Tuesday, March 22, 2011

Bukan yang terbaik.

Aku tak pernah faham dalam setiap perkara.
Setiap madah lara.
Setiap patah bicara.

Bukan yang terbaik.

Aku sering tak hiraukan hujan yang turun.
Sampai aku tak dengar rintik yang jatuh.

Bukan yang terbaik.

Arus pelangi yang deras pun tak pernah aku peduli.
Indah warnanya tak pernah aku fikirkan.
Jalur-jalur yang sungguh menawan itu tak pernah aku saksikan.

Bukan yang terbaik.

Hijau rumput di padang luas aku ketawa mengejek.
Terbahak-bahak kerna lucu dek nyaman dan damainya disitu.
Burung-burung berkicau ku tutup tellinga.
Pura-pura tak mendengar.

Bukan yang terbaik.

Apa tah lagi pada nyanyian dewa-dewi.
Apa yang ada?
Hanya alunan yang melalaikan.
Melodi yang indah.
Susunan kata yang menusuk kalbu.
Aku hanya kata itu hanya karut.

Bukan yang terbaik
Bukan yang terbaik.

Hm.
Aku takkan dengar jika aku tak mahu.
Aku takkan fikir semuanya jika aku tak pernah hayati dan nikmati.
Aku takkan bersyukur jika aku tak melihat semua itu.
Aku takkan bicara jika aku tak sukakannya.

Namun aku bukan yang terbaik.
Aku tak faham kadangkala.
Tapi aku faham apa yang berlaku itu ada dugaan dan seribu hikmahnya.
Aku faham tiap apa yang berlaku,
hanya untuk mereka yang mahu berfikir.

Hm.
Wallahua'alam.

Friday, March 18, 2011

Hujan.

Aku pasti hujan yang turun ini membawa rahmat.
Biarpun disebelah sana ditimpanya petaka.
Laut bergelora resah dan gelisah.
Kabut menutupi segala.

Badai tiga sekawan ganas menghempas pantai ;
Membawa kotoran dan daki lautan, dan dihenyakkan ke daratan.
Nyawa manusia dilayang-layangkan.
Membenam loji nuklear yang angkuh.
Meranap sekelian yang rapuh.
Mencampak takut dan kecut para diktator-diktator ; Kerana takut pada si radiasi.
Pasti akan menghantui puluhan tahun lagi.
Mengundang suram bandar-bandar neon; Yang kini terhad elektriknya.
Pasti kenangan Hiroshima-Nagasaki berputar kembali.

Aku pasti adanya tuhan yang maha Esa.
DiberiNYA hujan.
Hujungnya pelangi.
Kemudian matahari.
Redup pohon yang diciptaNYA.
Sungai yang pasti mengalir.
Tidur malam yang lena.
Rezeki petang yang dibawa pulang.

Aku pasti adanya tuhan yang maha Esa.
Otak ini masih ligat berfikir.
Lidah ini masih lagi basah dengan kalamullah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Hm.

Friday, March 11, 2011

Mohon.

Aku mohon.
Berikan aku sedikit kekuatan.
Agar dapat menjadi tauladan.
Biarpun diinjak lumat.

Hikmah yang hanya tunggu untuk dicari.

Hm.

Friday, March 4, 2011

Indah.

Pagi-pagi lagi aku sudah mulakan langkah. Keluar berbekalkan semangat namun dilimpahi dengan perasaan gundah yang tak sudah-sudah.
Mulanya Allah berikan ku rezeki. Sebab dalam dompet ada lagi RM15. Alhamdulillah. Boleh buat isi minyak kereta,

Langit belum pun cerah.
Namun, sekawan murai petah berkata-kata.
Mungkin kerana mentari malu nak tunjukkan sinarnya.
Atau mungkin, mendung sedang berarak dari sana.

Fikiranku jelas.
Walaupun berkecamuk dengan tugas yang rencam.
Sedang menghirup secawan nescafe panas yang harum, mengunyah kuew tiaw yang menyelerakan, aku selangi dengan mesej-mesej bahagia pada dia.

Dan dia membalasnya dengan indah.
Berderau darah, nafas tak teratur.
Senyuman tak lekang.
Semangat tiba-tiba kembali berperisai.
Sungguh indah.

Nescafe panas bukan lagi jadi minuman yang harum.
Kuew tiaw yang dikunyah bukan lagi menyelerakan.
Tapi perasaan ini,
sungguh indah.

Dan Allah turunkan hujan pagi ni tanda keberkatanNYA.
Alhamdulillah.
Sungguh indah.
Sungguh indah.