Adoyai.
Sampai hari ni baru la dapat menulis.
Hm.
Sebenarnya aku mencari-cari apakah momen yang paling istimewa pada hari lahir ku ini. Selain dari aku dilahirkan didunia ini.
Aku bergerak seawal jam 11 pagi menuju ke KTM Shah Alam. Mulanya tak tau destinasi ke mana. Namun, aku membeli tiket ke Mid Valley.
Dengan siapa?
Aku seorang diri je.
Orang tak ramai. Namun, cuti sekolah membuatkan budak-budak ada je kat mana-mana ceruk Mid Valley ni. Sambil melangkah, sambil cuba tersenyum, sambil menyambut hari ni. Ada yang namakan ini sebagai 'loser'. Ada pula namakan ini sebagai 'sakit jiwa'. Tapi aku lebih suka namakan sebagai 'muhasabah diri'. Meraihkan suasana yang istimewa ni susah. Sebab tak ada pemangkin apa-apa. Tapi, lebih senang sebenarnya menyambutnya sendirian. Itu sekadar teori aku la ye.
Heh.
Selepas ke MPH, aku mencari tempat duduk. Lokasinya, kerusi di tengah-tengah hallway. Duduk sambil mentafsir setiap gerak-geri laku orang yang lalu-lalang. Cuba melihat dari sudut yang berbeza. Dari kaca mata aku. Lantas, aku mulai bersyukur kepada Allah. Kerana DIA, aku ada disini. Yang duduk senang, dapat melihat keindahan, menghidu suasana, berfikir dengan jelas.
Aku cuba mencari momen-momen itu.
Banyak.
Namun,
yang paling aku hargai ialah setahun yang lepas. Dalam tempoh 7 Jun 2009-7 Jun 2010.
Itu adalah momen yang terbaik dalam hidup aku.
Sampai mati pon aku takkan lupa.
Dalam tempoh itu,
terlalu banyak perkara yang aku sedar.
Tentang baik-buruk.
Tentang hati.
Tentang cinta.
Tentang sayang.
Tentang kebesaran Allah. Betapa kerdilnya diri. Walau memohon dipanjangkan satu hari tu. Allah lebih maha mengetahui. Di ambilNYA apa yang kita sayang untuk menguji diri dan semoga bermuhasabah. Tiada galang gantinya walau dengan juraian air mata ni. Allah lebih mengetahuinya.
Apa?
Semua manusia berubah?
Ya, betul.
Lumrah manusia berubah bila ada yang lebih baik.
Namun,
Bagi aku perubahan itu takkan lebih baik jika tak ada momen-momen seperti 7 Jun.
Bagi aku, ianya soal hati dan perasaan dan tak patut dipersoalkan lebih-lebih lagi tentang kejujuran dan keikhlasan yang dipancarkan dari hati.
Salah besar kalau dipersoalkan.
Hm.
Aku tak keseorangan hari ni.
Sepanjang masa mengucapkan kesyukuran.
Kerana aku tahu,
aku takkan lupa mendongak ke atas,
memohon hikmah dariNYA,
atas apa yang berlaku dan akan berlaku.
Kerana seperti selalu kata kawanku.
Ianya sudah tertulis.
di helaian Luh-Mahfuz sana.
Wallahu'alam.
Selamat Hari Lahir Amir Hazrat Yusoff ke-28.
6 comments:
Cemburu..
Abg aben diberi peluang itu..
:)suka gaya tulisan seperti ini..
Rasa dekat di hati..
aish...selamat hari lahir..hmm..g midvalley tak ajak!
28 sheikh!!!!!!!!!!! sori2 ben terlambat wish aku kat perak masa ni hahaha
selamat hari lahir..
abg aben!
jauhnya umur kita berbeza..
May Allah Bless!
abg aben , hepy belated bday . mang lmbt gle ryn wish sbb baru tw bday abg aben ni . hehe (",)
Saya juga mungkin akan mengalami situasi seperti ini sedikit masa lagi...perubahan memungkinkan segalanya berlaku. Masing2 dihambat komitmen dan tanggugjawab yg perlu dilunaskan hingga kadangkala tidak sedar dia mengabaikan insan2 t'baik yg berada d sekelilingnya.
M00d:Tak sabar menanti tanggal 15 Julai 2011..=)
Post a Comment