Wednesday, February 23, 2011

Terlalu aku.

Hati ku yang gundah.
Hanya sujud dan berteleku dihampar sejadah.
Mohon mintak ditenangkan gundah ini...

Aku pun bukannya sesiapa.
Hendak menawan hatimu,
tak terjangkau akalku.

Namun, hati ini telah bertaut.
telah bertaut..

Seindah taman syurgawi.
Terkesima pemandangan yang memukau.
Asyik dengan alunan yang memuji Ar-Rahman...

Aku pun bukannya sesiapa.
Tak mampu mengubah apa yang tertulis di Luh Mahfuz sana..

Kerna diri ini terlalu sayang,
terlalu sayang..

Percaya denganku,
untuk aku yakini adanya semua ini,
Percaya.
Percaya.
percaya padaku.

Namun,
aku pun bukannya sesiapa.
Tak mampu mengubah hatimu..

Aku berikan hatiku padamu,
padamu..

2 comments:

ain said...

salam.. sy ade amik sajak awk dalm blog ini, tp sy letakkan addrs blog awk di setiap sajak y saya ambil,, mohon halalkan ya.. sajak y bersahaja, namun pengertian y bermkna, sykur padaNya, kerana memberikan awak bakat ini,

aben. said...

salam.
alhamdulillah.
silakan..