Tuesday, March 18, 2008

Belansungkawa.

Kematian itu bukan satu permulaan. Bahkan ianya pasti...

Al-fatihah.
Untuk arwah atuk Elle...kembali ke rahmatullah pagi tadi.
hm.

Sunday, March 16, 2008

Blues.

Pada ketika ini aku memikirkan 13 orang+33 orang yang lain.
Hm...

Menarik kadang-kadang.
Manusia ini sungguh unik. Seorang saja sudah cukup untuk aku mengkagumi kebesaran Allah. Insaf seketika bila terfikir tentang sunnahtullah. Asal kejadian manusia itu.

Bercerita tentang perasaan, tentang cinta, tentang satu simbolik mahakarya alunan dan runtunan sanubari sungguh mempesonakan. Namun ianya terlalu rigid. Ada satu susunan yang perlu diikut dan diatur.

Definisi bodoh = egois.
Definisi telus = sahabat.
Definisi marah = sayang.
Definisi ketawa = kosong.

Mahabbah ini harus dipupuk agar talinya sekeras tali yang memegang erat leher-leher lembu jantan sebelum ke gelanggang.

Terkumat-kamit membaca zikrullah sambil jari-jemari mengira butiran tasbih agar dilorongkan cahaya menerangi segenap kelopak hati yang tersembunyi. Tolonglah Ya Allah...ikatkanlah hati-hati ini....

Umpama cinta tembikai laici.
Umpama kasihnya nasi goreng daging merah.
Takkan boleh dipisahkan keduanya.
:-)

Maaf kawan.
Aku hanya pemerhati.
Boleh berkongsi.
Tapi maaf.
Bukan pemeri.

Sebahagiannya masih hilang.
Waktu kicau burung bagai melodi yang memulakan setiap yang hidup, aku menghirup udaranya, mata yang terbuka untuk jadi saksi gema alam.
Alhamdulillah.
Masih diberi peluang.
Terkadang lupa.
Alhamdulillah.
Masih lagi diberi peluang.

Berbunga lagikah hati itu?
Mekar dan harum lagi kah?
Jangan biarkan aku ucap kata itu lagi.
Tolong.
Halang aku.

Aduhh.
Kata maaf tak lagi berharga.
Aku tau, salah.
4-5.
Hm.

Aku tak patut cakap ni,
kalau lah masa itu boleh diputar,
kalaulahh...

Terima kasih kerana membaca kata-kata merapu ni.
Saya jujur.
Ini sebabnya saya menulis ini.
Jujur.
:-)

Monday, March 10, 2008

Untuk sebuah hati.

Untuk dia.
hanya jika dia membaca ini...

Bukankah dia yang terus membuka mata
tatkala mentari menjelma
Sedang aku terlena terulit mimpi nan panjang
dewa-dewi pun bersembunyi
dibalik ketawanya itu
lalu,
terbias cahaya masuk ke jendela
kosong yang tiada ertinya
dan di isi satu persatu makrifat tuhan
yang sesungguhnya,
ketenangan yang dicari,
rupanya ada di sisi...