Saturday, September 12, 2009

Lordag.

Perkara semalam menyebabkan kepala aku sakit.
sampai sekarang.
Hm.

Baru selesai membaca puisi korea oleh Lim Jae Bum yang bertajuk 'Go Hae'.
rupanya ada lagu yg dibuat.
sangat mendalam.

Dah 2 hari aku mimpi buruk.
bangkit dari tidur, mesti aku sedih.
kadang-kadang mengalir air mata.
hm.

Ish.
sekarang pon masih berdebar-debar.
entah kenapa.

Moga tuhan tabahkan hati.

Friday, September 11, 2009

Torsdag.

Bila siang tu malam.
Dan malam tu siang.

Bila hati tak sudi lagi.
Jadi tak keruan.

Hari itu makin dekat.

Takut tak bermakna je.
hm.

Wednesday, September 9, 2009

Tisdag


Ni kasut merah Jack Purcell limited editionku.
Tah ye merah tah tidak.Maafla..aku ni buta warna.
Ade orang kate ni warna oren.
Hm.

Aku hampir lupakan kasut ni. Sian beliau.
Koyak-koyak.
Lama tak pakai.
Baru-baru ni aku pakai balik.
Ketat sket la. Lepas tu aku anta jahit kat tukang kasut sebelah KFC sek18. Dia kata takleh jahit.
Tampal bleh la.
Sambil-sambil tu dia kata,

"Dik..beli la kasut baru.."

"Banyak kenangan kasut ni bang, nak buang sayang..selagi bleh baiki, saya anta baiki.." Jawabku.

"Elok la tu, ada orang tu, sket-sket nak buang, sket sket nak buang. Rosaknya takdela seberapa.." Ujarnya.

"Hm" mengeluh.

"Kadang-kadang, kita kena belajar menghargai apa yang ada" Ujarnya lagi.

Kasut tu aku kene amik hari jumaat.
Hm.


Sunday, August 30, 2009

Bunga + Hati = Ramadhan Kareem

Ketika aku sedang melalui hari-hariku...
aku sentiasa bersyukur, walau apa yang telah menimpa..

Namun tak dapat nak padamkan semua kenangan.
aku hidup kerananya.

Biarlah.
aku serahkan segalanya.
aku serah dia pada tuhan yang Esa.
tak ada dendam yang tersembunyi.
tak ada syarat untuk aku mencintainya.

Biarlah.
Hm.

"Dan barang siapa yang sentiasa bersyukur (nikmat), maka akan Aku tambahkan nikmatku, dan siapa yang kufur (nikmat), ketahuilah, azabku amatlah pedih"

Thursday, August 20, 2009

0.25(4)

sejak akhir2 ni aku sering guna ayat2 reaktif.

hm.
tak sanggup.

aku tak ok.
sangat tak ok.
hm.
hm.

Wednesday, August 12, 2009

0.25(3)

Aku menulis apa yang dikata hati apa yang ditafsir akal dan fikiran...

Kerna hati ini telah bertaut.
Payah pulak nak leraikan satu persatu.
Tak mintak pon untuk faham.
Hanya kalau dapat tunggu sekejap.Walau satu hari.Sekejapp je.
Untuk leraikan tautan ini.
Ia sungguh menyiksakan.
Dan memenatkan.
Sampai aku menulis ini pon, tak pernah kering.

hm.

Thursday, August 6, 2009

0.25(2)

"Hello.Apa kaba?Awak sehat?Lama tak dengar berita.Awak sibuk sangat agaknya.." Aku tersenyum girang bila dapat panggilan dari dia.

"Hm.." Hanya keluhan kedengaran dihujung talian.

"Awak..awak ok?kenapa ni?" Aku bertanya.

"Hmm.." Satu lagi keluhan.

Aku dah mulai risau.
Tak pernah pon macam ni.
Tiba-tiba instinct aku menyuarakan hal yang bukan-bukan.
Hm.
Ahh.
Takde pape kot.

"Hm..macam mana eh,hm..macam mana eh nak cakap.." Dia mulakan cerita.

Aku ketika ini sedang melipat sejadah.
Baru selesai solat.

"Kenapa ni?Awak ok?" Aku mengulang pertanyaan.

"Hm..macam mana eh..macam mana nak cakap eh.." Dia pon mengulang jawapan yang sama.

Aku menarik nafas.
Rasa seperti ada yang tak kena.
instinct aku kuat lagi bersuara.
Aku berdebar-debar.

"Cakap je la..saya dengar ni.." Aku memujuk.

"Hm..saya nak cakap pasal diri saya.."

Aku kira lebih baik aku ke tempat yang lebih sunyi.
Aku melangkah ke padang depan rumah sambil berkata :
"Pasal diri awak?Kenapa?Awak ok tak ni?"

"Hm.Saya rasa saya tak boleh lagi nak teruskan hubungan ni!"

Hahaha..
Hahaha...
Entah kenapa aku ketawa..
Hahaha..
Hahaha...
Sambil menyaksikan bintang-bintang didada langit..
Hahaha...
Hahaha..

Dan perbualan itu berulang setiap malam.
Aku pon mengulang gelak, doa dan tangis aku pada setiap malam-malam itu..
Hahaha..
Hahaha..
Hm.

Laailahaila anta subhanaka
Innikuntu minnaziliminnn..

p/s-jangan risau.aku blom gila.