Thursday, December 29, 2011

Manifestasi 11 tahun part 1

Aku ambil kira-kira 11 tahun untuk menulis ini. Harap-harap ianya menjadi pedoman buat aku, kalian dan anak cucuku kelak...

Pernah dengar bukan yang manusia itu belajar daripada kesilapan mereka sendiri. Malah berevolusi dengan kesilapan itu. Tiada siapa yang mahukan kesilapan. kalau boleh, semuanya lurus dan betul, tapi hidup ini tidak boleh seperti garisan yang lurus.

Peluang itu datang tiba-tiba dengan izin Allah.

Oh, satu jangka masa yang amat panjang untuk aku habiskan dan temui kebahagiaan. Kesabaran adalah kuncinya. Istiqamah adalah resipinya.

Dalam hidup aku ada 5 tahun yang tak 'terisi'. 'Kosong'.
Sampai ada yang mahu check kat PDRM, takut-takut aku ada rekod jenayah sepanjang tahun yang 'kosong' itu.
???
Haha.

Ingin aku kongsikan kat sini, yang kita ni selalu terlalu selesa.
Selalu terlalu selesa dalam ruang zon selesa kita.
Sampai peluang yang ada dibiarkan begitu saja.

Beringatlah,
Selalulah menghitung,
kerana peluang yang datang itu mungkin takkan datang lagi.

Ya,
kalian mungkin kata,
"Ada lagii Ben.."

Ya,
tapi bila?10 tahun?20 tahun?setelah kematian kalian?

This is what I learnt.
Not only from mistakes and experiences,
tetapi dari setiap apa yang di taa'kul dan di interprestasikan.

Benar kata Rasullullah,
memaafkan orang itu lebih baik.
Kerana itu akan mengajar kita supaya sentiasa ber Husnul Dzon dan lenyapkan dendam dalam hati.
Cubalah.
Itu langkah pertama anda untuk berjaya.

Sebuah wadah,
sebuah perjuangan yang tak berpenghujung kerana selagi nafas masih ada.

Aku harap kalian jangan sia-siakan hidup kalian kerana perkara yang tak penting.
Umur ini gunakan dengan sebaik-baiknya.
Percayalah,
umur kalian bukan hanya untuk bersuka ria dan mengharapkan keajaiban waktu tua kelak.

Enjoy masa muda?
Ya,
mungkin.
Apa pula bekalan waktu senja?waktu tua?Ilmu pengetahuan?Segulung ijazah?

Nanti-nantilah buat?
Persoalan aku,
adakah kalian tahu yang kalian sempat ke umur itu?
: )

Ini bukan nasihat dari seorang pakar motivasi,
Tapi ini nasihat dari seorang yang sudah puas bazirkan umur mudanya dengan perkara yang sia-sia.

Demi Allah,
aku tak mahu kalian menjadi seperti aku.
Hm.

Walau sejuta baris ayat aku ceritakan,
pun takkan sama dengan paradigma yang kalian anjakkan mulai saat ini.

Wallahua'alam

Bersambung.....

Tuesday, December 13, 2011

Si gergasi jepang 3.

Syukur.

Namun, aku tak risaukan sekiranya aku tak dapat itu.

Aku lebih risaukan sekiranya tidak diberkati Allah dan tak dipandang dengan pandangan rahmatNYA.

Nauzubillah.

Doakan aku.

Wallahua'alam.

Friday, December 9, 2011

Si gergasi jepang 2.

Syukur, Allah masih berikan aku rezeki yang luas.

Cuma aku sedikit gusar,
tentang keadaan aku sekarang ni..

Mintak moga dipermudahkan segalanya,
dalam urusan seharian.

Kalian pon doakan sama ya.

Walahua'alam.

Monday, December 5, 2011

Si gergasi Jepang.

Entah kenapa Allah tak berkehendakkan aku ke situ.
Mungkin ada yang lebih baik.

Mudah-mudahan.

Amin..

Hm.

Wallahua'alam.

Thursday, December 1, 2011

Biasa-biasa.

Sedang mendengar alunan Kalamulllah dari sheikh As-Sudais..


Sekiranya nakkan orang lain dalam diri ini,
aku tak boleh dan tak berdaya.

Sekiranya nakkan aku berjaya cepat,
aku tak boleh,
tapi sokong lah aku,
pasti aku akan berjaya.

Sekiranya nakkan kemewahan dari aku,
aku tak berdaya.
Masa aku belum tiba,
sedang membina dan membina.
Tapi dengan kesabaran dan keteguhan bersamaku,
pasti aku akan berjaya.

Sekiranya nakkan rupa paras yang menawan.
Aku bukan orangnya.
Itu saja.

Apa yang bodoh tentang aku ialah aku tak tau apa-apa,
sehinggalah diinjak-injak.
Terkadang lumat hancur.

Apa yang bodoh tentang aku ialah,
aku sentiasa berikan yang terbaik,
sentiasa berikan hati,
sehinggalah sering terduduk,
terkadang jatuh menyembah bumi.

Tiada apa yang istimewa tentang aku.
Aku tawarkan diri ini yang biasa-biasa.

Hanya minda dan fikiran ini,
yang sedikit luar biasa,
kerana aku hidup bukan untuk sekarang,
tapi untuk masa depan yang lebih penting.

Hanya jika nafasku masih dirongga
dan kau masih mau lagi bersamaku.

Wallahua'alam.

Thursday, November 24, 2011

Bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Aku serahkan semuanya padaMU ya Allah ya Rabb..


Moga kau kurniakan aku rezeki yang luas, urusan-urusanku dipermudahkan dan keredhaan dariMU..


Amin..


p/s-doakan aku ya.

Monday, November 21, 2011

Sebenarnya.

Bila langit turunkan hujan,
ia sebenarnya menangis takutkan Allah.

Air sungai mengalir,
ia sebenarnya turuti perintah Allah.
Sehingga temui sang lautan luas,
yang sentiasa menyerahkan diri kepada Allah ketika tenangnya,
mengamuk bila diperintahNYA.

Burung-burung yang berkicau,
mereka sebenarnya memuji keagungan Allah.

Matahari terbit dan terbenam,
bersinar gagah,
malam harinya menerangkan sang rembulan,
kerana ia tunduk dan berzikir kepada Allah.

Angin yang bertiup,
kencang atau tidak,
ribut atau taufan,
kerana ia bertasbih sambil bertiup,
makin kencang makin kuat tasbihnya,
sehingga ribut taufan,
menumpaskan apa yang ada dihadapan mereka,
hanya ingin menyaksikan pada kita,
bahawa Allah Maha Besar.

Gunung-ganang yang teguh,
bukit-bukau yang tinggi,
bukan kerana mereka angkuh,
tapi kerana mereka merendah diri, tetap dirinya, sujud dan redha menunggu saat mereka dihancurkan oleh Allah.

Pokok-pokok besar nun didalam hutan sana,
setiap tumbuhan yang ada,
mereka pun bertasbih,
menyerah kepada kudrat dan iradat Allah.

Seisi alam,
yang kita tahu dan tidak kita ketahui,
mereka semua persembahkan satu penyerahan agung kepada Sang Pencipta mereka.

Kerana mereka tahu,
siapa pencipta mereka dan,
mereka tidaklah kekal selamanya.

Aku bagaimana?

Kita bagaimana?

Wallahua'alam.

Friday, November 18, 2011

Lepaskan.


Dear En. Amir Hazrat,
We are pleased to invite you for an interview for the position Executive Training, Planning & Administration in our organization. 
The details are as follows: 
Date                : 18 November 2011 
Day                 : Friday
Time               : 3.00 p.m
Venue             : No 2, Persiaran Raja Muda 
                          Seksyen 15, 40200 
                          Shah Alam 

Tapi aku terpaksa lepaskan..
hm.

Moga-moga adalah hikmahnya tu.

Wallahua'alam.

p/s-sabar dan redha tu lebih mulia kan?hm.

Thursday, November 17, 2011

Hati.

Ia memerlukan seluruh hati bila nak buat sesuatu tu..
Baru puas hati, baru tenang, baru adil.

Seluruh pengorbanan tu tak bermakna kalau tiada hati. Semuanya yang diperhabiskan akan jadi tak berbaloi dek tiada hati didalamnya.

Wallahua'alam.

p/s-Sedang mendengar alunan ayat suci Al-Quran oleh Sheikh Sudais.Betul cakap sayang..demotivated.hm

Wednesday, November 16, 2011

Kenal.

Kawan: "Assalamualaikum..Amir kan?"

Aku: "Waalaikumsalam, ye saya..siapa eh?"

Kawan: "Amir..Seksyen 18 Shah Alam kan?"

Aku: "Haah..betul la tu..siapa eh?Sori tak ingat"

Kawan: "Kau tak ingat kot..Hafiz" (sambil hulur tangan nak berjabat)

Amir: "Sekolah 18 jugak dulu?" (dan menyambut jabat tangannya)

Kawan: "Tapi sampai form 3 je..lepas tu pindah sekolah teknik"

Amir: "Batch sapa eh?"

Kawan: "Aku pon tak ingat..haha..yang aku ingat Farid Omardin, Fahd Muzaid, Khairel, Daus Jumaah, ada lagi beberapa budak-budak arab yang aku ingat..yang lain lost contact"

Amir: "Ish lama dahh..camne leh cam aku?"

Kawan: "Sapa tak ingat kau..pengawas..ketua pengawas pulak..tapi dulu pakai songkok je selalu"

Amir: (Tersipu-sipu)

Kawan: "Eh..ok.kene gerak dlu..calling-caling eh..keep in touch!"

Amir: "Ok..ok..jumpa lagi"

Kawan: Berlalu pergi

Amir: Terpaku senyum sendiri

Haha..
tiba-tiba kenangan waktu sekolah menggamit.
Indah.

Wallahua'alam.

Wednesday, November 9, 2011

Syukur 2011

Tak terlepas walau satu detik pon aku tak bersyukur atas semua ini.
Yang baik mahupun buruk..

Yang baik mengatasi semua keburukan itu,
sangkaanku hanya baik-baik belaka.
Jika ditetapkan esok aku tiada,
aku tetap bersyukur dan redha,
kerana semuanya sudah diberi..

Tak pula aku mintak yang bukan-bukan.
Sikit je.
Yang penting-penting je.
Rezeki,
pekerjaan,
sihat tubuh badan,
keluarga,
mak ayah,
cinta,
jodoh,
umat islam seluruhnya.

Tu je.

Yang paling penting,
keredhaan Yang Maha Esa.

Aku bukan orang yang terlewat,
biarpun dipertengahan usia aku baru bermula,
namun,
aku bersyukur kerana perasaan, hati dan minda ini,
sangat lain berbanding dulu.
Seolah orang yang baru.
Alhamdulillah.
Moga DIA ampunkn dosa-dosaku yang telah lalu.

Syukur,
pada tiap apa yang sudah tertulis,
apa jua yang telah direncana diLuh Mahfuz sana,
syukur alhamdulillah.

Syukur,
pada arus pelangi yang deras dalam hatiku,
tak pernah pudar.
Walau air mata yang tumpah,
pun tak dapat mengikis warna terangnya.

Syukur,
alhamdulillah,
segala pujian hanya untukMU..

Wallahua'alam.

Friday, November 4, 2011

Kadang-kadang.

Kadang-kadang,
kata hati lebih kuat dari akal fikiran,
jadi buat semuanya membabi-buta.
kadang-kadang tak jadi apa pun,
hanya membazir.

Kadang-kadang,
hati tak tenteram seolah hilang sesuatu,
asyik bermadah bersyair lara,
mengeluh-ngeluh,
berpeluh-peluh.

Kadang-kadang,
mata tak terpejam,
asyik berfikir yang bukan-bukan,
mengelamun ke hujung dunia,
terasing dalam dunia sendiri.

Kadang-kadang,
kita tak sedar tentang apa yang kita ada,
sampai pekakkan telinga, butakan mata,
kadang-kadang menyesal pula.

Kadang-kadang,
tanpa perkataan pun boleh menyakitkan hati,
pun boleh menghiris-hiris,
pun boleh berdarah

Kadang-kadang
kita terlupa,
eh,
tidak.
Kita sering kali terlupa,
bagaimana?
kenapa?
untuk apa?
nikmat-nikmat ini semua.
Alih-alih sudah ada,
udara yang dihirup,
nyawa yang masih ditempatnya,
rezeki dikaut,
bicara yang santun,
mereka yang tersayang,
semuanya.

Kadang-kadang,
akal yang ada,
harus dimanipulasikan,
mata yang ada,
harus dibasahkan dengan tangisan,
lidah yang ada harus senantiasa memuji.

Kadang-kadang,
kita patut kembali ke akar kita kan?
Supaya lebih tahu,
apa yang retak, apa yang rosak,
kan?

Wallahua'alam.

p/s-selalu-selalu, banyak-banyak, jarang-jarang, kadang-kadang...

Monday, October 31, 2011

Dalam fikiran.

Oh bestnya kerja yang bagus,
gaji lumayan.

Indahnya rumah besar,
ada orang gaji,
kereta baharu,
punyai laman sendiri,
senang bercucuk tanam,
menyiram pokok-pokok bunga.

Senangnya hati,
tiada hutang piutang,
semuanya telah dilangsaikan.


Syukur,
melihat anak-anak taat,soleh berbakti kepada Allah dan ibubapanya.


Subhanallah,
dilimpahi rezeki,dapatlah membuat sedikit kebajikan,
membaiki surau uzur,
menjamu fakir miskin,
mengusap ubun-ubun anak yatim.


Allah huakbar!
dapat berbakti kepada mak ayah,
dapat mereka berehat tak payah buat apa-apa kerja,
hanya tumpukan amal ibadat dan cucu-cucu.


Terima kasih sayang,
untuk isteri tercinta,
yang taat dan solehah,
bersyukur dikurniakan kamu..

Namun,
semuanya hanya berlegar dalam fikiran ini,
ternyata,
DIA yang maha menentu segala,
kerana DIA maha tahu apa yang terbaik..

Mohonlah,
moga-moga dimakbulkanNYA.
 
Aku terus memohon,
walau tak layak, namun
aku harap aku masih layak untuk secebis kasihMU
hanya secebis kasihMU,
wahai Yang Maha Pengasih.
wahai Yang Maha Penentu segala..

Amin..ya rabbal a'lamin.

Wallahua'alam.

Monday, October 24, 2011

Bangkit.

Aku telah menulis ini untuk seseorang yang istimewa. Aku ingin berkongsi dengan kalian, cuma isinya telah aku edit sedikit dan aku tak tahu kalau-kalau apa yang aku tulis ni dapat menenangkan kalian...tapi aku harap ianya terkesan kat kalian..inshaAllah.

Kalau pun kamu ni gagal dalam apa jua ujian,
tu tak bermakna kamu orang yang gagal..

Kalau pun kamu gagal dalam apa jua ujian,
setelah kuat berusaha,
tu tak bermakna Allah tak sayangkan kamu..
Malah dia sayangkan kamu,
DIA tahu apa yang terbaik untuk kamu..
Jadi, kamu kena kuat dan tabah,
jangan hilang kepercayaan pada DIA,
kuatkan iman..

Kadang-kadang, DIA datangkan pada kita seribu kegagalan,
supaya kita belajar bangkit dari kegagalan itu dan menemui seribu kejayaan..
supaya kita belajar bagaimana mahu bersyukur atas setiap kurniaanNYA.

Aku fikir, kamu lebih beruntung,
kerana diujiNYA..
Kamu diuji dengan macam-macam dugaan,
kerja,
keluarga,
duit,
impian,
pelajaran,
dan macam-macam lagi..

Jangan fikir ianya masalah,
walaupun ianya memang masalah.
Tapi fikirlah ianya adalah satu ujian yang Allah turunkan pada mereka yang layak dan istimewa sahaja.
Ingat tak Rasullullah SAW masa baginda mula-mula nak sebarkan Islam?
macam-macam dugaan yang baginda hadapi kan?
Malah lebih teruk dari apa yang kita pernah rasa..

Tapi,
lihat saja sekarang,
Islam berkembang.

Memang kita tak sama macam Rasullullah SAW,
baginda maksum.
Kekasih Allah..

Tapi,
baik kita tiru keperibadian baginda.
Sabar dan takwa adalah kuncinya.
Baginda tak mengeluh.
Malah berusaha dan bertawakkal kepada Allah..

Jangan mudah mengalah,
ianya bukan untuk org Islam..
ambillah sebanyak pengajaran yang boleh.

Kamu boleh kata aku tak faham,
takpelah,
mungkin memang aku tak faham..
Tapi aku faham satu perkara,
Allah sentiasa ada.
DIA Maha Besar.
DIA Maha Bijaksana.
DIA Maha Mengetahui.

Sentiasalah berdoa,
jangan putus doa.
Istiqamah.
Allah tutup satu pintu,
banyak pintu lain Allah akan buka,InshaAllah..
Kamu hanya perlu mintak..
DIA kan Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Jangan lupa tu..

Qada' dan Qadar Allah dah tentukan..
Sekali lagi aku katakan..
Pasti ada hikmahnya..
Sabar dan takwa adalah kuncinya.

Teruslah percaya,
jangan mengalah.
Bangkitlah,
bukan jatuhan itu menjadi ukuran kejayaan,
tapi bagaimana kita bangkit dan habiskan perlumbaan ini..
InshaAllah..
Allah pasti mudahkan..


Wallahua'alam.

Thursday, October 20, 2011

when stranger feel like family.

We are family after all..

Perjalanan untuk jadi matang ialah satu perjalanan yang indah namun berliku-liku.

Ada masanya kita bertindak dengan perkara yang paling bodoh tapi merasakan ianya yang paling bijak.

Ada masanya kita terikat dengan perkara yang remeh.

Ada masanya kita memberontak tak tentu pasal.

Tak bersetuju akan beberapa perkara.

Menangis mengongoi.

Merajuk mencebik.

Diam. Muncung.

Berkurung berhari-hari.

Ponteng sekolah atau kuliah atau kerja

Tapi,
itulah perjalanannya,
itulah liku-likunya,

ambillah,
laluilah,
ikut suka..

Orang kata pengalaman itu mematangkan.

Cuma,
awas.

Akan perkara-perkara yang bodoh itu

Akan perkara-perkara yang remeh

Akan pemberontakan yang dibuat

Semuanya akan mematangkan, betul.

Percaya ini,
jalan yang akan kamu ambil menentukan masa depan yang dibelakangnya ada harapan dan impian,
lebih-lebih lagi dari ayah bonda.

Cepat-cepatlah terngadah.
Jangan dilayan semua.
Letakkan fikiran dalamnya.

Bila jatuh,
tolong bangun,

Bila sedih,
tolong senyum

Bila menangis,
cepat-cepat kesat.

Bila gelap,
carilah cahaya hakiki.

Bila sesat,
bertelekulah dihamparan sejadah.

Jangan biarkan perkara remeh menganggumu lagi.
Pasti kamu akan jadi lebih matang,
kali ni dengan akal dan fikiran yang jelas.

Wallahua'alam.

Wednesday, October 12, 2011

12 Jumaat.

Menghitung hari-hari yang berlalu..

Kadang-kadang, kita kena buat keputusan yang berat untuk tentukan segalanya.
Entahkan betul,
entahkan tidak..

Cuma aku tak mahu buat keputusan yang salah lagi.
Pengalaman mengajar..

Wallahua'alam.

Wednesday, September 28, 2011

13 Jumaat.

Bila angin menggerakkan dan menerbangkan lipatan origamiku,
aku harap satu sampai kepada dia..

Wallahua'alam.

Tuesday, September 27, 2011

Tiang.


Solat itu tiang agama.
Barang siapa yang solat maka dia menegakkan agamanya,
barangsiapa yang tak solat maka dia meruntuhkan agamanya sendiri..

Oh,
aku bukan baik sangat,
namun solat adalah keutamaanku.

Aku hanya memendam kebencian bila saudara-saudaraku malah darah dagingku sendiri sambil lewa menegakkan amanah Allah ini.

hm.

Setiap hari aku berdoa moga dibukakan jalan diberikan hidayah kepada mereka.

Amin.

Aku berkata pada diri sendiri jugak.

Wallahua'alam.


Wednesday, September 21, 2011

Tenang.

Hari cerah,
tapi mendung pulak  yang kunjung tiba, tak terduga.

Oh.
Aku terima semuanya.
I'll take it all.

Kerana iman dan keyakinan aku hanya padaNYA,
bila seluruh dunia meninggalkanku,
DIA tak pernah tinggalkanku walau sesaat.

and for that I'm so grateful.

Alhamdulillah.

DIA yang bukakan jalan ini,
DIA jugalah maha berhak menutupnya kembali.
DIA yang berikan aku,
Demi Allah, DIA maha berhak mengambilnya semula.

Aku harap punyai kekuatan dan kebahagiaan lagi,
kali ini lebih lagi.
dari awal mataku dicelikkan,
sehinggalah sampai mata ini terpejam rapat.

Wallahua'alam.

Friday, September 16, 2011

16 Jumaat 1.2

Tinggal 14 Jumaat.

Minggu ni hectic gila.
Ke hulu ke hilir..

Moga ada kekuatan dan hikmah dan semuanya..

Doakan aku ya.

Wallahua'lam.

Wednesday, September 14, 2011

16 Jumaat.

Tinggal lagi 15 Jumaat untuk aku menghabiskan segala-galanya.
Banyak yang aku dapat.

Moga Allah beri kekuatan dan ketenangan untuk hadapi semuanya.

Wallahu'alam.

Sunday, September 11, 2011

September Sorg.

Ingat lagi tak kau september pada aku?

tiap kali kau hadir, aku pasti menangis.
bukan kerana aku gembira kau ada.

Kenapa?
Hm.

Persoalan yang tiada jawapannya.

SubhanaAllah..
Allahu akbar..

Laailahaillah anta
Subhanaka
Inni kuntuminadzalimin..

Begitulah gema rintihan hatiku pada Allah nan satu.
Permudahkan ya Allah.
Ianya tak mudah bagiku..

Panjangkan kebahagiaan ku ini ya Allah,
kali ini ya Allah,kekalkan ia.
amin.

hm.

Tuesday, September 6, 2011

Satu anjakan.

Mungkin aku akan lebih selesa menulis jika meja baru dah pasang...di rumah baru...di bilik baru..
Permulaan hidupku dimulakan dengan keluh-kesah dan helaan nafas.

