Wednesday, February 20, 2008

A Garden Beyond Paradise.

Everything you see has its roots,
in the unseen world,
The form may change,
yet the essence remains the same.

Every wondrous sight will vanish,
every sweet words will fade.
But do not be disheartened,
The Source they come from is eternal,
growing, branching out,
giving new life and new joy.

Why do you weep?
The Source is within you,
and this whole world,
is springing up from it.

The Source is full,
its water are ever flowing ;
Do not grieve,
drink your fill!
Don't think it will ever run dry,
This is the endless ocean!

From the moment you came into this world,
a ladder was placed in front of you,
that you might transcend it.

From earth, you became plant.
From plant, you became animal.
Afterwards you became a human being,
endowed with knowledge, intellect and faith.

Behold the body, born of dust
how perfect it has become!

Why should you fear its end?
When were you ever made less by dying?

When you pass this human form,
no doubt you will become an angel,
and soar through the heavens!

But don't stop there.
Even heavenly bodies grow old.

Pass again from the heavenly realm
and pludge into the ocean of consciousness.
Let the drop of water that is you
become a hundred mighty seas.

But do not think the drop alone
becomes The Ocean
The Ocean, too becomes the drop.

Rumi (1207-1273)

Monday, February 18, 2008

Biskut Tigerku.

Kali terakhir aku termenung dan tersenyum sorang-sorang ialah ketika dimana aku merasakan itulah tulusnya perasaan. Sedar tak sedar, perasaan itu tak terhitung harinya dan trus hilang. Bukan semudah yang disangka.
Ayat tak tersusun.
Patahku terkunci dek renungannya.
Syairku tersongsang dek senyumnya.
Aku menunggu masa sesuai untuk dikhabarkan berita hati ini.
Namun aku tak pasti, apakah simbolik hati ini?
Tunggulah,
belum masanya lagi.
kan?
Hm.

Wednesday, February 13, 2008

Rahib dan Penunggang

Kadang-kadang apa yang kita anggap realiti itu sebenarnya fantasi yang ada dalam fikiran. Namun tiap apa yang kita fikirkan itu sebenarnya mencerminkan realitinya...

Semalaman berbicara dengan sahabat aku. Bercerita tentang kehidupan
tentang kabut yang melanda,
tentang si bisu dan si pekak,
tentang rahib dan penunggang.
Tak dapat dipastikan kadangkala apa yang tlah direncana tuhan dalam hidup ini. Yang pasti ada hikmah disebaliknya.

Kosongkan gelas itu.
Agar mudah air baru diisi ke dalam nya.
Hm.

Kadang-kadang ego pon harus dipupuk,
kan?
hm.

Thursday, February 7, 2008

Kamu.

Percayakah anda pada keajaiban?
Percayakah anda pada ketentuan?

Aku mempercayai apa yang berlaku dalam alam dan isinya ini ada hikmah disebaliknya. Kejadian-kejadian antara langit dan bumi. Kemarahan alam semulajadi. Keindahan yang selalu mewarnai. Apa jua yang berlaku dalam kehidupan fana ini adalah satu ketentuan dari Yang Maha Esa.

Entah apa muslihat mimpiku kali ini. Berusaha mencari dia. Terkadang hampir menipu diri sendiri bahawa dialah orangnya. Berkali aku memujuk hati ini. Tidak. Ia adalah mainan tidurku. Apa juga pertalian yang aku rasakan ketika ini, aku sesungguhnya berharap ianya benar dan tulus.

Aku tak menutup mata ketika pertemuan dalam mimpi itu. Sampai terngiang-ngiang suara lunaknya tika dia menyebut namanya. Aku tak beralih tika tanganku ditarik dan dibawa ke satu taman dimana dia memperkenalkan aku pada kawan-kawannya. Aku juga tak menolak tika dia merapatkan kepalanya pada bahuku dan tunjuk pada bintang sambil membacakan puisi itu.

Hm.

Walau itu satu mainan tidur. Aku amat berharap ianya benar. Kerana ianya seperti benar. Sampai ketika aku menulis ini pun, kenangan dalam mimpi berputar di benak fikiran.

Aku tahu.
Sakit.
Mengharap pada mimpi tak pasti.
Aku tak mengharap.
Cuma menghitung hari. Dimana aku tak akan bangkit dari tidurku.
Dan aku akan bermimpi tentang kamu disana sekali lagi.

Wallahua'alam...

Tuesday, February 5, 2008

Go hae.

apa ntah aku nak merepek kali ni. aku pon dah takde ayat yang sempurna nak dibuat dan dibina.

aku melihat kematian itu pasti. bukannya satu permulaan. tidak ada permulaan dalam kematian. hanya apabila kita dibangkitkan kelak baru kita tahu dimana permulaan kita.

aku tlah jumpa. tapi masih hilang. tlah juga aku gapai. tapi masih terlepas. kenapa eh?

aku suka menilai apa itu kehidupan. dalam kehidupan ada satu nilai yang perlu dinilai. terkadang harus dinilai semula. harus dijaga agar nilainya tak hilang.

satu melodi buat aku. satu senikata buat semua. bila digabungkan menjadi lagu.tiap kali aku mencipta,ianya lahir dari hati. namun sentimentalnya entah dari mana.

aku tak pernah membenci sesiapa. itu pasti.
ada orang membenci aku. itu pasti.

tak terlintas dalam hati nak berhenti. tapi harus.
tak terlintas sikit pun.

hanya untuk dia.betul.
hanya untuk dia.

sendi bergading patah terhempas sayap yang menongkah.

kadang-kadang aku tengok langit biru. awan memutih. hamparan hijau terbentang. sampai bila tahannya?

jika aku dikurniakan satu hari sebelum habis nafasku, aku ingin berbuat amal ibadat penghapus dosa-dosa. menciumi tangan kedua ibubapaku. mengusapi ubun-ubun adik-adiku. sambil berteleku memohon taubat dari Dia.
hanya jika.

ingin berjumpa dengan orang-orang yang pernah hadir dalam mimpi aku. entah siapa.

ingin melihat mata itu lagi. jelingan yang dialih. senyuman yang pudar. raut yang sedih.

seluas angkasa. hadnya tiada. bintang-bintang terserakkan. segenapnya terjajar. pemuas sang matahari yang menelan segala cahaya. satu pun tak terbekas.

aku suka berada di tengah-tengah lapangan hijau. kelilingnya pokok-pokok. dalam lapangan itu ada tasik. boleh aku memancing. sekumpulan kecik angsa ditengah tasik. selebihnya pulang berhijrah.

nama yang pernah terlintas dalam fikiran. aku sedang cuba mengingatinya sekarang.

kalau diizinkan aku nak ke tepi lautan atlantik yang sejuk. disana aku akan menjerit, "ombak jahatt!!"

nak sekali kata I love u. tak pernah.
betul.
heh.penah sekali la.

bila hujan turun. rintiknya ada didedaunan. aku gegar pohonnya, jatuh mengurai titisan air.


aku bukannya sesiapa. tak ada apa hebatnya tentang aku....

Sunday, February 3, 2008

Mencari Hafizah.

terkesima dengan kata yang meruntun
terpana dengan kalimah yang tersusun
tersentakku dengan segala khilafmu

mengapa dari jauh
aku merasa debar hatimu
tak pernah pun bertemu
bagai menunggu
aku akan pasti tercari-cari

dan dalam mistik ku bermimpi
sang kejora merentasi langit dan bumi
yang turun sebagai bidadari
terhiaslah warna pelangi
yang suram berbalam-balam
untuk aku melihatnya
harusku korbankan hariku
untuk aku fahami apa yang terjadi
dilangit dan dibumi

tercari-cari kasihnya
sedang cinta itu hakiki
walau masih tercari-cari
cinta itu tetap hakiki...

khamis,18 oktober 2007
2.55a.m