Tuesday, December 28, 2010

Mesej terakhir.

Atikah hanya duduk dibirai katil menunggu.
Sudah banyak kali dia menelefon Fahmi. Namun tiada jawapan. Dia mulai risau. Mula berfikir yang bukan-bukan.

Lantas dia cepat-cepat beristighfar.
"Astaghfirullahh..Ya Allah selamatkan la dia" Doanya dalam hati.

Kenangan bersama satu persatu kembali menerawang. Dia masih teringat semasa ke Dubai bersama-sama. Senyuman tak pernah lekang dari wajahnya. Fahmi amat membahagiakannya. Kenangan ke Switzerland tidak kurang hebatnya. Haruman bunga-bungaan sentiasa mengiringi langkahnya.

Atikah tersengih-sengih sendirian. Dia lupa hatinya yang risau. Hilang fikiran yang bukan-bukan.

"Nasib baik takde sapa-sapa kat sini..kalau tak mesti aku kene cop gila" Katanya sendirian.

Namun, setelah jam berdenting pukul 11 malam, hatinya risau kembali. Dia cuba menelefon Fahmi lagi. Kali ni Fahmi berada diluar liputan. Tiap kali selesai menelefon, dia akan selangi dengan mesej ke handphone Fahmi.

Atikah masih setia menunggu.
Dia memegang perutnya.

"Sayangg..jangan risau.papa pulang sekejap lagi"
Kandungannya sudah masuk 3 bulan. Kali pertama dia dan Fahmi mendapat berita ini, girangnya bukan kepalang. Semacam mahu menghebahkan kepada seluruh penghuni dunia. Yang paling gembira ialah Fahmi. Dia takkan lupa tatkala Fahmi mengucup dahinya. Ada air jernih bertakung dimata Fahmi ketika itu. Dia percaya, ianya adalah demi sebuah kegembiraan.

Atikah tetap menunggu penuh setia.
Mengantuk tak dapat membunuh kesetiaannya.
Lapar tak mampu membendung kasihnya pada Fahmi.
Dia setia menunggu dirumah agam itu.
Atikah menelefon dan menghantar mesej lagi.

Di tingkat bawah, keadaan sunyi. Rumah yang baru didiami sejak 2 bulan yang lalu menyaksikan hanya dia dan Fahmi saja yang mendiaminya. 3 hari yang lepas, fahmi terpaksa ke Brunei atas urusan kerja dan tinggallah Atikah seorang. Atikah yakin Fahmi merinduinya seperti dia sekarang ini.

Jam menunjukkan jam 1 pagi. Kelibat kereta Fahmi tidak kelihatan apatah lagi deringan telefon yang ditunggui.

Atikah terdengar bunyi bising dibawah. Dia menyangka Fahmi.
Bergegas dia turun.

Dia cemas bila ada 3 sosok tubuh menuju ke arahnya. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri bila salah seorang dari mereka menangkap sebelah kakinya. Dia menendang tepat ke muka orang yang memegang kakinya. Dia terus berlari ke dalam bilik dan mengunci.

Dia berselawat.
Dia memohon doa.
Dia mencapai handphonenya dan mendail nombor Fahmi. Hanya nombor Fahmi yang ada dalam benakknya sekarang.

"Hello..abang..abang..tolong Ika!" Terus saja Atikah berkata selepas mendengar suara Fahmi.
Namun, pintu bilik dipecah. Atikah menjerit. Telefon terlepas dari tangan. 3 orang mengheretnya. Dari jauh kedengaran suara Fahmi memanggilnya dihujung corong. Atikah terus menjerit meminta tolong sebelum ditekup mulutnya oleh penjahat itu.

Fahmi berdebar-debar. Talian tidak dimatikan namun dia dapat mendengar jeritan Atikah.

"Abangg..tolong Ikaa..abangg!!"

Dia memecut laju. Dia menyesal tidak menghubungi Atikah lebih awal. Mahu memberi kejutan kononnya.

"Ya Allah..selamatkanlah keluargaku..selamatkanlah dia ya Allah!" Doanya. Airmatanya sudah berjuraian dan masih sempat menelefon polis dan memberitahu apa yang yang berlaku.

