Monday, December 31, 2007
Hati.
Selamat bertunang kepada Hafiz Dalhal.
Selamat berkeluarga kepada Helmi.
Selamat kembali Haizul.
Banyak yang berlaku dalam 2007. Berat rasanya nak tinggalkannya. Namun aku terpaksa aja meninggalkan demi sebuah impian.
Mungkin ada yang akan berbeza.
Tapi, tidak pada hati ini.
Kata orang,
Kadang-kadang kita tak pernah nak menghargai apa yang ada didepan kita. Bila dah tiada, baru nak mengerti.
Kata orang lagi,
Kalau tak, kita takkan tahu apa sebenarnya yang serasi dengan hati.
Semuanya betul.Terkadang kita terlupa.
Itulah manusia.
Asalnya dari perkataan arab 'tansa,yansa,al-insan' yang membawa maksud terlupa.
Selamat datang 2008.
wallahua'alam...
Monday, December 17, 2007
Rantai 2007+Setulus Hatiku.
Semuanya usai sudah.
Banyak pro dan kontranya.
Hm.
Aku mengharapkan sebanyak-banyak hikmah.
Lagu yang aku tulis kira-kira setahun yang lepas akhirnya berkumandang untuk didengari oleh semua.Hanya beberapa orang sahaja yang faham betapa magisnya lagu ini.
Lagu yang aku tulis ketika dalam tidurku.Betapa ikhlas hatiku dan tulusnya hati bila aku menulis lagu ini.
Lebih tulus untuk orang yang sepatutnya aku tujukan lagu ini pon dengar sama.Tapi tak akan dia faham.
Tak mengapa.
Yang penting apa yang aku hajati satu-persatu dimakbulkan Allah.Alhamdulillah.
Untuk Rantai ini adalah satu titik tolak baru untuk S.O.A. Banyak lagi cabaran yang akan mendatang. Apa yang pasti,aku akan terus berkarya.
Terima kasih pada S.O.A. Mo, Lan.
Terima kasih yang tak terhingga pada Nareem Delina.
Terima kasih juga pada Iylia.Angan2ku untuk dapat seorang bassist pompuan menjadi nyata!
Terima kasih kawan2
Terima kasih rantai.
Terima kasih pada yang hadir dan mendengar melalui hati.Bukan sekadar telinga yang menadah.
Terima kasih.Terima kasih.
Maafkan saya jika ada cacat cela.Saya budak baru belajar.
Setulus Hatiku.
Dari hati ku suarakan
perasaan tulus ikhlas ini
dalam hati ku bergema cinta
kau takkan pernah tahu
kau takkan pernah tahu
Walau terang sikunang-kunang
berterbangan dalam khayalku
tak dapat ku ucapkannya lagi
cantik laksana dewi
bersih laksana sufi
Dengarlah kasihku
hanya kau yang satu
aku mendambakanmu
setiap malamku
aku berdoa
moga kau jadi milikku
Apa yang harusku impikan
apa yang harusku angankan
setulus hatiku bisikkan
aku cinta padamu
aku cinta padamu
Wallahua'alam....
Sunday, December 9, 2007
Misteri Asrama
abenism Production,
Dengan Kerjasama Dirtylaundry Motion Pictures Sdn Bhd.
MempersembahkannnNn...
MISTERI ASRAMAAAAAaaaaaAAaaaa!!!!
Percayalah mereka ada disekeliling..
lawatilah,
http://misteriasrama.blogspot.com/
tenkiu.
plz come again.
:)
Wednesday, November 28, 2007
25.
1.Blom abes blaja sedangkan kawan-kawan diorg kat ofis sibuk bercerita pasal anak-anak diorg yang buat itu,buat ini,berjaya,pandai blaja,baru balik dari oversea dan ada anak-anak yang dah kawin pastu dpt cucu.Diorg nak cerita apa?Mujur adik aku tgh praktikal kat Jakim.Ade la jugak modal.
2.Blom ada pendapatan.Dengan kata lain takde keje.Mana taknye.Bil api,air,barang dapur masih pakai duit diorg.Kadang-kadang segan nak mintak duit belanje kat diorg :-)
3.Sebab mende lepas.Hm..malas aku nak cite.Tapi sedikit sebanyak ade effect la gak.Hm.
4.Aku tau sebab walau macam-macam aku buat baik seperti kemas umah,basuh kain,memasak,sapu sampah,basuh simen,basuh kete its still not enough.
5.Sindiran ayah aku."Apa ko buat kat umah?" ;-) walaupun kita baru balik keje.
