Friday, December 28, 2012

2012/2013.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku menutup 2012 dengan penuh kesyukuran.
Alhamdulillah.
Atas segala yang dikurnia.
Juga atas semua ujian-ujianNYA.

Berkatilah.
Redhailah.
Ya Rabb.

Selamat datang 2013.
Sebuah pengharapan dan wawasan.
Semoga ianya lebih baik dari hari semalam.

Tunjukkan aku jalanMU Ya Rabb.

Selamat tahun baru 2013
Terima kasih pada pembaca blog aku.
Kerana sudi berkongsi melalui tulisan dan ayat-ayat.
Moga korang dapat sedikit kekuatan dan anjakan paradigma.

Wallahua'alam.
Elok-elok semua.



Thursday, December 27, 2012

Menang.

Dan jangan biarkan syaitan itu menang,
dengan bisikan dan godaan mereka,
jangan biarkan mereka menang.

Tabah.Sabar.

Semua tangisan adalah kerana Allah.
bukan kerana mereka telah menang.

Berlindung dengan Yang Maha Kuasa.

Sekalipun tiada kudrat untuk menadah tangan,
angkat hatimu,
pejam matamu rapat,
sapu linangan air mata.

Masih ada cahaya,
jangan biarkan mereka menang dengan menutupnya.

Masih ada jalan,
jangan biarkan mereka menang dengan hati yang terluka.

Kemenangan mereka bukan patut dibanggakan,
malah ianya kesalan yang terhebat.

Jangan tanya mengapa diuji begini?
Jangan persoal takdir yang menimpa.

Pasti ianya untuk suatu hikmah yang tak disangka,
berbaloi untuk tabah dan sabar,

UjianNya,
sabar dengan itu,
DIA maha penyanyang.

Jangan biarkan mereka menang.

Wallahua'lam.

Thursday, November 15, 2012

Kerusi coklat.

Bila kita jatuh,
kita harus bangun.

Dengan sepenuh kudrat,
berpaut atau menopang,
kita harus bangun.

Berdikit-dikit sampailah kita bangkit.

Lalu, kita jatuh lagi.

Kalian tahu apa yang harus dibuat kan?

Wallahua'lam.

Sunday, November 11, 2012

Surah terakhir.

Masih lagi dikatil.
Di wad ni, sesak dengan pesakit-pesakit yang bermacam ragam.

Di katil sebelah, pakcik yang dipakainya alat pernafasan. Kadang-kadang bila malam nafasnya memecah sunyi malam.

Di sebelahnya, seorang lagi pakcik tua yang tak lekang di tangannya tasbih. Mulutnya kelihatan terkumat-kamit membaca sesuatu. Kadang-kadang terdengar dia membaca ayat-ayat suci Al-Quran di tiap Subuh yang hening.

Aku?
Aku ingin sembuh. Itu saja.

Hm.
Paru-paru berair serta ditambah sebelah buah pinggang yang gagal berfungsi menambah harapan untuk sembuh seperti sediakala. 

Sudah 2 kali aku ke ICU.
Dan 2 kali itu, Allah masih memanjangkan nyawaku.

Terlalu sakit bila malam sejuk.
Kadang-kadang terpaksa diberi pelali dan ubat tidur.

Aku terdengar suara pakcik tua itu mengaji.
Suaranya mendamaikan.

Teringat pada hari ini, setahun yang lepas, ketika Allah mengurniakan kesihatan.

"Saya teringin dengar awak mengaji. Awak boleh mengaji Quran?" Soal Katrina tiba-tiba.

"Apa yang awak tanya ni?Tentulah saya boleh mengaji. Saya kan orang Islam" Balasku.

"Saya teringin sangat dengar awak mengaji" Ujar Katrina.

Suasana sepi.
Dia diam sejenak. Pandangannya dilempar jauh-jauh.
Aku terdiam. Pandanganku tepat ke wajah ayunya.

"Nanti saya mengaji dekat awak ok?" Balasku senyum.

Katrina baru saja memeluk Islam. Dahaga ilmu terhadap Islam meluap-luap. Ada saja persoalan tentang Islam kepadaku. Aku pula cuba menjawab. Namun, tak semua. Pengetahuanku terbatas.

