Thursday, February 7, 2008

Kamu.

Percayakah anda pada keajaiban?
Percayakah anda pada ketentuan?

Aku mempercayai apa yang berlaku dalam alam dan isinya ini ada hikmah disebaliknya. Kejadian-kejadian antara langit dan bumi. Kemarahan alam semulajadi. Keindahan yang selalu mewarnai. Apa jua yang berlaku dalam kehidupan fana ini adalah satu ketentuan dari Yang Maha Esa.

Entah apa muslihat mimpiku kali ini. Berusaha mencari dia. Terkadang hampir menipu diri sendiri bahawa dialah orangnya. Berkali aku memujuk hati ini. Tidak. Ia adalah mainan tidurku. Apa juga pertalian yang aku rasakan ketika ini, aku sesungguhnya berharap ianya benar dan tulus.

Aku tak menutup mata ketika pertemuan dalam mimpi itu. Sampai terngiang-ngiang suara lunaknya tika dia menyebut namanya. Aku tak beralih tika tanganku ditarik dan dibawa ke satu taman dimana dia memperkenalkan aku pada kawan-kawannya. Aku juga tak menolak tika dia merapatkan kepalanya pada bahuku dan tunjuk pada bintang sambil membacakan puisi itu.

Hm.

Walau itu satu mainan tidur. Aku amat berharap ianya benar. Kerana ianya seperti benar. Sampai ketika aku menulis ini pun, kenangan dalam mimpi berputar di benak fikiran.

Aku tahu.
Sakit.
Mengharap pada mimpi tak pasti.
Aku tak mengharap.
Cuma menghitung hari. Dimana aku tak akan bangkit dari tidurku.
Dan aku akan bermimpi tentang kamu disana sekali lagi.

Wallahua'alam...

No comments: