Monday, May 23, 2011

Perkara yang berulang.

Bukan tak faham.
cuma takut.
Tak dapat nak hilangkan ketakutan ini.

Ianya kusut.
Bila terjadi,
semua serba-tak kena.

Jangan ditanya kenapa takut.
Ianya bermula lama dahulu.
Masih terbenam dalam lipatan memori.
Takkan hilang.
Sampai nafas terhenti,
mata terpejam rapat.

Tak dapat berfikir dengan baik.
semuanya kerana perkara itu.
Jahat sungguh perkara yang berulang itu..

Moga Allah lupakan aku bagaimana untuk mengingatinya..

Redha dan sabar itu lebih muliakan?
hm.

Wallahua'lam.

Thursday, May 19, 2011

Spearheads.

Kamu dipilih bukan hanya kerana berapa dan betapa banyak yang telah kamu lalui,
tapi juga kerana siapa kamu dan uniknya kamu..

Jalan ini bukan disuruh-suruh,
bukan pula dipinta-pinta,
hanya kamu yang tahu mengapa, kenapa..

Aku harapkan kamu berfikir,
bukan terus menilai,
cari kekuatan itu, jejaki kecenderungan kamu,
kerna ia tak menjanjikan apa-apa pun..

Api yang ada jangan dipadam,
cahaya yang ternyala jangan dimalap,
ghairah ilmu yang meluap-luap jangan disekat,
cinta yang datang janganlah dibunuh..

Moga kamu terus menjadi pohon yang berakar,
yang memberi redup teduh,
walau ribut taufan,
kamu terus utuh menunggu pelangi.

Siapa jua kamu yang membaca ini,
Siapa jua yang membaca ini,
jika terkena,
kena lah..
Jalan ini masih panjang dan berliku..

Untuk semua spearheads ku.

Monday, April 4, 2011

Taman itu.

Kemuncup yang masih lagi melekat di kaki seluar..

Matahari yang sama,
bulan dan bintang yang sama,
sejuk semilir angin yang sama,
udara yang dihirup pon sama..

Taman itu lain.

Saujananya lain.

Zouknya lain.

Hati gentar tiap kali memuji tuhan rabul A'lamin.

Mata yang sentiasa menangis.

Takut sentiasa.
Syukur sentiasa.
Tenang selalu.

Bila terdengar alunan zikirullah.
Memuji nama tuhan.
Cahaya datang dari segenap sudut hati.
Fikiran terbuka luas sampai terima hidayah.

Wajah-wajah itu.
Antara dosa dan penyesalan yang maha hebat.
Terus meruntun. Buatkan diri merindu.

Moga kau damai.
Moga kau diampunkan.
Moga kau dipimpin...
La tahzan adik-adik,
La tahzan..
Hanya dalam doa kudus.
Aku sampaikan.
Moga Allah perkenankan...

Semuanya pasti aku takkan lupakan.
Wallahua'alam.

Tuesday, March 22, 2011

Bukan yang terbaik.

Aku tak pernah faham dalam setiap perkara.
Setiap madah lara.
Setiap patah bicara.

Bukan yang terbaik.

Aku sering tak hiraukan hujan yang turun.
Sampai aku tak dengar rintik yang jatuh.

Bukan yang terbaik.

Arus pelangi yang deras pun tak pernah aku peduli.
Indah warnanya tak pernah aku fikirkan.
Jalur-jalur yang sungguh menawan itu tak pernah aku saksikan.

Bukan yang terbaik.

Hijau rumput di padang luas aku ketawa mengejek.
Terbahak-bahak kerna lucu dek nyaman dan damainya disitu.
Burung-burung berkicau ku tutup tellinga.
Pura-pura tak mendengar.

Bukan yang terbaik.

Apa tah lagi pada nyanyian dewa-dewi.
Apa yang ada?
Hanya alunan yang melalaikan.
Melodi yang indah.
Susunan kata yang menusuk kalbu.
Aku hanya kata itu hanya karut.

Bukan yang terbaik
Bukan yang terbaik.

Hm.
Aku takkan dengar jika aku tak mahu.
Aku takkan fikir semuanya jika aku tak pernah hayati dan nikmati.
Aku takkan bersyukur jika aku tak melihat semua itu.
Aku takkan bicara jika aku tak sukakannya.

Namun aku bukan yang terbaik.
Aku tak faham kadangkala.
Tapi aku faham apa yang berlaku itu ada dugaan dan seribu hikmahnya.
Aku faham tiap apa yang berlaku,
hanya untuk mereka yang mahu berfikir.

Hm.
Wallahua'alam.

Friday, March 18, 2011

Hujan.

Aku pasti hujan yang turun ini membawa rahmat.
Biarpun disebelah sana ditimpanya petaka.
Laut bergelora resah dan gelisah.
Kabut menutupi segala.

Badai tiga sekawan ganas menghempas pantai ;
Membawa kotoran dan daki lautan, dan dihenyakkan ke daratan.
Nyawa manusia dilayang-layangkan.
Membenam loji nuklear yang angkuh.
Meranap sekelian yang rapuh.
Mencampak takut dan kecut para diktator-diktator ; Kerana takut pada si radiasi.
Pasti akan menghantui puluhan tahun lagi.
Mengundang suram bandar-bandar neon; Yang kini terhad elektriknya.
Pasti kenangan Hiroshima-Nagasaki berputar kembali.

Aku pasti adanya tuhan yang maha Esa.
DiberiNYA hujan.
Hujungnya pelangi.
Kemudian matahari.
Redup pohon yang diciptaNYA.
Sungai yang pasti mengalir.
Tidur malam yang lena.
Rezeki petang yang dibawa pulang.

Aku pasti adanya tuhan yang maha Esa.
Otak ini masih ligat berfikir.
Lidah ini masih lagi basah dengan kalamullah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Hm.

Friday, March 11, 2011

Mohon.

Aku mohon.
Berikan aku sedikit kekuatan.
Agar dapat menjadi tauladan.
Biarpun diinjak lumat.

Hikmah yang hanya tunggu untuk dicari.

Hm.

Friday, March 4, 2011

Indah.

Pagi-pagi lagi aku sudah mulakan langkah. Keluar berbekalkan semangat namun dilimpahi dengan perasaan gundah yang tak sudah-sudah.
Mulanya Allah berikan ku rezeki. Sebab dalam dompet ada lagi RM15. Alhamdulillah. Boleh buat isi minyak kereta,

Langit belum pun cerah.
Namun, sekawan murai petah berkata-kata.
Mungkin kerana mentari malu nak tunjukkan sinarnya.
Atau mungkin, mendung sedang berarak dari sana.

Fikiranku jelas.
Walaupun berkecamuk dengan tugas yang rencam.
Sedang menghirup secawan nescafe panas yang harum, mengunyah kuew tiaw yang menyelerakan, aku selangi dengan mesej-mesej bahagia pada dia.

Dan dia membalasnya dengan indah.
Berderau darah, nafas tak teratur.
Senyuman tak lekang.
Semangat tiba-tiba kembali berperisai.
Sungguh indah.

Nescafe panas bukan lagi jadi minuman yang harum.
Kuew tiaw yang dikunyah bukan lagi menyelerakan.
Tapi perasaan ini,
sungguh indah.

Dan Allah turunkan hujan pagi ni tanda keberkatanNYA.
Alhamdulillah.
Sungguh indah.
Sungguh indah.