Dia membetulkan sisi tudungnya. Diseluk rambutnya yang terkeluar. Masih tak biasa bertudung. Ingin mencuba katanya.

Walau ditentang hebat oleh keluarganya yang berketurunan lain, dia tetap dengan pendiriannya ingin memeluk Islam. Hidayah Allah ini sungguh istimewa dan misteri. Dia akan beri kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.

Dan hari-hari yang berselang selepas itu, Katrina masih meminta aku mengaji untukknya.

Dan sehingga lah satu hari,
Katrina jatuh sakit.
Rupanya dia mengidap barah tulang.
Dia merahsiakan dari pengetahuanku dan keluarganya.

Last stage kata doktor.
Aku menangis semahu-mahunya.

Aku merapatinya di katil.

"Kenapa mata awak merah?Awak menangis ya?Jangan menangis. La Tahzan, ini dugaan Allah untuk saya, saya redha.." Dia masih tersenyum ketika melawan penyakitnya. Oh, Katrina. Murni jiwamu.

"Awak..awak masih belum tunaikan janji awak pada saya.." Ujarnya.

"Mengaji untuk saya.." Ujarnya lagi.

Aku mengesat hujung mataku. Aku membuka application Al-Quran pada telefon bimbitku.

"Surah apa yang awak nak saya bacakan...?" Soalku.

"Surah Yasin" Balasnya. Mata sayunya merenung aku.

"Bismillahirahmanirrahim...Yasinnn..Wal quranil hakim..." Aku mula membaca.

Mulutnya terkumat kamit seperti hafal surah tu.

Tiba-tiba dia seperti sesak nafas.
Sedang nazak!
Aku menekan butang memanggil doktor!

Aku merapati ke telinganya.
Lalu aku mengajarnya Syahadah.

Dengan tenang dan dalam senyuman, dia mengucapkan syahadah dengan lengkap.
Tiada riak sakit diwajahnya.

Aku tak dapat habiskan surah terakhir untuknya.

Namun aku bersyukur kerana dapat belajar darinya. Dia mengajar aku tentang Islam sedangkan aku yang patut mengajarnya. 

Aku menunggu hari-hari terakhirku dikatil ini. 
Gagahkan diri mengambil wudhu' dan mengaji.
Moga surah terakhir untukku dan kesudahan terbaik untukku.

Moga Allah cucuri rahmat ke atas ruhnya. 
Nurul Aisyah Katrina Abdullah.


Wallahu'alam.


Tuesday, October 23, 2012

Hujan Aidilfitri: A New Beginning

Malam tu hujan turun selebat-lebatnya.
Dahla lupa letak kereta,basah kuyup plak tu. (Baru teringat park kereta kat mana!)

Akhirnya aku sampai rumah dalam pukul 3 pagi!
Tapi takpe,
berbaloi!Hehe!

Jauh dalam sudut hati ni melonjak-lonjak ingin menyuntingnya.

Aidilfitri kali ni sangat-sangat bermakna dan sangat-sangat dilimpahi kurnia oleh Allah.
Pertama, dapat kerja
kedua, sesuatu yang besar akan berlaku dalam hidup aku..jeng jeng jeng..hehe

Apa jua yang dilimpahNya ini sangat-sangat berharga dan aku bersyukur untuk setiap apa yang berlaku ini.
Moga jalan dihadapanku ini terus luas dengan rezeki dan redhaNya.
Amin.

Sekian.
Kenapa aku buat entry pendek sangat?
haaa..

Malas?
Tak ah.

Sebab akan ada entry yang lebih bermakna lepas ni

Tipu?
Pernah ke aku tipu kalian?
: )

Teruskan lah membaca.
Hehe.

Wallahua'alam

Friday, August 24, 2012

Hujan Aidilfitri:Jalan TAR, Kuala Lumpur.

"Assalamualaikum...pakcikk.." 

Aku kenal suara tu.

"Pakcik?!Berani sungguh!"

"Hahaha.." Dia ketawa. Meruntun ke dalam jiwaku. Senang melihatnya ketawa. Setiap kali.

Alhamdulillah.
Dia tak marah pon.