Mulutnya terkumat-kamit membaca doa. Memohon Allah selamatkan keluarganya. Dia teringat pada wajah Atikah, pada anaknya yang belum lahir. Mengenangkan jeritan Atikah tadi, dia terus memecut keretanya tanpa menghiraukan keselamatan dirinya. Baginya, Atikah dan anaknya adalah segalanya-galanya.

Di selekoh rumahnya, dia membelok tajam dan hampir saja melanggar kereta yang ada.Kereta polis dan ambulans sudah ada diperkarangan rumahnya. Lampu biru dan merah menerangi suasana pagi. Dia cepat-cepat mencari Atikah.

Nun, disudut sana, terkujur satu tubuh. Ditutup dengan sehelai kain.
Nafas Fahmi tersekat-sekat. Langkahnya longlai. Namun digagahkan menuju ke sudut itu.
Dia menyelak kain yang menutup tubuh itu..

"YA ALLAHH!!IKAA~~!!!YA ALLAHH~!!YA ALLAH!!YA ALLAH!" Begitulah raungan Fahmi memecah suasana. Seorang pegawai polis cuba menenangkannya. Fahmi masih memeluk jenazah Atikah yang berlumuran darah.

Cahaya lampu biru dan merah masih menerangi pagi itu. Fahmi terkunci mulut bila melihat jenazah Atikah dibawa masuk ke dalam ambulans. Matanya tak lekang dari memerhati situasi itu. Fikirannya berkecamuk. Matanya bengkak. Hatinya remuk redam. Fahmi menuruti saja ke dalam ambulans menemani jenazah Atikah ke hospital. Perjalanan itulah yang paling pendek dan singkat dalam hidupnya. Atikah telah dijemput Allah. Fahmi mengambil wudhu' dan tunaikan solat fardhu Subuh...menyedari betapa kerdilnya diri betapa agungnya kuasa Allah. Dia mulai redha..

Selesai urusan pengebumian jenazah Atikah, dia tak mahu duduk lama dirumah mertuanya. Dia terus balik. Belum pun sampai ke rumah, dia singgah ke sebuah pasaraya yang menemukan dia dan Atikah. Kenangan itu terbayang kembali. Orang ramai berpusu-pusu namun, dia tetap dalam dunianya.

Fahmi duduk dikerusi. Sedang orang ramai lalu-lalang memerhatinya. Fahmi tidak pedulikan.
Dia mengeluarkan handphonenya.
Ada 10 mesej yang belum dibaca.
Semuanya dari Atikah.
Air matanya mulai bergenang.

"Abang,assalamualaikum.Abang kat mana?Ika rindu la..anak kita pon rindu abang. abang bila sampai?nanti call Ika tau. Ni mesej terakhir dari Ika. Abang jaga diri abang tau. Jangan tinggal solat. Jangan makan megi banyak-banyak. Tak sehat. Jangan minum air gas. Jangan carik orang lain kecuali Ika dah takde..Hehe..Sorry abang, Ika mengarut pagi-pagi ni. Ika sayang abang dunia akhirat. Terima kasih sebab sudi jadi suami Ika. Abang perkara yang terbaik yang pernah jadi kat Ika. Sorry abang, Ika mengarut lagi..abang jangan lupa pesan Ika ok?Assalamualaikum.."

Mesej yang terakhir itu membuatnya menangis teresak-esak.
Burung-burung pun tidak berkicau, awan-gemawan berarak mendung. Seolah memahami.
Fahmi menghidupkan keretanya dan memecut balik. Sepanjang perjalanan dia tak lepas dari membaca al-fatihah. Sedekah buat Atikah dan anaknya..

Sesungguhnya, kepada Allah jua kita kembali.

Tuesday, December 14, 2010

Segalanya mungkin.

Pandangan ku pada dunia berubah bila menerima takdir Qada' dan Qadar tuhan.
Apa jua yang direncanaNYA.
Pasti ada cahaya dan bahagia dihujung pelangi.
Ianya adalah yang terbaik.

Sabar dan bertakwa lebih mulia
kan?

Monday, December 6, 2010

Bersama-sama berhijrah.

salam tahun baru 1432.

saya berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik disisi Allah.