah.

Pokok-pokok besar nun didalam hutan sana,
setiap tumbuhan yang ada,
mereka pun bertasbih,
menyerah kepada kudrat dan iradat Allah.

Seisi alam,
yang kita tahu dan tidak kita ketahui,
mereka semua persembahkan satu penyerahan agung kepada Sang Pencipta mereka.

Kerana mereka tahu,
siapa pencipta mereka dan,
mereka tidaklah kekal selamanya.

Aku bagaimana?

Kita bagaimana?

Wallahua'alam.

Friday, November 18, 2011

Lepaskan.


Dear En. Amir Hazrat,
We are pleased to invite you for an interview for the position Executive Training, Planning & Administration in our organization. 
The details are as follows: 
Date                : 18 November 2011 
Day                 : Friday
Time               : 3.00 p.m
Venue             : No 2, Persiaran Raja Muda 
                          Seksyen 15, 40200 
                          Shah Alam 

Tapi aku terpaksa lepaskan..
hm.

Moga-moga adalah hikmahnya tu.

Wallahua'alam.

p/s-sabar dan redha tu lebih mulia kan?hm.

Thursday, November 17, 2011

Hati.

Ia memerlukan seluruh hati bila nak buat sesuatu tu..
Baru puas hati, baru tenang, baru adil.

Seluruh pengorbanan tu tak bermakna kalau tiada hati. Semuanya yang diperhabiskan akan jadi tak berbaloi dek tiada hati didalamnya.

Wallahua'alam.

p/s-Sedang mendengar alunan ayat suci Al-Quran oleh Sheikh Sudais.Betul cakap sayang..demotivated.hm

Wednesday, November 16, 2011

Kenal.

Kawan: "Assalamualaikum..Amir kan?"

Aku: "Waalaikumsalam, ye saya..siapa eh?"

Kawan: "Amir..Seksyen 18 Shah Alam kan?"

Aku: "Haah..betul la tu..siapa eh?Sori tak ingat"

Kawan: "Kau tak ingat kot..Hafiz" (sambil hulur tangan nak berjabat)

Amir: "Sekolah 18 jugak dulu?" (dan menyambut jabat tangannya)

Kawan: "Tapi sampai form 3 je..lepas tu pindah sekolah teknik"

Amir: "Batch sapa eh?"

Kawan: "Aku pon tak ingat..haha..yang aku ingat Farid Omardin, Fahd Muzaid, Khairel, Daus Jumaah, ada lagi beberapa budak-budak arab yang aku ingat..yang lain lost contact"

Amir: "Ish lama dahh..camne leh cam aku?"

Kawan: "Sapa tak ingat kau..pengawas..ketua pengawas pulak..tapi dulu pakai songkok je selalu"

Amir: (Tersipu-sipu)

Kawan: "Eh..ok.kene gerak dlu..calling-caling eh..keep in touch!"

Amir: "Ok..ok..jumpa lagi"

Kawan: Berlalu pergi

Amir: Terpaku senyum sendiri

Haha..
tiba-tiba kenangan waktu sekolah menggamit.
Indah.

Wallahua'alam.

Wednesday, November 9, 2011

Syukur 2011

Tak terlepas walau satu detik pon aku tak bersyukur atas semua ini.
Yang baik mahupun buruk..

Yang baik mengatasi semua keburukan itu,
sangkaanku hanya baik-baik belaka.
Jika ditetapkan esok aku tiada,
aku tetap bersyukur dan redha,
kerana semuanya sudah diberi..

Tak pula aku mintak yang bukan-bukan.
Sikit je.
Yang penting-penting je.
Rezeki,
pekerjaan,
sihat tubuh badan,
keluarga,
mak ayah,
cinta,
jodoh,
umat islam seluruhnya.

Tu je.

Yang paling penting,
keredhaan Yang Maha Esa.

Aku bukan orang yang terlewat,
biarpun dipertengahan usia aku baru bermula,
namun,
aku bersyukur kerana perasaan, hati dan minda ini,
sangat lain berbanding dulu.
Seolah orang yang baru.
Alhamdulillah.
Moga DIA ampunkn dosa-dosaku yang telah lalu.

Syukur,
pada tiap apa yang sudah tertulis,
apa jua yang telah direncana diLuh Mahfuz sana,
syukur alhamdulillah.

Syukur,
pada arus pelangi yang deras dalam hatiku,
tak pernah pudar.
Walau air mata yang tumpah,
pun tak dapat mengikis warna terangnya.

Syukur,
alhamdulillah,
segala pujian hanya untukMU..

Wallahua'alam.

Friday, November 4, 2011

Kadang-kadang.

Kadang-kadang,
kata hati lebih kuat dari akal fikiran,
jadi buat semuanya membabi-buta.
kadang-kadang tak jadi apa pun,
hanya membazir.

Kadang-kadang,
hati tak tenteram seolah hilang sesuatu,
asyik bermadah bersyair lara,
mengeluh-ngeluh,
berpeluh-peluh.

Kadang-kadang,
mata tak terpejam,
asyik berfikir yang bukan-bukan,
mengelamun ke hujung dunia,
terasing dalam dunia sendiri.

Kadang-kadang,
kita tak sedar tentang apa yang kita ada,
sampai pekakkan telinga, butakan mata,
kadang-kadang menyesal pula.

Kadang-kadang,
tanpa perkataan pun boleh menyakitkan hati,
pun boleh menghiris-hiris,
pun boleh berdarah

Kadang-kadang
kita terlupa,
eh,
tidak.
Kita sering kali terlupa,
bagaimana?
kenapa?
untuk apa?
nikmat-nikmat ini semua.
Alih-alih sudah ada,
udara yang dihirup,
nyawa yang masih ditempatnya,
rezeki dikaut,
bicara yang santun,
mereka yang tersayang,
semuanya.

Kadang-kadang,
akal yang ada,
harus dimanipulasikan,
mata yang ada,
harus dibasahkan dengan tangisan,
lidah yang ada harus senantiasa memuji.

Kadang-kadang,
kita patut kembali ke akar kita kan?
Supaya lebih tahu,
apa yang retak, apa yang rosak,
kan?

Wallahua'alam.

p/s-selalu-selalu, banyak-banyak, jarang-jarang, kadang-kadang...