"Dah..jom jom..kita carik tempat berbuka..nanti ramai orang.." Ujarku. Sebenarnya nak mengalih perhatian dia. Hehe.

"Kat mana?Masjid Jamek sudaa..freee" Balasnya.

"Taknak la..apa barang!"

"Ya Allah..tak bersyukurr langsung!" 

Aku mengekek.
Dia pulak tak tanya kenapa aku lambat.
Mungkin dia faham.
Atau mungkin dia pelupa orangnya.
Haha.

Last-last kami berbuka di Burger King.
Kenapa?
Saje. Tak ada jawapan kenapa aku tak mahu berbuka kat Masjid Jamek.
Alaahh sekali-sekala.
Hehe.



Jalan TAR menyaksikan segenap lapisan rakyat Malaysia ghairah membuat persiapan terakhir untuk Aidilfitri. Ada yang memborong baju dan aksesori. Ada yang mundar-mandir terpinga-pinga tak tahu mahu beli apa. Tak kurang juga ada yang ke situ setakat cuci-cuci mata. Mana taknye..awek ramai!Heh.

"Tudung Siti Nurhaliza kak!Murah!Murah!Mai singgah!Mai singgah!" Pekik salah seorang peniaga yang menjual tudung-tudung. bukan setakat tudung Siti Nurhaliza je, macam-macam nama artis ada aku tengok!

"Chocolate moist!Choclate moist!Kuih raya!Kuih raya!"

Hehe.
Teringat masa aku meniaga kat Jalan TAR ni tahun lepas.

Tujuan aku nak carik baju raya aku je.
Semua orang dah beli.
Tinggal aku je.
Tu yang dia ajak aku pegi tu..
Kalau dia tak ajak, memang pakai baju raya tahun lepas la..

Tahun ni aku nak pakai warna lain sikit. Asyik-asyik hijau. Balik-balik hijau. Hijau pucuk pisang la. Hijau pokok la. Hijau gelap la. Cerah la. Kelabu asap la.

Takde-takde.
Tahun ni aku nak pakai warna lain.
Purple!

"Ha!Kat situu..ada warna purple..!" Ujarnya. Aku mencari-cari gerai mana. Rupanya, nunnn jauh lagi. Hemm..orang perempuan ni kann..nampak jee. Macam ada super power lak!

"Eh..cantik la warna ni..dia naikkan warna mata saya kan?!" Memang cantik pun warna tu.

"Takyah nak warna mata sangat laa!Try dulu!" Jawabnya.

Aku try.
Tak muat.
Hm.

Kedai yang ke dua.
Takde saiz.
Hm.

Kedai yang ke sembilan.
Takde saiz.
Hm.

Dia gelakkan aku.
Cis!

At last..
Kedai yang ke sepuluh. Ada pon saiz.
Alhamdulillah. Tinggal satu je lagi.

"Bape ni cik?" Soalku.

"Seratus je" Jawab pakcik peniaga tu.

Aku dengan bangga dan selambanya membuka wallet.
Alamak!
Aku lupa cucuk la!

"Er..awak..pinjam serat..lupa cucuk la!Hehe" Terpaksa la tebal muka meminjam. Huhu.

Dia menghulurkan not seratus sambil mengenekan aku dan ketawakan aku.
Takpela. Asal dapat beli.
Puas hati aku.
Hahaha! (Gelak Komeng)

Aku dah takde nafsu dah nak berjalan-jalan.
Yelah, dah dapat baju.
Tapi lain dia niii..
Nak jalan-jalan pulak!
Dahla orang makin ramai!
Makin larut makin ramai!

Yelah!Yelah!
Turutkan je.

Hampir 3 jam aku kat Jalam TAR. Sedar tak sedar la.
Dia mengajak pulang.

"Eh.Tanak jalan-jalan lagi ke?Sampai besok pon takpe!" 

"Kelakar ke?!"

Kami berpisah di LRT. Dia menuju ke haluannya, Aku pon.

Eh, aku letak kereta aku kat LRT mana eh?

Bersambung.
Hujan Aidilfitri: Jalan TAR, Kuala Lumpur.





Thursday, August 23, 2012

Hujan Aidilfitri.


Aku suka pada hujan. Desis hatiku.

