Sunday, September 28, 2008

Sejahterakan dia.

"Hello.."

Aku mengamati betul-betul suara dihujung talian.

"Sayang..saya cintakan awak.."
"Yes sayang..saya pon cintakan awak..awak kat mane ni?"
"Sayang..saya cintakan awak.."
"Ye sayanggg..saya cintakan awak jugak..tak jawab lagi soalan saye..awak kat mane ni?"

Klik!
Talian dimatikan.

Aku mendail nombor dia kembali.
Engage!
Ntah kenapa ntah dia.

Aku kerling ke arah jam.
5.30 petang. Malam ni malam terakhir ramadhan. Suma budak-budak bujang dalam umah ni dah balik ke kampung halaman masing-masing. Aku je yang terhegeh-hegeh nak balik. Mak dah bising-bising. Bukannya ape. Cuti aku tak clear lagi.
Hm.
Camnilah hidup diperantauan. Mak jauh. Ayah jauh. Buah hati je dekat hehehe.
Aduhh..perut dah mintak bukan-bukan nak berbuka. Ade lagi ke bazar kat bawah?
Aku gagahkan diri ke tingkat bawah. Manela tau rezeki murah.

Sunyi.
Sepi.

Buka megi la jawabnye.
hm.
Megi pon megi la.

Aku dail nombor dia.
Masih engage!
Arghh!
Aku dah hangin!Apehal ntah!Orang nak manje-manje,dia plak tak angkat!
Aku merebahkan badan ke katil.
Fikiran aku mulai melayang.
Mula terbayang dia.
Ayunya..cunnya...
Alhamdulillah..
Memori sepanjang aku dan dia menerawang bebas dalam benak.
"Nanti jumpa mak saye la eh?" Kataku pada suatu waktu.
"Eh.takmo lah..saya ni tak sempurna.." Ujarnya sedih.
Dia tak punyai penglihatan.
Hm.
"Awak ni..tak baik la cakap camtu..InsyaAllah..mak saya terima seadanya awak.Macam saya terima awak" Balasku.
Ada senyuman manis pada bibirnya. Ingin saja ku kucup.
Lantas. Kami berpegangan tangan.

Allahhuakbar...Allahuakbar..
"Ya Rabbi.. dah berbuka..Astaghfirullah.."
Aku meneguk segelas air. Dan terus ke bilik air untuk berwudhu'.

Selesai solat. Aku menadah tanganku..
"Ya Allah.Tuhan yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.Ampunkanlah dosa2ku dan dosa kedua ibubapaku.
Ya Allah.Terima lah amal ibadatku sepanjang ramadhan yang lalu. Temukanlah aku dengan ramadhanmu lagi Ya Allah.
Ya Allah.Panjangkanlah jodohku dengannya. Kau peliharakanlah zuriat dan keturunan kami.
Kau sejahterakanlah dia. Kau sejahterakanlah dia Ya Allah..kau sejahterakanlah dia.."

Tak semena-mena lakrimaku gugur..basah kedua pipi..Entah kenapa. Hati ni berdegup kencang. Aku jadi tak tenteram.

Aku mencapai telefon dan mula mendail nombor dia.
Masih engage.
Aku mulai risau..
Mula berfikir yang bukan-bukan.

Hm.
Ahh.
Takde papelah.
Nanti dia call la.
Hm.

Aku bersiap. Nak makan kat luar. Tak jadi makan megi. Dia pernah kate kat aku. Jangan makan megi. Tak berkhasiat. Baik!

Hati masih tak tenteram. Tiap derapan langkah, pasti mengundang gelisah yang tak sudah-sudah.
Aku berhenti betul-betul depan masjid jamek.
Takde selera pulak.
Hm.
Sekali lagi aku mendail nombor dia.
Masih lagi engage.

Aku duduk kat bahu jalan. Termenung. tak tau nak pegi mana.
Lamunan aku dikejutkan oleh deringan telefon.

"Hello.."
"Hello..ko kat mane ni?"
"Ha..Farah..kat depan masjid jamek.Nape?Mehla..jom kua makan.Aku blanje..meh ar"
"Takpela..aku dah makan dah..ko ok tak ni?"
"Ish..mende soalan ko ni.Aku ok je.Alhamdulillah..takmo makan jom shopping"
"Astaghfirullah..ko belum tau rupanya.."
"Tau ape?
"Dia.."
"Ha..kenapa dengan dia..ko jangan memain ngan aku farah..!"
"Ya Allah..dia meninggal pagi tadi..!" Esakan Farah jelas kedengaran.
Aku terpaku.
Dunia sekeliling jadi kabur.

Kenapa?
Ya Allah.
Satu satu kenangan lalu terimbas dalam saat itu.
Ya Allah.

Tak mampu lagi berkata-kata. Aku pekak seketika walhal farah sedang menerangkan musababnya.

Tatkala itu.
van jenazah keluar dari perkarangan masjid.
dunia sekeliling terus bertambah kabur.
Dan tiba-tiba
gelap.

Kegelapan itu menakungkan airmata ini.

dan kejora itu singgah berlalu,
andai dapat aku kejar lalu di persembahkan padamu,
makin hijaulah dunia kita,
makin teranglah matahari kita,
makin mekarlah bunga kita,
lirikan itu,
memaksa segalanya bertukar,
patahku terkunci dalam senyumnya,
syairku tersongsang dalam renungannya..

Kegelapan itu menakung lagi airmata ini.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar...
Laailahaillahh Wallaahuakbar..
Allahuakbar Walillahil hamdu..

Takbir raya bergema.
Sejahterakan dia.

6 comments:

Anonymous said...

benar ke cerite ni??
just want to know...
ntah ar...
bukan kat sini utk abby luah kan rasa...
by the way....
nice writing...
meaningful of story....

Sohaib Zikri said...

hebat cerita kamu.
aku suka.
aku tergamam.
bakatmu besar.
tahniah.

aben. said...

abbyjony.
ader la sket-sket yg kene kat aku.
selebihnye imaginasi.
hulubalang istana.
tima kasih.
tima kasih sbb membaca.
:)

Zulaikha Zubir said...

kip on writing dude!!=)

mart gee said...

wow
wow
wow

Ridy Anwar said...

Lepak2 Masscomm Puncak @ Burger King Sec13 Shah Alam pada hari Isnin 3/11/08 pukul 3 ptg. Anda boleh membawa siapa sahaja yang anda suka kerana itu hak anda. Semua dijemput hadir. Aktiviti datang, order makan, makan, lepak2, picture time, and ciao. owh yeah! Sebarkan