Selang hari dan tahun,
semester pun berganti,
hati yang luka pon tlah terawat,

Aku tiba di satu pusingan roda dalam hidupku.
Entah di atas
Entah di bawah,
apa saja aku redha dengan ketentuan

Aku tak harus mengamuk tak tentu pasal dengan apa yang dikurniakanNYA.
Untuk apa?
Banyak salah aku padaNYA..
layakla terima apa jua hukuman.

Hati yang ada dalam hatiku,
amat bermakna,
dia sumber kekuatan
dia sumber inspirasi..
Harap dia percaya
Harap dia setia.

Anjakan ku ini ialah manifestasi seluruh hidupku,
hidupku yang terputus-putus,
atas kesilapanku sendiri ianya terputus.

Seluruh nafasku aku hela dengan satu helaan,
namun tak boleh lagi menarik nafas lega,
kerna ada kerja yang belum selesai.

Tunggu saja.
Ada anjakan lagi lepas ni.

Wallahua'lam.

Friday, August 19, 2011

satu hari.

menelan semua larikma...

perjalanannya umpama dari sini ke hujung dunia.
takut dan debarannya memuncak bila hampir-hampir disitu.

Aku tak mahu lagi berada disitu sekali lagi.
Ya Allah,
jangan ambil dia lagi.
ia bagai hirisan pisau dalam hati.
benarkan walau sekejap,
benarkan aku bahagiakan dia,
sekejap je wahai Tuhanku.
sampai aku kembali padaMU.
Kasihani aku wahai Tuhanku..

Hm.

Wallahua'alam.

Friday, August 5, 2011

Bahagia.

Tertidur dalam tangisan.
haha..

Definisi bahagia aku:
Mungkin Allah nak aku ketawa dan bahagia
kerna itu Dia letakkan sedikit kegembiraan dalam diri
walau terpaksa menelan pahit
aku tetap gembira dan tersenyum bahagia..

Bila semua perkara yang tak kena itu menjadi.
haha.

Wallahua'alam.

Ramadhan.

Aku mengharapkan dapat bertemu malammu
dapatlah aku melayari berkah dan keampunan
tatkala bulan bintang tersusun indah
bagai lorekan separuh alam

Tangisan teresak-esak
terngongoi seperti budak-budak
sejadah yang terhampar
dahi yang tegar
lidah yang basah
ingatanku berpusat
hanya pada yang satu

Doaku padamu
moga doaku kau angkat setinggi petala langit
diraup pada sayap malaikatmu
berselerakan pada tiap gugusan bintang-bintang
moga-moga

Kau berikan senyum pada rautku
Kau berikan bahagia dalam setiap lipatan hatiku
Kau berikan dia padaku
Satukan Ya Mutakabbir
perindahkan Ya Aziz
peliharakan Ya Jabbar

Pancarkan ke dalam hati
rahsia disebalik rahsia
cahaya di atas cahaya
terimalah ramadhanku kali ini
andai aku tidak dapat bertemu ramadhan akan datang lagi..

Wallahua'alam

Saturday, July 30, 2011

1st Ramadhan.

Ramadhan pertamaku sejak segala-galanya bermula kembali.

Syukur.
alhamdulillah.

Wahai penguasa alam.
Yang punyai bulan mubarak ini,
jagai kami.

amin.
ya rabal 'alaminn.

Wallahua'alam.

Thursday, July 28, 2011

Hello.

Saya nak serius dengan awak..

Betul ke?!Saya sukaa..

Betul?Tapi..ada perkara yang saya harus beritahu dulu..hm..

Oh.Apa dia?Awak tak hensem?Saya tak kesah dengan semua tu..yang penting awak baik..ikhlas..

Oh..ye ke..terima kasih.

Apa dia yang awak nak beritahu tu?

Oh.Hm..saya belum bekerja..

......oh.....hm..eh..sorila..saya call awak nanti ya...

Klik!

Haha.

Monday, July 25, 2011

Tanya sama pokok.

Terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog aku dan membaca semua entri-entrinya.
Moga beri manfaat dan membuka minda dan hati.
Moga aku jujur dalam menulis.


Kelmarin aku ke rumah nenek di Petaling Jaya.
Umur nenek hampir menjangkau 90 tahun.
namun ingatan dan kesehatannya alhamdulillah masih tiptop walau mak aku selalu sruh aku cakap kuat sikit bila bercakap dengan nenek.
nenek masih ingat sorang-sorang cucu beliau yang hampir 30 orang.
2 orang cicit.

rahsia?
mudah.
aku selalu tengok nenek solat bila masuk waktu solat dan mengaji pada selepas subuh dan maghrib.
even, arwah atuk selalu mengejutkan aku dari tidur dengan bacaan Al-Quran pada subuh hari.
Arwah masih ingat nama cucu-cucu, anak-anak walau mata kabur.
Dia masih ingat sampai nafasnya yang akhir.
Arwah atuk lahir pada 1919.

Moga Allah memberi kesehatan pada nenek dan menempatkan atuk dikalangan orang-orang yang Soleh.

Turning Point

Aku rasa aku akan berjumpa satu turning point dalam hidup aku. Roe sahabat baikku mungkin dah jumpa.
Kerna aku sudah ada sebab.
Sebab untuk terus berjuang.

Moga Allah permudahkan semuanya.

Aku pon tak tau kenapa entri ni bernama 'tanya sama pokok'.
Mungkin aku suka lagu tu.
haha.

Wallahua'alam.

Thursday, July 14, 2011

Kisah si rahib dan si penunggang kuda 2.0



Minta pada semilir angin yang bertiup,
jangan diterbangkan risalah ini,
biar dulu.
Biar kering dakwatnya..