Tak semena-mena hujan turun dengan lebatnya.

Aku mengangkat tangan, lalu berdoa..

"Moga ada rezekiku tatkala hujan yang turun ni Ya Allah, Andai ada dilangit Kau turunkan, andai ada di bumi, Kau keluarkan, andai ada di dasar lautan, Kau timbulkan, andai ada yang jauh, Kau dekatkan, andai ada yang sikit, Kau tambah dan cukupkan Ya Rabb, penguasa langit dan bumi"

Kereta kembaraku meluncur laju membelah hujan.
Terlambat nak ke Jalan TAR.

Persiapan akhir raya tahun ni aku tak endahkan sangat.
Entah kenapa.
Selalunya ada la jugak mood raya. Tahun ni macam hambar pula.

Sebabnya aku memikirkan Ramadhan yang bakal berakhir lagi 2-3 hari. 
Ya Allah,
Indah sungguh Ramadhan tahun ni. Namun, Allah kurniakan hanya 30 hari sahaja.

Misi mencari Al-Qadr sangat mengujakan. 
70,000 malaikat Al-Qadr turun dan mencari hamba Allah yang berdoa dan mengerjakan ibadat pada Al-Qadr menggetar hatiku.
Dan ketika Malaikat Allah itu berjabat tangan,
menggigil seluruh tubuh,
berlinang air mata entah kenapa.

Itu yang membuatkan hatiku sayu mahu melihat Ramadhan berlalu.
Namun, ia tetap berlalu.
Harap dapat ketemu lagi wahai Ramadhan. Tunggu aku.

6.45 pm.
Masih lagi di dalam kereta dan menempuh jammed.
Message di telefon tak henti-henti masuk.
Sepatutnya aku harus berada di Jalan TAR lebih kurang jam 4,
tapi, keadaan tidak memboleh aku tiba lebih awal.

Di pejabat sebelum itu..

"Assalamualaikum puan, maaf menggangu, saya nak mintak kebenaran pulang lebih awal hari ini.." Bicara ku mulakan dicorong telefon.

"Siapa ada kat situ?" Jawab puan.

"Hanya dua orang"

"Saya benarkan salah seorang, jangan tinggalkan pejabat kosong, seseorang mesti ada, saya takut ada panggilan penting, nanti tidak ada yang menjawab, teruk saya nanti" Terang puan.

"Baiklah puan, terima kasih, Selamat Hari Raya puan.." 

Dan talian dimatikan.

"Macamana?" Soal kawanku yang seorang lagi.

"Macammana ni?Aku kene bertolak balik Ipoh sekarang jugak. Kalau tidak, tak sempat sampai waktu berbuka nanti. Family aku dah tunggu" Dia menokok.

"Hm.Aku pon ada hal yang nak kene uruskan ni.Kene ada kat KL sebelum jam 4" Ujarku.

"Macam mana ni?" Soalnya. Nampak risau dengan keputusan puan tadi.

"Kau baliklah.Biar aku tunggu. Keluarga kau tunggu kau tu. Lagipun jauh nak drive tu. Trafik lagi.." Aduyai. Masaklah aku.

"Betul?Terima kasih wei..Aku balik dulu, selamat hari raya, maaf zahir dan batin!" Ucapnya girang.

Dia pun meluru keluar.
Doaku mudah-mudahan Allah mudahkan urusan aku sedang aku telah mudahkan urusan hambaNYA.

7.00 pm.
Aku mengambil keputusan untuk menaiki LRT.

Lebih kurang 15 minit kemudian aku telah berada di Masjid Jamek.

Aku mengelamun sekejap. Merancang 'skrip' maaf.
Dan aku tiba-tiba disapa...

bersambung...

p/s-Selamat hari raya kawan-kawan, maaf zahir batin. Moga Aidilfitri ni beri keberkatan kat kalian. Seperti aku, aku sedang mengejar keberkatan dan keredhaan. Mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan aku dan jugak kalian.
-Aku terpaksa membahagi-bahagiakan cerita ini kepada beberapa siri. InshaAllah, pasti berbaloi. Sabar dengan aku ok? : )

Wallahua'alam.



Friday, July 20, 2012

Dia seorang puteri 3.

