Friday, July 16, 2010

Doaku.

Selepas usai solatku.

Ya Allah.
Penguasa alam.
Pencipta diri ini.
Pemilik sekelian yang ada.
Maha suci Kau ya Allah.

Janganlah Kau terbalikkan hati ini.
Kuatkanlah.
Peliharakanlah.

Ya Rahman.
Ya Rahim.
Ya Rabul Jalil...


Acapkali,
mataku tak pernah kering.
Pipiku sentiasa dikesat.
Tanganku sentiasa menadah,
mohon simpati....

Wallahu'alam..

Hm.

Wednesday, July 14, 2010

Sketsa.

Aku tengah serabut sebenarnya.
Serabut dengan kerja-kerja.
Sekarang hanya menunggu hasilnya saja.
Hm.

Kononnya nak mengadu la.
Haha.

Tapi lain yang jadi pulak.

Begini..

Aku : Awakk..(namaku rahsiakan.hihi) :-( hm.

Dia: Awak tipu saya, sampai ati :'(

Aku: Sumthin has happen.sori if susashkan.hm.sori sangat-sangat.hm :'(

Dia: Alasan semata-mata, sampai hati, kenapa sampai macam ni skali, kenapa?

Aku: Saya..saya..tak tau nak cakap macammana dah.saya betul-betul mintak maaf..hm.

Dia: Dahla, saya dah jelik tau tak?Jelik dengan alasan semua ni!

Aku: Awak..nanti dulu..dengar apa yang saya nak cakapkan...plss..saya tak berniat nak tipu awak..sungguh.sesuatu telah terjadii..

Dia: Sudahla..awak memang tak pernah serik dengan apa yang dah jadi kan?kan?!

Aku: Awak..apa yang jadi dulu janganla diungkit..lagipun perkara tu dah selesaikan?Dia pon dah bahagia dengan suaminya..awakk..plss jangan camni..saya betul-betul mintak maaf. Sesuatu benar-benar telah terjadi pagi tadi..

Dia: Sudahlah..awak memang tak pernah serik, takde gunanya kita berbaik sekarang, awak mungkiri janji, selamat tinggal, semoga awak bahagia!

Aku: Sampai hati awakk..hm. Awak..plss..jangan tinggalkan saya. Hm. Takpe lah...moga Allah Subhanahuwataa'la akan tunjukkan kebenarannya..semoga awak bahagia...selamat jalan romeoo!

Dia: Cuttt~!!


Sekurang-kurangnya dia membuatkan aku ketawa.
Haha.

Lupa sekejap serabut yang melanda.
Moga Allah berikan jalan yang mudah dalam tiap urusanku.
InshaAllah.

Wallahu'alam.

Hm.

Friday, July 9, 2010

Seorang dia.

Melihat dunia dari matanya amat mempesonakan.
Gelak-tawa dari bibirnya amat mengasyikkan.
Menggengam erat jari-jemari dari jari-jarinya amat meresahkan.
Air matanya bagai semilu yang menikam,
esak tangisnya bagai lagu sendu dalam kalbu.
Dibiarnya titis hujan membasahi mukanya.
Alis keningnya mencambah cahaya diwajahnya.
Depang tangannya bagai ingin mendakap dunia,
langkah kakinya bagai mengatur posisi.
Gema suaranya bak guntur menggegar cakrawala menggoyah bintang-bintang.

Sungguhpun begitu,
bagi aku,

Kebaikannya meluluhkan jiwaku.
Lemah-lembutnya meraih suasanaku.
Adab-sopannya membuatkanku kenanginya dalam doaku.
Tutur-katanya meresapi jauh dalam sanubariku.

Untuk dia.
Seorang dia.

Wallahu'alam.

Sunday, July 4, 2010

Minggu lalu.

Tak tau apa yang berlaku.
Tiba-tiba ia menyerang hati dan perasaan.

Dah pun berterus-terang.
Dalam deraian hujan.
Titiknya terkena mata.

Sebahagian diri telah menjadi seperti dulu.
Minda dan ta'kulan menjadi satu.

Oh.
Betul.
Ambil lah sebahagian hati ini.

Aku tak sempurna.
Hanya menurut apa yang direncanakan Allah.

Hm.
Minggu lalu.
Sangat bererti.

Monday, June 28, 2010

Tunjuk bintang.

"Saya ada komplikasi hati."
"Minggu depan appoinment."

Hati berdetik.
"Ambillah separuh hatiku..."

Entah kenapa.
Hm.

Sunday, June 20, 2010

5am.

di mcD.