Mungkin aku dah terlewat nak merasai ini,
atau mungkin aku dah pun merasai ini tanpa mengetahui.

Aku pernah mengingat wajah
menyebut nama.
Kalau tak ingat nama, ingat muka pun jadilah.
Aku sedar betapa perit dan sukarnya nak menjaga sebuah keutuhan ukhwah itu.

Membinanya mungkin mudah,
tapi meruntuhkannya apa tah lagi.

Aku masih teringat perbincangan di balkoni kolej,
gelak ketawa,
semua luka yang tertusuk,
kisah si rahib dan si penunggang kuda,
pulang lewat pagi
sekalian akal yang buntu,
nasihat-nasihat berguna,
potensi manusia..

Banyak.
Tak terungkai.

Aku bersyukur kerna rahmat dan hikmah tuhan tu maha luas.
Aku belajar menerima hidup ini sebagai satu wadah dan wacana untuk kehidupan akhirat.
Aku belajar tentang sebuah ukhwah,
tentang keakraban sahabat,
tentang pencarian ilmu yang tak harus dinoktahkan..

Hm.

Aduhai,
aku bimbang sebenarnya,
satu kesinambungan yang tak pasti,
pelestarian yang terumbang-ambing tak terjaga.

Hm.

Malam-malam yang sepatutnya hadir dengan sejuta bintang-bintang,
namun ia hadir dengan resah gelisah yang tak berkesudahan.
Moga mereka bangkit menyedarinya.
Jalannya masih berliku dihadapan..

Bagi aku,
aku tak menyesal.
Kerna jalan ini ku pilih.
Belum lagi api yang ternyala ini dapat dipadamkan.
Tak tergoyah pun akar yang berumbi.
Fikrahku masih sama.

Tak penat?
Tak.
Kenapa?
Kenapa harus penat sedangkan jalan ini yang dipilih.
Sekalipun tak dapat menyebarkan risalah-risalah agung dengan mantap,
cukuplah mengajak kepada kebenaran,
mengagungkan ciptaan tuhan dengan mengenali potensi diri.
Itu yang aku ajarkan,
sebab itu yang aku belajar.

Hm.

Aku menyebut dan mengingati wajah dan nama mereka sekali lagi.
Kali ni yang lain.
Tapi rasa dan perasaannya masih sama.
Aku buat sorang-sorang.
Sebab dah aku katakan tadi,
aku pilih jalan ini...

Aku berniat semua kerna Allah.

Wallahua'alam.

Wednesday, June 29, 2011

Misteri asrama.

Bahagian Lima: Musa

http://misteriasrama.blogspot.com

Mohon.

Aku berlindung dari sifat dan kelakuan yang melalaikan serta dosa..

Sunday, June 26, 2011

Sekali lagi.

Sekali lagi hati berdebar-debar. Tapi jantung tak berdegup kencang pon.
Bukan kerana girang gembira,
tapi kerana risau.
Hm.

Debaran ini boleh membunuhku sedang ia pernah membunuhku.
Senyuman yang terukir semuanya palsu.
Hanya ingin menyedapkan hati yang berdebar.

Hm.
Entahlah.
Kalau memuncak debaran ini sekalipun buat kesekian kalinya.
Moga aku redha.Kuat dan sabar menghadapinya.
Sekali lagi.

Hm.
Allah Maha Tahu.

Thursday, June 2, 2011

Maruah dan Kehormatan diri.

Semua orang ada maruah.

Ustaz aku penah kate,
"maruah kita ni, senipis kulit bawang"

Katanye lagi,
"nafsu yang ada dalam diri ni tak mudah macam nak kawal stereng kete"

Pokok pangkal,
suma berbalik dalam diri.
Takdir tak boleh disalahkan bila semua itu dah memakan diri.

Aku bimbang,
sebab remaja sekarang ni hilang maruah dan kehormatan diri.(bukan semua)
Lebih bimbang,
ianya menjadi kebanggaan pulak.

Hm.

Sudah akhir zaman.
Tanda-tanda kiamat dah pon kelihatan.

Inikah bentuk generasi yang akan memimpin negara, bangsa dan agama?

Hm.

Mintak dijauhkan,
dari terjadi pada anak-anak cucu dan keturunanku.
Aminn..

Siapapun yang membaca ini,
revolusikan minda dan fikirkan dalam-dalam bersama iman.

Orang-orang muda.
Letakkan masjid dihati,
daripada shopping mall, wayang, karaoke dan sebagainya.

Hm.
Wallahua'lam.

p/s-Al-fatihah buat sahabat tersayang allahyarham ayie sohaimi yang telah kembali ke rahmatullah pada 31/5/2011.Moga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang2 soleh.amin.

Wednesday, June 1, 2011

tabah.

Tenanglah hati.
Tabahlah diri.

Biarpun hujan turun,
namun pelangi kan tetap menjelma.

Tenanglah hati..
Tabahlah diri..

Hm.

Monday, May 23, 2011

Perkara yang berulang.

Bukan tak faham.
cuma takut.
Tak dapat nak hilangkan ketakutan ini.

Ianya kusut.
Bila terjadi,
semua serba-tak kena.

Jangan ditanya kenapa takut.
Ianya bermula lama dahulu.
Masih terbenam dalam lipatan memori.
Takkan hilang.
Sampai nafas terhenti,
mata terpejam rapat.

Tak dapat berfikir dengan baik.
semuanya kerana perkara itu.
Jahat sungguh perkara yang berulang itu..

Moga Allah lupakan aku bagaimana untuk mengingatinya..

Redha dan sabar itu lebih muliakan?
hm.

Wallahua'lam.

Thursday, May 19, 2011

Spearheads.