Setiap waktu kau ada,
disudut mata dan hilai ketawa,
Matamu tunduk,
Santunmu keras namun lembut.

Kau buatkan hidup menjadi lebih bercahaya,
kau nampakkan aku jalan kehidupan dan bahagia,
terkadang aku tewas kerna kekurangan diri
namun aku tertampar dengannya.

Aku ingatkan pada diri sendiri,
supaya jangan lukainya lagi,
bahagiakan dia,
sayangi dia,
hargai dia.

Sedang nyawaku masih dirongga,
aku berkorban apa saja,
biar sunyi hingga ke langit,
rupanya baru ku sedar,
dia seorang puteri,
yang sentiasa bertakhta di hati.

Monday, July 16, 2012

Semuanya ini.

Aku berkurung didalam bilik sambil berharap apa yang aku lihat dan apa yang diberikan padaku tadi tidak benar.
Sambil nafas turun naik, ada titik air di tepi mata.

Kertas tadi ku genggam erat.
Malah aku konyokkan.

Pintu bilik bergegar.

"Bukak pintu ni!Bukakk!" Suara ayah menghentam keras diriku.

"Bukakk!Kang ayah pecah pintu bilik ni!"

Aku diam membatu.
Tak sanggup nak berhadapan dengan dia.

Sayup-sayup aku terdengar esakan.

Ayah?
Menangis?
Seluruh badanku menggigil.

Ayah menangis?

Aku terus membuka pintu bilik dan ayah sedang terduduk di kerusi sambil mengesat airmatanya.


"Kenapa buat kami cami?Apa salah kami?tak cukup ke duit, pelajaran yang kami beri?Kenapa mesti menipu begini?" Ayah cuba menahan getar suaranya.

Aku mengetap bibir.
Tak bersuara pun.

"Baiklah, kalau begini balasan kamu pada kami..takpelah..anggap saja kami tak pernah wujud dalam hidup kamu. Kalau kamu nak keluar dari rumah ni, pergilah..Kalau taknak terpulanglah.."

Bagaikan tamparan kuat tangan ayah hinggap kat pipi aku.
Ketika itu, seluruh cahaya disedut. Tak tinggal sikit pun untuk aku.

Aku melangkah keluar, cuba mencari cahaya.
Mata dah berpinar-pinar.

Fikiran terawang-awang.
Satu-persatu kesalahan ditunjukkan depan mata oleh tuhan.
Bagaikan bukan diriku,
yang hanya tertunduk pada hawa nafsu dan godaan syaitan.
Aku tahu ianya bukan diri aku sebenar.
Aku jauh lebih baik dari ni!

Bulan-bulan yang hadir berselang.
Sedikit pun tak mengubah apa-apa.

"Jom makan.." Mak mengajak.
Tapi bukan aku.

Walau ada, aku tiada.

Begitulah untuk setiap malam-malam yang mendatang.
Untuk setiap minggu yang berselang juga.

Sambil berteleku di hamparan sejadah, aku memohon ampun dan maaf ke hadrat Allah.
Meminta diberi peluang walau tipis.
Untuk setiap malam-malam yang mendatang,
setiap minggu yang berselang,
aku berteleku sambil mengesat-ngesat hujung mataku,
dari air yang berjuraian turun..

Semuanya ini,
semuanya ini..
Semuanya ini bagai garisan yang tidak lurus.

Allhamdulillah,
syukur ya Rabb.

Untuk mak dan ayah.
Dan untuk semua tangisan dan doa-doamu..


Saturday, May 5, 2012

Janji KLCC 2

Mukaddimah doaku berbunyi:
Maha suci Kau ya Allah, yang memberiku peluang untuk merasai sekali lagi perasaan itu, Sesungguhnya aku redha kerana Kau lebih mengetahui apa yang ada dalam hatiku dan Kau mengetahui apa yang terbaik untukku.."


Sedang Aku mundar-mandir di Taman KLCC, dengan kaki yang sakit, hati yang pedih, fikiran yang kusut, sambil itu aku memerhati keadaan sekeliling.

Melihat orang yang lalu-lalang,
terkadang mendongak dan mengagumi ketinggian menara berkembar.

Langit sudah berbalam-balam, hitam pekat dari arah Ampang.
Aku memang tak berdaya nak bergerak dek kaki yang sakit yang amat.

Masih berbaju kemeja, berseluar slack.
Aku menjengah tapak kasut.

Koyak.

Aku mulai baring.

Lantas tertidur.

Wajah itu menjelma.
Suaranya masih melekat dalam fikiran.
Gelak ketawa masih ku ingat.

Satu-persatu.
Hikayat cinta yang aku tulis demi untuk sebuah kebahagiaan.

Aku terjaga,
Suara azan berkumandang

Tiba-tiba, Airmata deras mengalir.
Dalam titik hujan itu, aku redahi. Terhincut-hincut. Keletihan.
Masjid As-Syakirin menjadi saksi,
hancur lebur sebuah hati.

Aku harus teruskan hidup ini,
sepertimana suara azan yang memanggil.
Yang mengajakku kepada Yang Satu.

Sakit.
Moga aku kuat untuk malam-malam yang berselang.
Kerana setiap malam aku mengulangi semuanya.
Bagai baru bermula,
tapi berakhir dalam masa yang sama...

Wallahua'alam.
Subhanallah.
Allahuakbar.

Friday, May 4, 2012

Janji KLCC.

Salam blog. Moga hati-hati anda bertaut atas nama Ar-Rahman rabbul A'alamin..
Sesungguhnya Dia Maha mengetahui apa yang terbaik. 

Aku dah lama tak menulis.
Kekok.

Oh KLCC,
aku membencimu.

Hm.

Aku berfikir tentang kesatuan hati dan perasaan yang memenatkan seluruh jiwa dan raga.
Sepanjang jalan hidup,
ada saja liku dan ranjau.

Kadang-kadang gembira, cukup gembira,
kadang-kadang sedih, terlalu sedih.

Campuran perasaan gembira-sedih inilah yang memenatkan.
Terutama lagi bila ditengah-tengah perjalanan itu, ada ruang kosong.

Subhanallah.
Sekali lagi aku diuji Allah.
Di ambilNYA dia sekali lagi daripada aku.

Mungkin kesalahan dan kesilapan dalam pencaturan hidup.
Destinasi yang hendak dituju tak terdaya nak ke sana.
Hidup aku baru bermula.
Dan berakhir dalam masa yang sama.

Hm.

Masa untuk aku sudah habis.

Betapa besar harapan keluarga, nenek, saudara mara hendak melihat gerbang itu.

Maaf mak,
maaf nenek,
maaf semua..
Aku tak berdaya lagi..

Hm.

Pada dia,
aku harap dapat menutup mata disisinya.
Nyata dia tak benarkan.
Terima kasih atas peluang-peluang.
Pengorbanan-pengorbanan.

Pada Allah,
ku serahkan dia dalam genggamanMU,
pelihara dia wahai tuhanku,
setiap air mataku yang menitis, aku tujukan demi dia.
Lindungilah dia,
demi Allah setiap apa yang lahir dari hatiku adalah ikhlas dan jujur.
Temukan dia,
dengan apa yang dia impikan, kehidupan yang sempurna bahagia..

Hm.

Sekali lagi,
cerita itu berulang kembali.
Ku ulang setiap gelak ketawa dan tangisan.
Pada setiap malam sebelum tidurku..

Bila Allah tutup satu pintu,
moga ada pintu-pintu lain yang terbuka.
Amin ya rabbal A'alamin..

Jika ini kifarah dosa-dosaku,
aku redha ya Allah.

Wallahua'alam.
Subhanallah.
Allahuakbar.

Monday, March 26, 2012

Mandag.

Mimpi buruk.

Tak henti-henti.
Tak pernah kering.

Sekali lagi.
Hm.

Wallahua'alam.

Sunday, March 25, 2012

Jalan hidupku.

Oh, ceritanya sama saja.
Biasa-biasa.

Aku macam taknak tulis sebab biasa sangat.
Aku tau korang mesti nak tau kan,

Seyes wei,
takyah la..
biasa-biasa je.
sama je macam dulu..

Lailahaillahh..

Betul la..
sama je.
Biasa je.

takyah cite ah..~!