Dingin pagi sikit pun tak meresahkan. Terkadang dihembus angin sejuk dari timur. Aku cuma naikkan zip jaket.
Mata sembab sebab tidur hampir 6 jam.

Kat tangan membimbit buku cecilia ahern.

Apa motivasi untuk terus hidup?
Oh.Cakap-cakap masa disungai betul-betul buatkan aku malu dengan diri sendiri.

Untuk anda semua.
Tiap cebis pengalaman dan perkara yang berlaku itu jadikan diri dan fikiran matang.Hidup tu tak sempurna.Namun kerjanya adalah bagaimana nak mencapai kesempurnaan dalam hidup.
Jangan hukum diri sendiri.
Tuhan tu Maha Adil.
Saat engkau dibawah, pasti Dia akan turunkan hikmah. Dan bila engkau di atas, Dia uji dengan menjatuhkan pula engkau ke bawah. Sesungguhnya Dia Maha Adil Lagi Maha Mengetahui.

Teruskan hidup walau senget macammana sekalipun.ya?

Kopi dihirup.
Sambil menunggu Subuh.

Wallahua'alam.

Friday, June 11, 2010

7 Jun.

Adoyai.
Sampai hari ni baru la dapat menulis.

Hm.

Sebenarnya aku mencari-cari apakah momen yang paling istimewa pada hari lahir ku ini. Selain dari aku dilahirkan didunia ini.

Aku bergerak seawal jam 11 pagi menuju ke KTM Shah Alam. Mulanya tak tau destinasi ke mana. Namun, aku membeli tiket ke Mid Valley.

Dengan siapa?

Aku seorang diri je.

Orang tak ramai. Namun, cuti sekolah membuatkan budak-budak ada je kat mana-mana ceruk Mid Valley ni. Sambil melangkah, sambil cuba tersenyum, sambil menyambut hari ni. Ada yang namakan ini sebagai 'loser'. Ada pula namakan ini sebagai 'sakit jiwa'. Tapi aku lebih suka namakan sebagai 'muhasabah diri'. Meraihkan suasana yang istimewa ni susah. Sebab tak ada pemangkin apa-apa. Tapi, lebih senang sebenarnya menyambutnya sendirian. Itu sekadar teori aku la ye.
Heh.

Selepas ke MPH, aku mencari tempat duduk. Lokasinya, kerusi di tengah-tengah hallway. Duduk sambil mentafsir setiap gerak-geri laku orang yang lalu-lalang. Cuba melihat dari sudut yang berbeza. Dari kaca mata aku. Lantas, aku mulai bersyukur kepada Allah. Kerana DIA, aku ada disini. Yang duduk senang, dapat melihat keindahan, menghidu suasana, berfikir dengan jelas.

Aku cuba mencari momen-momen itu.
Banyak.

Namun,
yang paling aku hargai ialah setahun yang lepas. Dalam tempoh 7 Jun 2009-7 Jun 2010.
Itu adalah momen yang terbaik dalam hidup aku.
Sampai mati pon aku takkan lupa.

Dalam tempoh itu,
terlalu banyak perkara yang aku sedar.
Tentang baik-buruk.
Tentang hati.
Tentang cinta.
Tentang sayang.
Tentang kebesaran Allah. Betapa kerdilnya diri. Walau memohon dipanjangkan satu hari tu. Allah lebih maha mengetahui. Di ambilNYA apa yang kita sayang untuk menguji diri dan semoga bermuhasabah. Tiada galang gantinya walau dengan juraian air mata ni. Allah lebih mengetahuinya.

Apa?
Semua manusia berubah?

Ya, betul.
Lumrah manusia berubah bila ada yang lebih baik.

Namun,
Bagi aku perubahan itu takkan lebih baik jika tak ada momen-momen seperti 7 Jun.
Bagi aku, ianya soal hati dan perasaan dan tak patut dipersoalkan lebih-lebih lagi tentang kejujuran dan keikhlasan yang dipancarkan dari hati.

Salah besar kalau dipersoalkan.

Hm.

Aku tak keseorangan hari ni.
Sepanjang masa mengucapkan kesyukuran.
Kerana aku tahu,
aku takkan lupa mendongak ke atas,
memohon hikmah dariNYA,
atas apa yang berlaku dan akan berlaku.
Kerana seperti selalu kata kawanku.
Ianya sudah tertulis.
di helaian Luh-Mahfuz sana.

Wallahu'alam.
Selamat Hari Lahir Amir Hazrat Yusoff ke-28.