Kamu dipilih bukan hanya kerana berapa dan betapa banyak yang telah kamu lalui,
tapi juga kerana siapa kamu dan uniknya kamu..

Jalan ini bukan disuruh-suruh,
bukan pula dipinta-pinta,
hanya kamu yang tahu mengapa, kenapa..

Aku harapkan kamu berfikir,
bukan terus menilai,
cari kekuatan itu, jejaki kecenderungan kamu,
kerna ia tak menjanjikan apa-apa pun..

Api yang ada jangan dipadam,
cahaya yang ternyala jangan dimalap,
ghairah ilmu yang meluap-luap jangan disekat,
cinta yang datang janganlah dibunuh..

Moga kamu terus menjadi pohon yang berakar,
yang memberi redup teduh,
walau ribut taufan,
kamu terus utuh menunggu pelangi.

Siapa jua kamu yang membaca ini,
Siapa jua yang membaca ini,
jika terkena,
kena lah..
Jalan ini masih panjang dan berliku..

Untuk semua spearheads ku.

Monday, April 4, 2011

Taman itu.

Kemuncup yang masih lagi melekat di kaki seluar..

Matahari yang sama,
bulan dan bintang yang sama,
sejuk semilir angin yang sama,
udara yang dihirup pon sama..

Taman itu lain.

Saujananya lain.

Zouknya lain.

Hati gentar tiap kali memuji tuhan rabul A'lamin.

Mata yang sentiasa menangis.

Takut sentiasa.
Syukur sentiasa.
Tenang selalu.

Bila terdengar alunan zikirullah.
Memuji nama tuhan.
Cahaya datang dari segenap sudut hati.
Fikiran terbuka luas sampai terima hidayah.

Wajah-wajah itu.
Antara dosa dan penyesalan yang maha hebat.
Terus meruntun. Buatkan diri merindu.

Moga kau damai.
Moga kau diampunkan.
Moga kau dipimpin...
La tahzan adik-adik,
La tahzan..
Hanya dalam doa kudus.
Aku sampaikan.
Moga Allah perkenankan...

Semuanya pasti aku takkan lupakan.
Wallahua'alam.

Tuesday, March 22, 2011

Bukan yang terbaik.

Aku tak pernah faham dalam setiap perkara.
Setiap madah lara.
Setiap patah bicara.

Bukan yang terbaik.

Aku sering tak hiraukan hujan yang turun.
Sampai aku tak dengar rintik yang jatuh.

Bukan yang terbaik.

Arus pelangi yang deras pun tak pernah aku peduli.
Indah warnanya tak pernah aku fikirkan.
Jalur-jalur yang sungguh menawan itu tak pernah aku saksikan.

Bukan yang terbaik.

Hijau rumput di padang luas aku ketawa mengejek.
Terbahak-bahak kerna lucu dek nyaman dan damainya disitu.
Burung-burung berkicau ku tutup tellinga.
Pura-pura tak mendengar.

Bukan yang terbaik.

Apa tah lagi pada nyanyian dewa-dewi.
Apa yang ada?
Hanya alunan yang melalaikan.
Melodi yang indah.
Susunan kata yang menusuk kalbu.
Aku hanya kata itu hanya karut.

Bukan yang terbaik
Bukan yang terbaik.

Hm.
Aku takkan dengar jika aku tak mahu.
Aku takkan fikir semuanya jika aku tak pernah hayati dan nikmati.
Aku takkan bersyukur jika aku tak melihat semua itu.
Aku takkan bicara jika aku tak sukakannya.

Namun aku bukan yang terbaik.
Aku tak faham kadangkala.
Tapi aku faham apa yang berlaku itu ada dugaan dan seribu hikmahnya.
Aku faham tiap apa yang berlaku,
hanya untuk mereka yang mahu berfikir.

Hm.
Wallahua'alam.

Friday, March 18, 2011

Hujan.

Aku pasti hujan yang turun ini membawa rahmat.
Biarpun disebelah sana ditimpanya petaka.
Laut bergelora resah dan gelisah.
Kabut menutupi segala.

Badai tiga sekawan ganas menghempas pantai ;
Membawa kotoran dan daki lautan, dan dihenyakkan ke daratan.
Nyawa manusia dilayang-layangkan.
Membenam loji nuklear yang angkuh.
Meranap sekelian yang rapuh.
Mencampak takut dan kecut para diktator-diktator ; Kerana takut pada si radiasi.
Pasti akan menghantui puluhan tahun lagi.
Mengundang suram bandar-bandar neon; Yang kini terhad elektriknya.
Pasti kenangan Hiroshima-Nagasaki berputar kembali.

Aku pasti adanya tuhan yang maha Esa.
DiberiNYA hujan.
Hujungnya pelangi.
Kemudian matahari.
Redup pohon yang diciptaNYA.
Sungai yang pasti mengalir.
Tidur malam yang lena.
Rezeki petang yang dibawa pulang.

Aku pasti adanya tuhan yang maha Esa.
Otak ini masih ligat berfikir.
Lidah ini masih lagi basah dengan kalamullah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Hm.

Friday, March 11, 2011

Mohon.

Aku mohon.
Berikan aku sedikit kekuatan.
Agar dapat menjadi tauladan.
Biarpun diinjak lumat.

Hikmah yang hanya tunggu untuk dicari.

Hm.

Friday, March 4, 2011

Indah.

Pagi-pagi lagi aku sudah mulakan langkah. Keluar berbekalkan semangat namun dilimpahi dengan perasaan gundah yang tak sudah-sudah.
Mulanya Allah berikan ku rezeki. Sebab dalam dompet ada lagi RM15. Alhamdulillah. Boleh buat isi minyak kereta,

Langit belum pun cerah.
Namun, sekawan murai petah berkata-kata.
Mungkin kerana mentari malu nak tunjukkan sinarnya.
Atau mungkin, mendung sedang berarak dari sana.