Hm.
ok-ok.
merajuk plak~

Ceritanya begini,

bahagia
bahagia
bahagia

tangisan
tangisan
tangisan
tangisan

pedih
pedih
pedih

Allahurabbi
Allahurabbi
Allahurabbi

kesat-kesat
kesat-kesat
kesat-kesat

sakit
sakit
sakit

Allah
Allah
Allah

tangisan
tangisan
tangisan

hahaha
hahaha
hahaha


kan aku dah cakap,
sama je kan?
biasa je kan?
padan muka korang.

hm.

Wallahua'alam.

Sunday, March 11, 2012

Kekurangan.

Apa yang kurang kau tlah tambahkan,
apa yang suram, kau tlah ceriakan,
malahan sudut gelap tlah kau terangkan..
aku terima semua kekalahanmu.

kamu?
sanggup terima?


Wallahua'alam..

Thursday, March 8, 2012

Jiwa.

Assalamualaikum,
hello blogspot.
Lama tak menulis. Nak kongsi jugak beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku.

Pertama,
aku dah habis belajar.
Alhamdulillah. Hampir 11 tahun bergelumang dengan dunia akademik. Turun naik hidup aku berlaku masa tu. Aku tak pernah menyesal dan takkan menyesal.

Oh,
membawak ke perkara kedua,
aku dah bekerja, Alhamdulillah. Lapang rezeki ku. Maha Hebat percaturan Dia.
Dunia pekerjaan ni sangat asing dan alien. Bukan tak biasa, tapi sudah biasa berdikari, mencetus idea, kudrat sendiri. Sekarang, banyak pulak peringkat, birokrasi, karenah-karenah politik yang harus aku jaga.

Seterusnya hidup,
Alhamdulillah.
Apa yang diberi ni aku bersyukur. Tak mintak banyak, cukup hanya diredhaiNYA.
Cinta dan hati yang diberi semuanya ketentuanNYA.

Lain cerita,
kalaupun seluruh dunia meninggalkan aku lagi,
moga Allah takkan tinggalkan aku bersendirian..

Hm.

Cukup takat ni dulu.

Wallahua'alam.

Sunday, January 22, 2012

Manifestasi 11 tahun part 2.

Bahagian 2.

Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)
Hujan yang turun menderu membasahi bumi KLCC ni tak sehebat apa yang aku rasa ketika ini. Betapa aku bersyukur dan bertuah kerana diberi rezeki dan kesempatan yang tak terhingga oleh Allah. Benarlah janji-janji Allah itu pasti. Siapa yang mintak dengan sabar dan istiqomah, inshaAllah pasti DIA makbulkan cuma bila dan dimana itu kerjaNYA.

Aku akan pertahankan nikmat yang diberi Allah ini. Aku takkan sia-siakan kerana jalan yang telah ditunjukkan padaku adalah jalan yang aku sering mohon dahulu.

Cukuplah.
Tak ada apa lagi yang aku nak kecuali rahmat dan keredhaan dari Allah dalam setiap urusan dan helaan nafas ni.

Astaghfirullah.
Aku mohon ampun dariMU ya Allah.
atas dosa-dosa ku yang lalu.
Moga kau ampunkan..

Subhanallah.
KAU yang memberi ku segala,
yang menjadikan segalanya atas apa yang aku tahu dan apa yang tidak ku tahu,
apa yang timbul dan apa yang tersembunyi...

Dengar ini kalian,
terus memohon,
jika kalian jatuh jauh ke dalam lubang yang dalam sekalipun,
pertolongan Allah tu maha luas.
Mohonlah seikhlas hati.
Pasti ada cahaya dan pertolongan.

Usah mengeluh jika tidak berjaya,
ianya adalah ujian dari Allah untuk orang-orang yang dipilihNYA,
bukan kerana DIA membencimu.

Lepas itu bersyukurlah dan redha akan segala ketentuannya,
kerana DIA maha mengetahui dan maha pengatur segalanya...

Sabar dan redha itu lebih mulia kan?

Wallahu'alam..
Allahuakbar.

selesai...

Amir Hazrat Yusoff
Training Executive,
TKDC,
UMW Toyota.