6.Umur dah lanjut tapi still dok ngn diorg.Ayah aku cite masa die sebaya aku,die dah ada rumah.Tu masa dia kan?huhuh.
Kadang-kadang effect gak ar perasaan ni.Tapi nak wat camne,Semua salah aku,dan dah berlalu dah pun.Aku pandang depan skang ni.Cerita aku masih ditulis.Maknanya ada lagi sisa-sisa perjalanan hidup yang perlu aku lalui.
Moralnya disini ialah :
1.Gunakan waktu anda dengan sebaik-baiknya sebab waktu yang dah berlalu takkan berulang kembali.
2.Peluang yang ada terus amik.Jangan lepaskan.Seperti peluang waktu belajar.
3.Hiburan?Ada batasnya.Aku dulu kantoi sebab hiburanJangan tanye la hiburan camne.hm.Hidup ni bukan hanya untuk hiburan dan takde hiburan tak bermakna takde kehidupan.Masa muda bukan untuk berhibur.Sekali dah terlajak takkan boleh diundur.Sebab maruah itu senipis kulit bawang.Fikir baik-baik.Hm.
4.Jangan jadi bodoh.Jangan buat bende-bende bodoh.
5.Gunakan akal.Akal jangan letak kat tempat lain.Akal itu gunanya untuk menilai baik buruk sesuatu.
6.Jangan jadi macam aku.
Masa aku dalam depression dulu,aku ada jumpa kat seorang pakcik kat serambi Masjid Shah Alam.Sampai skang aku carik pakcik tu,tak jumpa-jumpa.Hm.
Apa dia kata?
"Manusia ni diberikan 3 kali peluang.Peluang pertama,untuk orang yang betul-betul inginkan peluang tu.Peluang kedua untuk orang yang lepaskan peluang pertama.Peluang yang ketiga ialah untuk orang yang tak tahu malu sebab dah lepaskan peluang-peluang yang ada"
Wallahua'alam.
Sunday, November 25, 2007
Cinta.
Perasaan antara lelaki dan perempuan misalnya,menjadikan dunia ini penuh dengan cerita,romantisme sehingga wujudnya karya-karya agung seperti Romeo&Juliet. Satu naskhah yang penuh dengan suka,duka,kekonyolan sampai menjadikan dunia ini hamparan untuk taburan bunga-bungaan.Apa yang lebih penting adalah pro dan kontra perasaan itu.Satu perasaan sahaja, mampu menjadikan pelangi,bintang,bulan,sang suria,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya sebagai metafora dan hiperbola yang tak terungkai.Kadang-kadang diri menjadi mangsa dek rasa yang terlalu mendalam,lalu timbullah tujuh lautan sanggupku renangi dan onak dan ranjau ku redahi juga ku sanggup menahan peluru tidak ketinggalan biar berpanas,biar berhujan,seribu tahunku tunggu jua.Ada juga terkadang perkara yang menjadikannya sedih pilu,seperti ku sedar siapa diriku.ada juga diriku seperti lalang yang mengganggu.Seperti sajak karangan Chairil Anwar yang berjudul 'Aku'
Kalau sampai waktuku
Ku mau tak seorang
kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerajang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mahu hidup seribu tahun lagi
Ditulis pada March 1943 untuk menyatakan perasaannya kepada isteri tercinta.Satu perasaan yang dieksploitasi pelbagai sebagai cara untuk meluahkan sesuatu kepada orang yang tercinta.
Semuanya kan indah.Pelangi kan selalu muncul.Apa saja yang dilakukan seolah-olah bermimpi.Khayal dalam pelukan dan belaian cinta.Ironiknya,kerana eksploitasi itu jugalah manusia merana.Akan tetapi ianya kadang-kadang terlalu sukar untuk dikontempelasi.
Cinta jika diimplementasi ke dalam bentuk yang lebih halus adalah kedamaian.Kedamaian ini sebenarnya bergantung kepada sebuah harapan.Dan harapan selalunya berharap kepada balasan.
Hm.
Besar atau kecil persoalan tentang cinta terpulang pada pendifinisinya.Pokoknya,ia adalah satu pencarian sejati tentang manusia.Jika telah melakukan sesuatu atas dasar cinta, bolehlah mengharap kebaikan terjadi.Namun jika cinta hanya berdasarkan rupa atau misteri kekayaan, ianya adalah khayalan semata.
Cinta sejati itu boleh ditemui.
Percayalah.
Wednesday, November 21, 2007
aku.lirik.melodi
Kalau orang kata,ilham itu ibarat bende yang hilang,patut dicari.Orang juga kata ilham itu akan terbit dengan tak disangka-sangka.Dalam advert,dipanggil illumination.
Dah sekian lama aku tak dapat menulis lagu dengan baik.Entah kenapa.Kena ada ilham baru agaknya atau subjek baru atau sesuatu yang baru.Aku cuba menulis blues dan jazz.Harap-haraplah menjadi.Apa yang harus aku lakukan untuk sebuah ilham?hm.Tak mahu memikirkan yang sudah.Saya mahu fresh ideas!Sebab tu aku subkan lirik kat orang lain.Aku tukang buat melodi.
Selalunya lancar je jari-jemari ni menulis apa-apa puisi.Tapi tidak untuk kali ni.Macam dah kekeringan idea.Ketandusan ilham.
Tuesday, November 20, 2007
RANtAi ARt Event 2007.
Tahun ni ada lagi.Kali ni besar plak.Buat kat KLCC (Red Building blakang Restoren Pelita).Diorg buat 5 hari dari 12 Disember sampai 16 Disember.Memang banyak ar acara yang menanti.Ada film screening,ada booth jualan dan ada persembahan muzik.Best!Dan jangan lupa bawak la duit lebih.Sebab aku tiap kali pi event diorg musti lupa bawak duit!hm.Kali ni aku bawakkkk...nak beli tshirt,buttons,sticker ape yang bleh di beli akan aku beli..muhahahah!!
Jumpa disana.
FILM SCREENING LIST RANtAi ART EVENT 2007
TAYANGAN SENI
jumaat - December 14, 2007[ 8:30 pm - 10 pm ]
STENCILLED by uzair sawal
ILUSI by syazsySORRY by Republic Theatre Production
HARI INI HARI BODO SAYA CIK by benny
sabtu - December 15, 2007[ 7:30 pm - 9:00 pm ]
RUNNING by ahmad azrai
HATI SEORANG PEREMPUAN by Republic Theatre Production
STENCIL ART by ivaa
LEMBAGA by benny
TVNOLOGI by irwan mansorahad
December 16, 2007[ 7 pm - 8 pm ]
NELANGSA by pijan
IS IT FINE TO LIE? by icaCOMOLOT by ikram
KISAH GAJAH YANG SUKA MELUKIS by benny
LIST BAND YANG TERLIBAT DECEMBER 2007
music performancesabtu - December 15, 2007 [ 1 pm - 5 pm ]
oh chenta ku
ahad - December 16, 2007 [ 1 pm - 7 pm ]
the eightyfour
joe ribut dan sidang-sidang pertualang
lightcraft
acoustic performance
jumaat - December 14, 2007[ 7:30 pm - 8:30 pm ]
otam
zip zieler
sabtu - December 15, 2007[ 9:00 pm - 10:00 pm ]
the garrison
bard layar lara
ahad - December 16, 2007[ 8:00 pm - 10:00 pm ]
hairspray
Sunday, November 18, 2007
Hitam,Putih dan Pelangi.
aku tak sangka aku akan sampai ke tahap ni.Aku membawa segunung harapan ibu ayah.Aku membawa bersama seribu persepsi orang terhadap diri aku.Siapa aku tak penting.Tapi apa yang tlah aku lakukan.Susah nak mencipta sesuatu itu jika berkaitan dengan nama baik sendiri dan keluarga.
Tapi,alhamdulillah.
Sampai juga aku kat sini.
Tinggal selangkah lagi.
InsyaAllah.
Hitam dan Putih.
Hitam menguasai sebahagian hidup aku.Terlalu sukar untuk cahaya menembusi.Namun aku cuba ke atas dan bernafas,mogaan nampaklah cahaya itu.
Apa yang terbuku sebenarnya belum habis terluah.Nak kata aku simpannya,tak juga.Nak kata aku buang semuanya,mungkin,tapi bukan sepenuhnya.Aku simpan sikit untuk diri aku.Sebab,itulah landasan untuk aku melangkah hari demi hari.Siapa yang tahu?Tiada siapa rasanya.Aku hanya mampu menjadi diri sendiri.Tak bisa menyarung topeng lain lalu sembunyi diri.Apa yang zahir itulah aku.Dan apa yang batin juga itulah aku.
Pelangi.
Tatkala hujan dan mentari sibuk menjelma,pelangi kan muncul.Terkadang tak jelas pun warnanya.Namun ia tetap ada.Arusnya deras,seperti mewarnakan dada langit yang kelam berbalam-balam.
Sayangnya hanya seketika.
semuanya kembali biasa.
