Saturday, May 5, 2012

Janji KLCC 2

Mukaddimah doaku berbunyi:
Maha suci Kau ya Allah, yang memberiku peluang untuk merasai sekali lagi perasaan itu, Sesungguhnya aku redha kerana Kau lebih mengetahui apa yang ada dalam hatiku dan Kau mengetahui apa yang terbaik untukku.."


Sedang Aku mundar-mandir di Taman KLCC, dengan kaki yang sakit, hati yang pedih, fikiran yang kusut, sambil itu aku memerhati keadaan sekeliling.

Melihat orang yang lalu-lalang,
terkadang mendongak dan mengagumi ketinggian menara berkembar.

Langit sudah berbalam-balam, hitam pekat dari arah Ampang.
Aku memang tak berdaya nak bergerak dek kaki yang sakit yang amat.

Masih berbaju kemeja, berseluar slack.
Aku menjengah tapak kasut.

Koyak.

Aku mulai baring.

Lantas tertidur.

Wajah itu menjelma.
Suaranya masih melekat dalam fikiran.
Gelak ketawa masih ku ingat.

Satu-persatu.
Hikayat cinta yang aku tulis demi untuk sebuah kebahagiaan.

Aku terjaga,
Suara azan berkumandang

Tiba-tiba, Airmata deras mengalir.
Dalam titik hujan itu, aku redahi. Terhincut-hincut. Keletihan.
Masjid As-Syakirin menjadi saksi,
hancur lebur sebuah hati.

Aku harus teruskan hidup ini,
sepertimana suara azan yang memanggil.
Yang mengajakku kepada Yang Satu.

Sakit.
Moga aku kuat untuk malam-malam yang berselang.
Kerana setiap malam aku mengulangi semuanya.
Bagai baru bermula,
tapi berakhir dalam masa yang sama...

Wallahua'alam.
Subhanallah.
Allahuakbar.

No comments: