Aku pasti hujan yang turun ini membawa rahmat.
Biarpun disebelah sana ditimpanya petaka.
Laut bergelora resah dan gelisah.
Kabut menutupi segala.
Badai tiga sekawan ganas menghempas pantai ;
Membawa kotoran dan daki lautan, dan dihenyakkan ke daratan.
Nyawa manusia dilayang-layangkan.
Membenam loji nuklear yang angkuh.
Meranap sekelian yang rapuh.
Mencampak takut dan kecut para diktator-diktator ; Kerana takut pada si radiasi.
Pasti akan menghantui puluhan tahun lagi.
Mengundang suram bandar-bandar neon; Yang kini terhad elektriknya.
Pasti kenangan Hiroshima-Nagasaki berputar kembali.
Aku pasti adanya tuhan yang maha Esa.
DiberiNYA hujan.
Hujungnya pelangi.
Kemudian matahari.
Redup pohon yang diciptaNYA.
Sungai yang pasti mengalir.
Tidur malam yang lena.
Rezeki petang yang dibawa pulang.
Aku pasti adanya tuhan yang maha Esa.
Otak ini masih ligat berfikir.
Lidah ini masih lagi basah dengan kalamullah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Hm.
No comments:
Post a Comment