Fikiranku jelas.
Walaupun berkecamuk dengan tugas yang rencam.
Sedang menghirup secawan nescafe panas yang harum, mengunyah kuew tiaw yang menyelerakan, aku selangi dengan mesej-mesej bahagia pada dia.

Dan dia membalasnya dengan indah.
Berderau darah, nafas tak teratur.
Senyuman tak lekang.
Semangat tiba-tiba kembali berperisai.
Sungguh indah.

Nescafe panas bukan lagi jadi minuman yang harum.
Kuew tiaw yang dikunyah bukan lagi menyelerakan.
Tapi perasaan ini,
sungguh indah.

Dan Allah turunkan hujan pagi ni tanda keberkatanNYA.
Alhamdulillah.
Sungguh indah.
Sungguh indah.

Wednesday, February 23, 2011

Terlalu aku.

Hati ku yang gundah.
Hanya sujud dan berteleku dihampar sejadah.
Mohon mintak ditenangkan gundah ini...

Aku pun bukannya sesiapa.
Hendak menawan hatimu,
tak terjangkau akalku.

Namun, hati ini telah bertaut.
telah bertaut..

Seindah taman syurgawi.
Terkesima pemandangan yang memukau.
Asyik dengan alunan yang memuji Ar-Rahman...

Aku pun bukannya sesiapa.
Tak mampu mengubah apa yang tertulis di Luh Mahfuz sana..

Kerna diri ini terlalu sayang,
terlalu sayang..

Percaya denganku,
untuk aku yakini adanya semua ini,
Percaya.
Percaya.
percaya padaku.

Namun,
aku pun bukannya sesiapa.
Tak mampu mengubah hatimu..

Aku berikan hatiku padamu,
padamu..

Sunday, February 13, 2011

Burung Origami 29.

Jangan benarkan aku laluinya lagi wahai tuhan.

Aku tak mengerti sampai saat ini pun,
burung origami yang ku lipat,
tak pernah sampai ke tapak tangannya.
Sudah beribu ku terbangkan.
Satu pun tak sudi singgah.
Jelek kah?

Aku akui ianya tidak sempurna.
Atau mungkin tidak layak singgah kepadamu.
Kali ini entah apa pula.
Samaada lencun dek hujan?
hancur di bawah tapak kaki?
Lumat digenggaman?

Wahai tuhan.
Kuatkan hatiku.

Biar aku duduk disudut sana.
Memikirkan apa salah dan lakuku.

Janganlah menangis wahai diri.
Tolong kuat.

Aku tak sempurna.
Tapi aku tak pernah lupa janjiku.
Percayalah.
Ianya cukup indah.
Hanya sabar denganku.

Aku terus melipat kertas-kertas.
Terus menjadi burung origami.
Biarpun dia tak sudi.
Aku terus menerbangkannya.
Sampai saat dia terima seikhlas hati.

Wallahua'alam.

Tuesday, January 25, 2011

Cinta Skemaku.

Bila aku sedih. Dia ada.
Bila aku gembira. Dia ada.
Bila aku jadi gila kerna fyp. Dia tetap ada.

Tak mintak yang bukan-bukan.
Hanya percaya padaku.
Tak harap yang bukan-bukan.
Cuma harap dia ada bersama-sama.

Air mata dulu,
tak sikit pon membersihkan duka.
Aku hanya redha.
Sabar.
Sampai Allah temukan dengan dia,

Damailah wahai hati.
Kerna kau pelangi indahku.
Kaulah belahan jiwa,
wahai cinta skemaku..

Monday, January 17, 2011

Terima Kaseh.

Terima kaseh kerna membina sebuah bangunan yang diberi nama KLCC.
Di bawahnya ada gedung membeli-belah,
dimana aku dan dia dapat berjalan-jalan sambil bahagia tertawa.

Terima kaseh untuk sebuah taman di luar KLCC.
Disana dapat aku mengenalinya.
Dia mengenali aku.

Syukur,
ada masjid yang diberi nama Masjid As-Syakirin nun dihujung taman.
Dapat kami tunaikan perintah Allah.

Hari yang indah,
orang yang ramai,
berlian yang mahal,
buku-buku yang banyak.

Sesekali mencuri pandang wajah ayunya.
Walau dari sisi cuma.
Ampun,
tercuri.Tak sengaja.

Terima kaseh pembikin filem.
Kerna itu aku dapat menonton.
Dia menjerit ketakutan.
Aku hanya ketawa.

Terima kaseh peniaga-peniaga karaoke.
Kerna aku dapat mendengar lunak merdu suaranya.

Terima kaseh hujan.
Kerna sudi turun dengan lebatnya.
Dapat aku dan dia menghirup panas air.
Sementara berteduh.

Syukur Ya Allah.
Kau anugerahkan aku hati.
Kau anugerahkan aku bahagia.
Kau anugerahkan aku hari ini.

Pinjam sekejap ya Allah.
Izinkan.
Demi aku menjagai dia.
Semasa dia takot.
Semasa dia lemah tak berdaya.
Semasa dia tak yakin nak amik exam kereta.

Terima kaseh hati.
Atas segalanya.
InshaAllah,
jika Allah izinkan.
Pasti kita bersama.

Skema kan?
: )

Thursday, January 13, 2011

Muffin coklat..butter.

Cis,
dia buatkan aku terkial-kial untuk aku nak menulis entry ni!

Kuang asam!
Tak keluar pulak perkataan!

Hm.
Ish!
Tak mampu pulak nak gambarkan!

Arghh!
Skema lah~!


Namun, saya happy sgt! : )