Tahu dia ada.
Mengerti kadang-kadang dia pergi.
Tapi takkan keliru bila dia kembali semula.
Seribu tahun sekalipun aku tetap fahami.
Pelangi petang datang dan pergi.
Sekejap, tapi cukup menghiburkan.
Friday, November 16, 2007
BBQ
Hari : Selasa
Tarikh : 6 November 2007
Tempat : No 27 Jalan Rumbia Dua 18/19 B,40200 Shah Alam
Pemilik : Tn Hj Yusoff Hamid
Masa : 1400 - 1900
Kehadiran : 8 ORANG
aku tak tau pon diorg plan nak wat kat umah aku.
aku pon tak cadang nak wat.
huhu.
aku dapat panggilan dalam pukul 11 pagi.
aku pon on je la.
mulanya cadang nak wat kat bukit cerakah nuu la kononnya.tapi takde sambutan.
Juon datang dalam lebih kurang pukul 2.00.ada sama bro,ayie,akim,anas,alan,man.lepas tu juon kluar balik ngn man.pi jemput cha kat bt3.
diorg dtg bawak,ayam 3 ekor,daging burger,hotdog,rusuk kambing,kerang 3 kelo.juon punye idea.banyak giler kan?
memasing perut boya!
hihih.
juon,man,cha sampai je,memasing wat tugas masing2.akim,bro marinate ayam.alan,juon basuh kerang.ayie,anas kat luar try pasang api.cha tgk TV.
Gambar bawah ni adalah gambar teratak hamba yang sederhana.yang ber'posing' depan tu sbnarnya orang gile!
Yang ini adalah mak sayerr..hihihi!!
ni lah aktiviti kami pada hari tersebut..
hm.
ayie tu sbnarnya nak tumpang glemer.hihi.
yang berdiri tu name dier ayie and yang tgh dok tuh juon.dier suke makan kerang.kerang pon suke kat die!hhihi.
suma macam tgh lapar masa tu.hm.
ini adalah rupa sebenarnya cha waktu dier tgh lapar..
bab panggang memanggang...
inilah hasilnya..
time makan.
AKIM = Trouble.
selaku ajk kebersihan dan keceriaan,aku harus memastikan kerbersihan tempat..
hm.
aktiviti ini amat menarik.
walaupun kat tepi padang depan umah aku.
:)
sekian.
Amir Hazrat Yusoff.
AJK Kebersihan dan Keceriaan.
Wednesday, November 14, 2007
Garisan
aku pernah bincangkan ini bersama adikku.
hm.
hidup ini seperti satu garisan.ianya melambangkan masa lampau,masa sekarang dan masa depan.
pelbagai bentuk garisan.ada yang bengkok.ada yang terputus-putus.ada pula yang terputus ditengah.
seperti garisan yang terputus ditengah.yg terputus itu adalah penyambung masa lampau dan masa depan.seperti sebuah jambatan.jika baik jambatan itu,tentunya kehidupan akan berjalan lancar.
apa juga bentuknya,takkan dapat satu garisan yang lurus.
hidup ini adalah cabaran dan cabaran itu harus disahut.minda harus dibuka.hati harus terus cekal dan tabah.
Tuesday, November 13, 2007
Konfederasi hati
Actually,
Aku bukannya orang yang suka sangat dengan blog. Sebelum ni aku dah 2 kali buat blog. Tapi tak menjadi.hm.
Aku ada blog kat myspace. Itupun just for fun. Aku luahkan apa yang ada dalam minda dan hati ni. Kadang-kadang bende yang terlintas dalam kepala otak ni pon aku masukkan dalam blog. Tapi selalunya aku merepek la. hihi :-)
Configuration.
Aku tahu.
Bukan ramai orang yang baca blog.lagi2 blog aku.tp kali ni aku nekad.aku nak tulis jugak walaupun pembacanya adalah diriku sendiri.
Konfederasi Hati.
Setiap hari bangkit dari tidur, kita telah memulakan satu hidup yang baru. Maknanya pengalaman baru yang harus kita tempuhi, cabaran baru yang harus kita sahut.
Dan pengalaman-pengalaman inilah elok dikongsi bersama. Moga setiap darinya memberi seribu satu hikmah. Yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan.
Ini adalah kata-kata dari minda aku. Aku akan bohong diri sendiri jika minda berkata lain, jari-jemari ini menaip lain.
Jujurnya, aku ingin jujur pada diri sendiri dan orang lain.
Baca dengan hati yang terbuka.
Moga tiada prejudis.
salam.
hm.